Tuesday, May 22, 2012

Less is more


Assalamualaikum... lately ni saya kurang sangat upload cerita tentang perjalanan hidup saya... kenapa? sebab saya sangat sangat sibuk... hari ni 1 rejab..ni pun sempat la saya update blog kesayangan saya kerana jam 3 nanti ada meeting, so ambil sedikit masa untuk melakukan sesuatu yang amat amat saya suka.. :)

kesibukan saya kerana perniagaan yang saya jalankan kini berkembang maju, alhamdulillah.. terima kasih ya Allah atas kurniaanMu yang tidak ternilai ini...

Alhamdulillah, staff baru masuk semalam menggantikan staff lama saya iaitu adik saya sendiri... dia terpaksa berhenti kerana kedai pengantin yang baru di buka memerlukan perhatian penuh.... saya bersyukur kerana Allah memberikan kami peluang menikmati rezekiNya...

bukan mudah nak mudah.. bukan senang nak senang... kerja keras selama ini membuahkan hasil... Alhamdulillah... tak sia sia saya berkorban masa dan tenaga selama ni... terkadang rasa sedih bila apa yang kita buat dijadikan bahan umpatan orang lain... dijadikan batu loncatan orang lain untuk mengambil kesempatan ke atas diri saya...

disebalik kesenangan yang saya dan keluarga saya kecapi hari ini adalah hasil pengorbanan yang kami lalui bertahun tahun... cubalah hayati kata kata dibawah ini yang sentiasa menjadi penguat untuk kami melangkah maju kehadapan...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...