Friday, July 6, 2012

Layan blues...



Assalamualaikum... ermph... mr hubby pergi mancing hari ini ngan abang long saya...

sebelum pergi mancing, dia nyanyikan saya lagu ni versi jinbara vs fiQ... sedap.... kononnya nak majuk... tak jadi bila dia nyanyikan lagu ni...

pandai je dia pujuk... itulah dia buah hati saya seorang... :)

Doakan kami....

Calon Neraka di kalangan Isteri...

di petik dari Facebook Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum....

Terbaca artikel di bawah ini... ayuh kita buat pedoman buat diri kita semua....semoga dengan perkongsian ilmu hari ini dapat membuka hati kita sebagai isteri kepada suami agar dapat membaiki kelemahan diri dan juga memperbaiki akhlak kita demi mencari syurga Allah....

Antara calon calon pasti yang tempatnya di neraka kelak adalah seorang isteri yang bersifat seperti dibawah ini:
  • Tidak suka mengerjakan solat
  • Suka bercakap bohong kepada suami
  • Suka berhias untuk selain suaminya
  • Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh suami
  • Tidak menghormati suami
  • Suka mencari musuh
  • Sombong
  • Tidak takut kepada Allah sedikit pun
  • Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
  • Tidak mahu minta maaf kepada suami
  • Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
  • Degil dan keras kepala
  • Merasakan diri lebih baik dari orang lain
  • Suka berpoya-poya
  • Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
  • Suka memandang rendah kepada orang lain
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 
"Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita."

Para sahabat bertanya : "Mengapa wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Baginda ditanya, "Apakah mereka kufur terhadap Allah?" Baginda bersabda : "Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu."

Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah daripada bersifat dengan sifat yang akan membinasakan kita di dalam neraka Allah…

Wednesday, July 4, 2012

dengarlah wahai pemfitnah...

Assalamualaikum... kepada si pemfitnah hubungan saya dan suami.... kamu seorang islam kan..? cuba baca dan fahami ayat di bawah ni sejelas jelasnya.... 


saya nak jadi macam ni...

janganlah hanya kerana mulut kamu yang busuk itu membuatkan suami saya berprasangka buruk kepada saya... rakan rakan dia... keluarga dia... keluarga kamu sendiri dan sesama umat islam... kamu tak layak berkawan dengan dia jika kamu sendiri bermusuh dan berhasad dengki dengan ahli keluarga kamu sendiri...


jangan la berbuat jahat... henti hentikanlah.... bertaubatlah.... perbuatan kamu tu memakan diri sendiri tau tak.. kasihan saya tengok nasib kamu tu.....beria ia kamu menjaja hal kami suami isteri... sedangkan hakikatnya lain... saya tau kamu beria ia sedondon di majlis perkahwinan adik ipar saya... untuk siapa ye kamu buat? untuk suami saya atau suami kamu? tahukah kamu hukum Allah? 


kalau betul kamu menganggap suami saya ni sahabat kamu, kenapa perlu kamu aibkan dia..? kenapa..?


kamu tahukan Allah dah tetapkan jodoh kami..? kenapa perlu kamu menjadi dalang dalam hubungan kami? mujurlah fitnah yang kamu tabur tu tak mendatangkan kesan terhadap hubungan kami yang intim dan disulami dengan kasih sayang... apa la yang kamu dapat..?


mujurlah ikatan kami ini di bina kerana Allah ta'ala... ingatlah... saya yakin dengan kekuasaan Allah... kamu tak boleh mengatasi kekuasaanNya... hanya kepada Dia saya berserah...

happy birthday dear sayang...

Assalamualaikum again...

citer dah basi la gak kan... tapi excited sangat nak kongsi...

last year saya celebrate birthday dear hubby saya kat Terengganu coz saya kena tunaikan tanggungjawab sebagai leader untuk anak buah saya...

tahun ni kami di rumah klien saya merangkap adik ipar saya... di Negeri Sembilan... kiranya 2 in 1 ler...

happy sangat... tak mau upload banyak banyak gambar.. takut ada orang sakit hati..kui...kui..kui... saya upload ni untuk berkongsi kegembiraan saya ni... apa la salahnya buat tatapan seseorang yang menjaja fitnah tentang hubungan kami yang intim ni... ada ke patut dia kata suami saya ni duda..? haish... belum jadi duda dah hangat... kalau saya ninggal, dia jadi duda...elak orang yang menjaja fitnah ni gi pinang suami saya...hahahaha... mesti dia sanggup tinggalkan suami dia yang tak seberapa tu untuk suami saya.... saya masih segar bugar di sisi dia dikatanya dah ditinggalkan... merepek betul...


kek ni adik ipar saya yang sponsor,thanks ye nora... mr hubby saya ni suka makan cheese cake... so ini pun cheese cake gak... blueberry cheese cake... ok sangat rasanya.... 

 cuba tengok betul betul.... adakah gambar ini di edit..? hahahahaha. orang itu selalu kata yang saya ni tak bahagia bersama mr hubby saya... kalau dia tak bahagia... cuba tengok senyuman yang terukir tu... adakah di buat buat atau ikhlas dari hatinya..? kui kui kui.... 

ni gambar mr hubby bersama adik ipar sekeluarga... 

cukuplah 3 keping gambar ni untuk tatapan umum... kang ada pulak yang hantuk kepala dia kat dinding.. hehehe.... so... moral of the story buat si pemfitnah tu... cukup cukuplah kamu menaruh harapan tinggi kat suami saya yang memang tinggi tu... janganlah kamu jadi perempuan murahan... hargailah diri kamu..suami kamu dan anak kamu tu ye.... 


Bersedia menghadapi cabaran...


Assalamualaikum... lama saya tak update blog kan..? bersawang sawang.. maklumlah.. sibuk sebagai isteri kepada suami tercinta.. ibu kepada anak yang comel... anak kepada ibu bapa saya... dan juga sebagai seorang yang perlu bekerja dan beramal seolah olah saya akan mati esok..

ermph... Kesan Inflasi... saya suka gambar di atas ni... gambar di atas ni menunjukkan kepada kita pentingnya kita menjaga ekonomi rumahtangga kita... kita yang menentukan gaya hidup yang ingin kita nikmati hari ini...esok dan seterusnya...

saya bekerja keras hari ini demi keluarga tercinta... demi membangunkan ummah.. demi meningkatkan taraf hidup kami di samping berkongsi bersama mereka yang lain...

bukan macam seseorang tu yang bergendang menyebarkan fitnah sana sini... memporak perandakan rumahtangga oranglain... apa yang dia dapat tak tau la...

sebelum nak bicara tentang oranglain, ambik cermin... cermin diri sendiri... satu jari menuding ke arah orang, empat lagi jari ke arah diri sendiri... kesian tengokkan nasib dia... bukan senang mana pun... kita sibuk bertungkus lumus menaikkan ekonomi keluarga.. dia? eko no money... hahahaha...

nak bercerita tentang oranglain memang banyak point... the point is, sapa yang berkata kata tu? ermph.. dengar khabarnya berhutang sana sini gak... ke hulu hilir menyusung naik bas gak... nak hand phone canggih manggih tapi berhutang..apa kelas..?

haish...kesian tengok kamu...beria ia menjaja cerita yang salah... akhirnya, siapa yang malu...? sendiri malu kan..?

bukan nak membangga diri atau apa pun.. ingatlah... perkara di bawah ni ye..


saya takut mati... saya tau kamu tak takut mati... sebab tu kamu berani menjaja fitnah sana sini kan..? udah udah le... bawa bertaubat ok..?

Monday, June 18, 2012

kerana dia...

Assalamualaikum...

saya percaya akan ayat ayat di atas... kerana saya memiliki yang ke 5 itu... apabila hidup kita dipenuhi dengan kasih sayang, maka yang no 1-4 akan menjadi mudah buat kita...

kerana kasih sayang si dia, saya mampu melakukan pengorbanan terbesar dalam hidup... menghormati si dia sebagai suami, maka saya beralah walaupun saya tidak bersalah...

ermph.. apapun kerana kasih sayang saya mampu melakukan semua itu...

alhamdulillah... tanpa mengenal erti putus asa dan jemu, akhirnya hari ini saya mampu tersenyum atas kasih sayang yang dicurahkan si dia tanpa berbelah bagi... amin ya Allah.. amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...