Tuesday, August 20, 2013

Only Because It's You

Tajuk lain: I Love You / You're My Favorite (117 episod)
Sinopsis & Drama Korea Only Because It's You
Tiga orang rakan dari sekolah menengah bertemu kembali di peringkat usia mencecah 30-an dan menyedari bahawa mereka memiliki jalan hidup yang berbeza. Persahabatan mereka menjadi renggang apabila Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) bercerai dengan suaminya dan berkawan pula dengan suami Kang Jin Joo yang merupakan kawan baiknya sejak di kolej dahulu.

Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) bekerja satu syarikat dengan isterinya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young). Disebabkan penstrukturan semula syarikat mereka, Myung Han kehilangan kerja. Kemudian, dia menjalin hubungan dengan bakas rakan sekolah isterinya, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min), menyebabkan hubungan mereka suami isteri menjadi kucar kacir.

Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang) pula adalah seorang pewaris keluarga kaya raya daripada syarikat JH Distributing Company dan suami kepada Yang Soo Bin (Yoon Ji Min). Dia tertekan dengan perkahwinannya dan mencurigai tentang identiti anak lelakinya. Dia akhirnya jatuh cinta dengan Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) selepas bercerai dengan isterinya, Soo Bin.

Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) berkahwin dengan perwaris syarikat JH Distributing Company, Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang). Bagaimanapun, dia tidak bahagia dalam perkahwinannya hingga akhirnya bercerai. Dia dengan sengaja berjumpa semula dengan cinta pertamanya, Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon), dan cuba menawan hatinya semula, walaupun lelaki itu telah berkahwin dengan rakan sekolahnya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young).

Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) bahagia berkahwin dengan Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) dan memiliki seorang anak perempuan. Sebagai seorang ibu yang berkerja, dia berusaha untuk mengimbangi kerjanya dengan keluarganya. Perkahwinannya mula bergolak apabila suaminya hilang pekerjaan dan terlibat dengan kawan sekolah tingginya dahulu, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min).

Dalam mewarnai watak masing-masing, ketiga-tiga watak wanita utamanya memainkan peranan dengan amat berkesan dengan setiap watak berlagak tenang dan seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku dalam persahabatan mereka. Namun akhirnya apabila perkahwinan Soo Bin menemui kehancuran dan beliau menggoda suami kawan baiknya sendiri, masing-masing berusaha untuk menggagalkan rancangan Soo Bin itu.

Akhirnya mereka menyedari bahawa persahabatan antara mereka sudah tidak sama seperti dahulu lagi.
Secara keseluruhannya, ‘Only Because It’s You @ I Love You’ menceritakan nilai sebuah persahabatan, keceriaan dan suka duka sebuah kehidupan.

Dibintangi oleh Yoon Hae Young (Love and Ambition), Yoon Ji Min (Paradise Ranch), Lee Jae Hwang (Smile, Mommy!) & Park Hyuk Kwon (Midas).

Waktu Siaran:ISNIN, 17 JUN 2013, 22:10 EPISODE 1
ISNIN, 17 JUN 2013, 22:55 EPISODE 2

Siaran Ulangan:
SELASA, 18 JUN 2013, 09:45 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 10:30 EPISODE 2
SELASA, 18 JUN 2013, 16:50 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 17:35 EPISODE 2  dan begitulah seterusnya.

Anda boleh menonton setiap episod di website terpilih seperti Dramastyle & Dramacrazy. Selamat menonton. Saya suka sangat tengok jalan cerita ni. Sanggup tau tunggu sampai jam 12 malam baru tidur. Melampau juga la rasanya. Tapi sebab dah suka, semuanya jadi...

Hensem kan Ji Hwan ni? saya adalah bagitau kat mr hubby, suka sangat tengok muka dia ni tapi tak boleh la kalahkan kehenseman mr hubby saya tu.. suka je tengok... 


Yang dari kanan tu Jin Joo, yang tengah tu Soo Bin dan yang kiri sekali tu Gong Ja.. tiga sahabat baik alam persekolahan yang akhirnya menjadi musuh akibat iri hati. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...