Monday, October 10, 2011

jiwaku jiwamu....

Assalamualaikum... sedang sibuk menyiapkan kerja kerja yang terbengkalai ni, tetiba terdengar bait bait lagu yang indah ini....

Separuh Jiwaku Pergi – Anang…

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Sedih…dan kebetulan semasa cari lirik lagu ni, terbaca juga kisah sensasi mereka ini...

Sekarang ni nak mencari perempuan yg betul betul baik memang susah…mana tak nye…dah jadi bini orang dh…dh dapat anak dh…masih boleh menggatal dengan jantan lain…kalau janda ke…anak dara ke…boleh gak la orang accept…ni status masih ISTERI ORANG…

Bukan nak emosi tak tentu pasal…pandai pandai la cari calon isteri…cari yang PEREMPUAN bukan BETINA..bak kata P. Ramlee dalam filem Musang Berjanggut…

dan memang sukar mencari lelaki yang sesetia seperti lagu ini... nak salahkan perempuan sepenuhnya juga tak boleh... bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...

ada juga kisah yang mana isterinya baik, lelaki pula buat hal... memburuk burukkan isteri dan mencari kelemahan isterinya... ermph... susah nak cakap... dan susah nak percaya..zaman sekarang ni macam macam boleh jadi...

Apapun yang hendak saya huraikan di sini bukanlah nak pertikaikan tentang lelaki atau perempuan. Apa yang pasti, tak kira sebutannya perempuan, betina atau wanita, orang-orang yang tergolong dalam gender ini hendaklah menjaga maruahnya. 

Sedih sekali rasanya bagaimana sekarang pemakaian tudung seakan dipersenda. Hak asasi katanya, tak boleh paksa-paksa. Walhal itu adalah hukum tuhan. Makin sedih pula ada yang sanggup berbuat tak senonoh (tak kira lah dalam keadaan sorok-sorok atau di depan khalayak ramai) seperti berkhalwat, walhal dia pakai tudung. Di mana mereka letak imannya?

Memang betul pemakaian seseorang tidak menentukan seberapa besar iman di dadanya. Tapi itu bukan alasan untuk menanggalkan tudung. Tapi janganlah pula tudung disalah gunakan untuk berbuat maksiat di hadapan Allah.

Pada asasnya, kalau anda nak orang lain hormatkan diri anda, maka anda harus hormatkan diri anda sendiri dulu. Jagalah maruah anda sebelum orang lain mempersendakannya.

Dan juga kepada mereka yang suka menyakiti kaum sejenis tu... insaf insaflah... selangkah kita melangkah menuju kematian...bukan menuju kehidupan yang kekal abadi.... janganlah terus terusan buat maksiat... tak takut dosa ke..?

Yang perempuan itu pun satu, hidup ini macam roda. Hari ini kamu ganggu gugat rumahtangga orang, esok lusa, tidak mustahil perkara yang sama berlaku. Ini bukan doa. Tapi ini hakikat. Karma.Kamu hidup atas kehancuran hati orang lain. Anak-anak akan kurang kasih sayang bapa. Terabai. Kamu tanggunglah nanti.
Dan bagi lelaki yang melibatkan diri dengan perkara ini, apa lagi yang di cari dengan wanita lain sedangkan si isteri berkorban diri dan hati untuk setia dan taat mengurus suami dan anak-anak? Tak cukupkah..?

Aduhai...kerana lagu ini banyak pula words come around... hehehehe.... jangan lupa guys... what u give, u get back.... ok..? peace...no war.... sekadar luahan hati dan perasaan.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...