Wednesday, March 7, 2012

inilah kerja saya

Assalamualaikum... ermph.. rasanya lama benar saya tinggalkan blog saya bersawang sawang.. ni la masanya untuk kembali aktif berblog.. walaupun sebentar saja...

hari isnin lepas bersamaan 5/3/2012 saya diberi peluang untuk briefing di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.. rasanya hampir dua jam saya membebel... hehehe...

memberi ceramah di satu satu tempat memang memerlukan kesabaran yang tinggi.. lebih lebih lagi jika audience nya ramai... so... kena la juga bercakap secara bertapis tapis... menjaga sensitiviti tu sangat penting...

masa hari itu, kejadian yang tidak terduga telah berlaku...tak pernah pernah saya tinggalkan handphone, masa hari tu, handphone saya tertinggal di rumah.. mujurlah mr hubby tak keluar lagi... terpaksa minta dia bawakan handphone saya... tetapi.. masalahnya, masa saya dah separuh jalan baru saya sedar saya tak bawa handphone..gelabah gila.. masa tu tak tau nak fikir apa...

dan pada masa tu juga, desakan masa memaksa saya untuk pantas membuat keputusan... saya berhenti di bus stop dan cuba meminjam telefon orang di tepi jalan untuk menelefon staf saya yang menunggu saya di ofis.. Ya Allah, mungkin kerana mereka tak kenal saya maka mereka enggan meminjamkan handphone kepada saya, cari public phone.. bila jumpa public phone...semuanya tak boleh dipakai kerana telah dirosakkan oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab...

akhirnya, saya guna strategi berbeza... saya keluarkan RM10 dan minta dipinjamkan handphone, berebut pula mereka beri... haish...manusia manusia... memang masa tu saya dalam keadaan terdesak coz 2 orang pembantu saya menunggu saya di ofis, jadi terpaksa beritahu mereka supaya terus ke dewan MPJBT coz kesuntukan masa...

Alhamdulillah.. selesai sudah menyampaikan mesej kepada mereka... apabila saya sampai di MPJBT, saya terus ke dewan dan mencari cari mereka yang dipertanggungjawabkan untuk arrange slide dan documentation...

dengan keadaan kelam kabut la juga, saya cuba menenangkan diri.. dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar... termasuk ketika saya membuat ceramah.. kerjasama dari mereka semua amat saya hargai.. dan alhamdulillah dek kerana bebelan saya itu memberi manfaat kepada mereka mereka yang mendengarnya..

sedikit ilmu yang saya kongsikan dapat memberikan impak dan kesan mendalam kepada mereka... syukur apabila merasakan kepuasan maksima apabila apa yang kita share di hargai dan dipandang...


masa ni ketika para peserta mula mengambil tempat.. masa ni, rasa sangat nervous.. dah lama tak buat ceramah yang audiencenya melebihi 500 orang... rasa macam nak buat konsert pula... alhamdulillah... semasa nama saya dipanggil untuk naik ke atas pentas, memulakan bicara tu yang agak nervous... once dah start momentum bercakap, tak henti henti pula.. hehehehe.... biasalah kan... saya ni memang pemalu, tetapi bila dah start, susah nak berhenti... rasa memang ramai sangat masa ni... mujurlah saya tak gelabah...


terima kasih kepada kedua orang kanan dan kiri saya.. Yana dan Amin kerana bertungkus lumus menjayakan majlis ini dengan sempurna... gambar ini juga adalah ihsan dari mereka... tak banyak gambar yang dapat di ambil kerana mereka juga sama sama sibuk dengan peranan masing masing...


dan kepada mereka yang membaca blog saya, saya Rahimah Abu Bakar, saya mewakili Amalan Harmoni Sdn Bhd, wakil korporat Amanah Raya Berhad, kami adalah pelengkap dan penyelesai perancangan harta dan pusaka.. porfolio kami adalah membantu anda merentasi garisan hayat sebelum menjadi mayat... :) nak tau lebih lanjut, sila hubungi saya ok...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...