Thursday, April 21, 2011

Kaya Harta tapi Miskin Jiwa vs Miskin Harta Tapi Kaya Jiwa


Ahad lepas, sewaktu melayan satu program TV yang meninjau kemewahan dan cara hidup pemilik kediaman mewah super-duper rich serta menampilkan gaya hidup dan cara hidup yang berlebih2 mereka. Koleksi handbag dan kasut berjenama hingga beribu2 pasang. Siap order order lagi.....

Rumah sebesar2 Alam dan deretan kereta2 mewah beratur di porch. Percutian confirm lah di luar negara aje. Dalam hati berkata gak, banyaknya duit orang2 nih, bukanlah business apa pun... naik meluat lak menengok gelagat orang2 yang terlalu taksub dengan harta kekayaan yang mereka miliki.

Hello, tau lah awak tu kaya tapi ingatlah berapa ramai lagi orang kat Malaysia ni, yang 'kais pagi makan pagi'..janganlah riak sangat, awak tu orang melayu yang beragama Islam. Simpati lah ngan orang yang kurang berada. Jangan ingat roda awak sentiasa di atas je. Bukan kah pembaziran tu sahabat syaitan. Mungkin Allah bagi kekayaan kat kau untuk share. Sharing is Caring kan. Agak2 lah..Tak takut ke laknat Allah... Kalau Allah nak tarik nikmat kekayaan dia tu, sekelip mata je..Ingat! Allah Maha Berkuasa..

Bukan cemburu, bagus citer tu..boleh jadi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk menjadi kaya seperti mereka...tetapi bila cara dia cakap buat aku rasa meluat... Beyonce tak dapat beg itu kerana rekod pembelian handbag saya di LV melebihi Beyonce...wah.. kelas makcik tu.....kebanyakan handbag yang dia ada semuanya LIMITED EDITION.. hanya ada satu... dan ada yang makcik tuh belum guna pun.. beli setakat untuk kepuasan diri.... 

(bukan gambar sebenar)

Berbeza pula cerita akak 'cleaner' yang bekerja di sebuah syarikat yang aku selalu pergi... Dia 'breadwinner' in the family dan banyak tanggungan. Tak pernah berkeluh-kesah dan meminta-minta. Datang naik bas, balik pasti kena masak untuk anak2. Suami pulak terlantar di rumah akibat kemalangan dan mempunyai sepasang anak yang masih bersekolah menengah. Namun, terpaksa silih berganti menjaga bapa mereka yang terlantar. Tengok pada keikhlasan dan kejujuran dia, satu hari aku tanya dia berapa pendapatannya sebulan.

Dengan pantas dia menunjukkan payslipnya. Walaupun dia tak boleh bercakap tapi melalui pergerakan tangannya, dia mengatakan yang kehidupan dia ok lah walaupun gajinya cukup2 untuk menampung dia sekeluarga. Aku memang salute dengan kegigihan dia. Memang rajin. 

Walaupun dia dikehendaki mencuci banyak floor tapi Surau sentiasa tip-top dalam jagaannya. Memandangkan kawan aku committee surau, setiap bulan dia akan meminta izin kawan aku untuk mencuci semua telekung wakaf dalam surau. Sungguh murni jiwanya. Bayangkan dengan gaji yang tak sampai RM1K sebulan, tinggal di KL tapi rezeki yang Allah bagi untuk dia sungguh berkat. Walaupun banyak menerima pemberian orang tapi tetap bersikap 'reluctant'.

Itu yang aku tau. Sebenarnya aku mengingatkan diri ni gak bahawa kekayaan yang kekal hanya milik Allah:

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud, “ Sesungguhnya bagi umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat Ku adalah harta kekayaan”. - Riwayat at-Termizi.

Dari hadith itu jelas kepada kita bahawa ujian terbesar kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ujian berupa harta benda dan kekayaan. Dengan harta benda dan kekayaanlah yang menyebabkan sebahagian di antara kita yang tergelincir daripada prinsip dan ajaran Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai muslim yang bermaruah tinggi dan maruah mulia.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...