Monday, April 25, 2011

akhirnya ku terima....

Assalamualaikum... setelah berkali kali di pujuk dan di desak untuk mengambil kereta baru, akhirnya aku bersetuju juga... kerana apa..? ermph... aku rasa sekurang kurangnya dengan adanya satu hutang baru ini maka aku akan bekerja dengan lebih keras lagi.. dan aku akan pastikan yang aku tak mahu menggunakan duit yang ada.. aku nak gunakan source baru.. bole..? hehehe.. itulah cabaran yang aku kenakan untuk diri sendiri...

kereta apa..? ermph.. ni pun satu masalah jugak... kalau bole nak kereta yang paling murah... hahaha.... kenapa..? kerana aku dah ada wish list sebenarnya.....kereta ni jatuh ke tempat yang terakhir sekali.. priority aku ialah memasang impian untuk melangsaikan hutang rumah yang dalam masa terdekat.... ermph... nak pastikan sebelum umur 45 tahun hutang rumah settle already.. hehehe.... dan ingin mengambil second house yang lebih besau dari yang sedia ada... :) dan menyimpan 6 angka RM(rahsia)  dalam masa 6 tahun.... and i still work for it... besar harapanku... selepas target tercapai... insyaAllah ada benda yang ingin aku buat...

ingat... apa yang kita perolehi ini bukan untuk kita seorang..ada bahagian untuk oranglain... dan aku selalu ingat... kerana itulah aku bekerja seolah olah akan mati esok... bole gitu..?

kereta ni makin lama makin susut nilai... berbanding dengan rumah... semakin lama semakin tinggi regenya.. hehehe... sedangkan kereta ni makin lama menjadi liabiliti kita..

bole ke ambik keta ni..?



atau yang ini...?


atau yang ini..?


dan yang pasti jawapannya..... tunggu.....yang pastinya aku nak kereta yang paling murah... paling murah.... hahaha.... 

mr hubby cadangkan aku ambik semula kereta yang pernah aku gunakan dulu... dan satu yang menjadi favorite mr hubby at least kereta ini katanya.....


ermph... rasanya macam dah takde hati la...ermph.. selain dari perbezaan harga yang amat ketara.. aku rasa setelah impian tercapai, insyaAllah aku akan gunakan kereta yang lebih baik dari ini... pada aku.. as long as kereta itu boleh digunakan, maka tak perlulah aku mementingkan imej kot... walaupun mampu, aku rasa ia satu pembaziran... kereta ni fungsinya apa? bukankah ia membawa kita dari destinasi A ke destinasi B..?

pada mulanya aku nak beli kereta dengan cash jerk.. tapi sebagai orang yang sedang mempraktiskan perancangan kewangan , lebih baik aku buat good loan... this is not bad loan.... kenapa..? ermph.. duit itu aku laburkan at least dalam ASB dan ambik sikit sikit untuk langsaikan hutang.... disamping aku boleh membayar hutang tersebut, aku perolehi pulangan sedikit dividen... :) bukankah itu satu pelaburan bijak..?

aku bukan aku yang dulu wokey..? aku ialah new aku.. hahaha... yang sudah mengerti erti kehidupan bersederhana... bukan yang tahu bermewah mewah melampau tahap gaban seperti dolu dolu.......yang mementingkan diri sendiri...sekurang kurangnya apa yang aku perolehi ini aku dapat berkongsi bahagian yang ada untuk keluarga... untuk mak abah.. adik beradik dan saudara maraku yang terdekat dan saudara seislamku....

aku tak mahu hanya aku yang senang.. tapi keluargaku hidup merempat pula... kenapa aku berubah..? ermph.... bila teringatkan perkara ni.. selangkah kita melangkah menuju kematian... bukan menuju kehidupan... so... andaikata aku dipanggil pergi..hanya 3 perkara jerk yang aku bawa.... 1.doa anak yang soleh dan solehah... 2.sedekah jariah... dan 3...ilmu yang dimanfaatkan.....

so... fikir fikirkan.. dan selamat beramal... hahaha... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...