Tuesday, October 11, 2011

Lagu ni lagi........



mr hubby soh saya hayati lagu ni.... hayati sewaktu kami akad nikah dulu.... ingat balik akad yang dibaca serta taklik yang dilafaz.....

dia minta saya ingat kenangan manis kami berdua setiap kali saya nak marahkan dia...bole tak..? ermph... setelah beberapa kali mencuba saya berjaya....

betullah..... setiap kali teringat saat saat romantis kami.... perasaan marah tu terus saja hilang....cubalah...

setiap orang ada melakukan kesilapan....mr hubby..?dia juga terlibat sama....ermph....dia memang pernah melakukan kesilapan, tapi dia dah berubah... dia tak mahu terus melakukan kesilapan...dia dah sedar, siapa yang dia perlukan dalam hidup dia.... apa yang dia buat sebelum ini adalah satu kesilapan...yang mana dia sedar menilai yang mana kaca dan mana permata....

Terharu sangat.....

Assalamualaikum....Semalam kan...gaduh gaduh manja ngan mr hubby... hehehe....mana taknya, pagi pagi je dapat mesej yang bukan bukan dari orang yang tidak dikenali... tapi rasanya saya dapat agak la siapa orangnya....

so...mr hubby pun ambik langkah selamat iaitu mengalah dan berdiam diri..... tiba tiba....

jeng jeng jeng.....

dia minta saya dengar lagu ini.....



apalagi.........

rasa sayu dan pilu hati ini..... tak pasal pasal saya 'ter'naik angin tak tentu hala dek kerana mesej yang tak tau kebenarannya.....

betul kata mr hubby....

apa yang dia kata semua betul......

thanks sayang.....i am sorry coz salah sangka.......

apa yang abang cakap tadi betul betul buat ima realize yang abang sayaaannnnggggg ima..... hehehehe......

Monday, October 10, 2011

birthday party my boy....

Assalamualaikum...cerita pasal perampas..merampas buat saya rimas... ermph... nak cerita tentang yang happy lappy pula...hehehehe...

last saturday, birthday my boy.... raziQ tomei... saya dan mr hubby sepakat untuk adakan kenduri doa selamat dan birthday party untuk tomei saya... meriah sangat...

terima kasih kepada mereka yang sudi hadir....tahun ni memang tak disangka sangka... balik dari sabah, kami masih dalam mood honeymoon actually...

then bila tomei request nak celebrate his birthday, mr hubby pun setuju... saya ni ikut saja....segala kelengkapan dah dibuat... dan tak disangka majlis berjalan dengan begitu meriah dan jayanya...kegembiraan terpancar di mata tomei dn mr hubby... begitu juga dengan saya....

dan paling membuatkan saya malu apabila ada yang mengusik..bila raziQ tomei nak dapat adik..? tergamam... saya lihat muka mr hubby...dia lihat muka saya...dan berderai tawa kami berdua.... memang nak sangat... tapi Allah belum izinkan... nak bagi kami dalam mood honeymoon lama sikit...

InsyaAllah... jika Allah izinkan.... mr hubby pernah jatuh...pinggang dia terhentak..dan masalah pinggang dia masih belum pulih sepenuhnya...untuk recover, ambil masa yang lama....sabar jer lah... ada rezeki tak ke mana...

gambar yang ada amat amat lah romantiknya...hehehehe..so..saya tak boleh upload...biarlah hanya kami berdua yang lihat dan simpan... jika nak.... boleh lah datang ke rumah saya... saya printkan gambar tu.... kenangan yang mahal....

yang boleh saya uploadkan hanyalah gambar kek tomei saya.... this year dia dapat 3 kek... satu saya beli...satu daddy dia beli dan satu cikmi dia belikan... suka la dia....

birthday tomei saya dan saudara saya yang terdekat sama bulan, so saya masukkan sekali nama mereka... meriah kan bila celebrate ramai ramai....ni perasa coklat blueberry...di buat oleh rakan fb saya.... memang cantik dan sedapppppp...

dan ini gabungan idea daddy mummy dan tomei.... tomei dan daddy suka main angry bird...tomei dan mom pula suka tengok siri penyiasatan conan...so...gabungkan bersama gambar tomei....cantikkan..? kek ini chocolate indulgence...dari secret recipe... memang la tak bole nak cakap kesedapannya...favorite saya dan tomei.....


ini juga dari secret recipe.... hadiah dari cikmi buat raziQ... tapi rasanya kopi.....badam dan sedikit campuran hazelnut...

tahun ni dan tahun tahun sudah, seperti biasa..... adalah party untuk anak anak.... dan tahun ni kami sediakan banyak hadiah...dan alhamdulillah..semuanya habis....tomei pula, dapat banyak hadiah....... terima kasih ye semua.... 

kalau tahun lepas, klien saya ada hadiahkan dia Game Boy... this year pula tomei dapat banyak jam tangan.... antaranya...GA Blue..G Shock...Baby G...Casio....dan banyak kereta control.....uish...macam tau tau je yang tomei request....hehehehe......

anyway, semua berjalan dengan jayanya...saya sangat bersyukur....terima kasih Allah....terima kasih sayang... abang buat majlis ni happening dan meriah sekali.....

dialah yang bertungkus lumus memasang banner....decoration dan balloon yang banyak sangat tu....memang cantik......terima kasih encik Shamrul Siharku sayang... i love u....

10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

Alahai.... terlanjur ngan post tadi... tetiba terbaca kat facebook pula..... macam berturut turut pula....cerita tentang larangan bercinta dengan suami orang.... best... just share ok.. sharing is caring...so... tertampar diri sendiri... atau terasa, fikir fikirkan dan selamat membuat keputusan untuk menarik diri dari menjadi PERAMPAS..!

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!


jiwaku jiwamu....

Assalamualaikum... sedang sibuk menyiapkan kerja kerja yang terbengkalai ni, tetiba terdengar bait bait lagu yang indah ini....

Separuh Jiwaku Pergi – Anang…

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Sedih…dan kebetulan semasa cari lirik lagu ni, terbaca juga kisah sensasi mereka ini...

Sekarang ni nak mencari perempuan yg betul betul baik memang susah…mana tak nye…dah jadi bini orang dh…dh dapat anak dh…masih boleh menggatal dengan jantan lain…kalau janda ke…anak dara ke…boleh gak la orang accept…ni status masih ISTERI ORANG…

Bukan nak emosi tak tentu pasal…pandai pandai la cari calon isteri…cari yang PEREMPUAN bukan BETINA..bak kata P. Ramlee dalam filem Musang Berjanggut…

dan memang sukar mencari lelaki yang sesetia seperti lagu ini... nak salahkan perempuan sepenuhnya juga tak boleh... bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...

ada juga kisah yang mana isterinya baik, lelaki pula buat hal... memburuk burukkan isteri dan mencari kelemahan isterinya... ermph... susah nak cakap... dan susah nak percaya..zaman sekarang ni macam macam boleh jadi...

Apapun yang hendak saya huraikan di sini bukanlah nak pertikaikan tentang lelaki atau perempuan. Apa yang pasti, tak kira sebutannya perempuan, betina atau wanita, orang-orang yang tergolong dalam gender ini hendaklah menjaga maruahnya. 

Sedih sekali rasanya bagaimana sekarang pemakaian tudung seakan dipersenda. Hak asasi katanya, tak boleh paksa-paksa. Walhal itu adalah hukum tuhan. Makin sedih pula ada yang sanggup berbuat tak senonoh (tak kira lah dalam keadaan sorok-sorok atau di depan khalayak ramai) seperti berkhalwat, walhal dia pakai tudung. Di mana mereka letak imannya?

Memang betul pemakaian seseorang tidak menentukan seberapa besar iman di dadanya. Tapi itu bukan alasan untuk menanggalkan tudung. Tapi janganlah pula tudung disalah gunakan untuk berbuat maksiat di hadapan Allah.

Pada asasnya, kalau anda nak orang lain hormatkan diri anda, maka anda harus hormatkan diri anda sendiri dulu. Jagalah maruah anda sebelum orang lain mempersendakannya.

Dan juga kepada mereka yang suka menyakiti kaum sejenis tu... insaf insaflah... selangkah kita melangkah menuju kematian...bukan menuju kehidupan yang kekal abadi.... janganlah terus terusan buat maksiat... tak takut dosa ke..?

Yang perempuan itu pun satu, hidup ini macam roda. Hari ini kamu ganggu gugat rumahtangga orang, esok lusa, tidak mustahil perkara yang sama berlaku. Ini bukan doa. Tapi ini hakikat. Karma.Kamu hidup atas kehancuran hati orang lain. Anak-anak akan kurang kasih sayang bapa. Terabai. Kamu tanggunglah nanti.
Dan bagi lelaki yang melibatkan diri dengan perkara ini, apa lagi yang di cari dengan wanita lain sedangkan si isteri berkorban diri dan hati untuk setia dan taat mengurus suami dan anak-anak? Tak cukupkah..?

Aduhai...kerana lagu ini banyak pula words come around... hehehehe.... jangan lupa guys... what u give, u get back.... ok..? peace...no war.... sekadar luahan hati dan perasaan.....


Rahsia Murah Rezeki

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (contohnya makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… 

petikan email dari seorang sahabat......


Saturday, October 1, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...... persiapan untuk sambutan hari lahir tomei saya berjalan dengan lancar...walaupun sedikit penat.... saya dan mr hubby mampu melaksanakan dengan sebaik mungkin.... harapnya pada hari tersebut semuanya berjalan dengan lancar...

seperti tahun tahun sudah... birthday tomei saya disambut bersama dengan jamuan hari raya...but this year... tak....dah seminggu syawal berlalu barulah birthday tomei menjelma..hehehehe...

saya sangat bertuah memiliki mr hubby yang sangat baik dan tomei yang bijak...

tomei saya very independent.... mengapa..? rutin seharian dia.... seawal jam 6.30 pagi dia dah bangun, mandi sendiri....dan bersiap sendiri....tanpa saya perlu menjadi seperti aunty sebelah yang setiap pagi terjerit jerit membangunkan cucunya...selepas subuh(masih perlu dipantau bacaannya)...breakfast dan ke sekolah.....

tomei saya siapkan homeworknya sendiri...kemas buku sendiri... kemas beg sendiri...gosok baju sendiri...dan semuanya dia buat sendiri...

tugas saya hanyalah check buku dan beg dia semasa dia tidur.... bilik dia pun dia yang kemas... biasalah budakkan..? saya hanya touch up bila dia tidur... saya tak mahu dia nampak....saya beri kepercayaan untuk dia mengemas dan bertanggungjawab atas harta benda dia...

Alhamdulillah... dia sangat berdikari... begitu juga bila dia ke swimming class...semuanya dia dah siapkan awal awal....

inilah dia tomei saya...walaupun dia sangat chubby, dia sangat teliti memilih pakaian...bajunya mesti digosok dan seluarnya begitu juga....ermph...ikut siapa ye..? dari kecil memang dia suka pakai jam tangan.... tak pernah tanggal jam walaupun mandi dan tidur....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...