Thursday, August 5, 2010

Insurans nyawa ada halal, ada haram

SAYA ada membeli insurans nyawa daripada sebuah syarikat. Hanya selepas setahun, saya diberitahu ia haram. Masalahnya sekarang, adakah ia benar? 

Adakah saya perlu berhenti sekarang (dan mengalami kerugian) atau menunggu sehingga ia matang. Bolehkah wang insurans itu dibersihkan melalui sedekah? Apa harus saya lakukan sekarang?

Azmi,Johor



JAWAPAN

Ada insurans nyawa yang halal dan ada yang tidak halal, bergantung kepada cara ia dilaksanakan dan di mana wang itu dilaburkan. 

Jika sah wang itu pelaksanaan atau pelaburannya haram, haramlah wang berkenaan.

Soal rugi tidak akan timbul jika kita percaya pada keberkatan rezeki. Sesuatu yang dilakukan dengan niat menjauhi yang haram kerana mentaati perintah Allah akan diganti semula oleh Allah.

Hadis ada menyebut yang bermaksud “Jauhilah yang haram, walaupun ianya banyak”. 

Wang akan dapat dibersihkan jika rajin bersedekah dan berzakat



Anda musykil,  Dr Mashitah jawab PEMBACA yang ragu-ragu dan ingin bertanya mengenai perkara berkaitan agama boleh menulis kepada: Pengelola Mimbar Metro Ahad, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel kepada: mimbar@hmetro.com.my

(Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...