Saturday, September 17, 2011

perlukah bertaubat..?

Assalamualaikum, ermph... lama tak upload sesuatu....ermph...kali ini saya nak upload citer yang berbeza sedikit...cerita tentang pura pura.... ada yang bertanya kepada saya, adakah saya melakukan sesuatu itu dengan jujur atau berpura pura?

terkadang dalam hidup, kita perlu berpura-pura dalam beberapa perkara..maksud dan tujuan kepura-puraan bergantung kepada individu.. samada untuk kepentingan sendiri, mahupun untuk menjaga kepentingan orang sekelilingnya..

timbul persoalan demi persoalan...
di hadapan mereka, adakah saya berpura-pura? kenapa saya perlu berpura-pura? kan lebih elok mereka mengenali saya yang bukan berpura-pura. Entah-entah mereka tahu saya berpura-pura..mungkin kerana saya mempunyai kepentingan...saya sendiri tidak tahu kepentingan apa yang saya maksudkan...bukankah berpura-pura itu suatu yang merugikan..uish..makin banyak persoalan yang timbul...

bagi saya, bergantung kepada situasi dan keadaan..berpura-pura tidak semestinya memiliki sifat negatif..ada berpura-pura yang bersifat positif..

berpura-pura bukan semuanya menipu. demi menjaga kepentingan orang sekeliling, terkadang kita berpura-pura dalam banyak hal dalam kehidupan..

berpura-pura gembira di hadapan semua orang..ianya perlu, demi menjaga kegembiraan hidup bersama rakan-rakan di sekeliling kita..sekalipun berat mana masalah yang kita tanggung, sedih bagaimana sekalipun jiwa kita, rosak teruk mana pun hati kita, kita perlu senyum..dan tunjukkan yang kita gembira..kerana apa?kita perlu berbuat demikian kerana bimbang dengan mempamerkan kesedihan, kita mengundang pelbagai persoalan..bimbang menimbulkan fitnah atau bimbang persoalan demi persoalan akan timbul sehingga kita bercerita atau meluahkan isi hati kepada mereka tanpa kita sedari sehingga mengaibkan orang lain...

lain orang lain cara..dan cara-cara yang berbeza inilah yang mewarnai setiap rona-rona kehidupan..indah bukan? berpura-pura gembira lebih elok daripada kita terus dihanyutkan kerosakan jiwa..sekurang-kurangnya, kita mampu tersenyum gembira juga walaupun ianya sekadar pura-pura..

pura-pura juga perlu bertempat dan beretika. pura-pura positif mungkin perlu diamalkan manakala pura-pura negatif, jangan sekali. ianya hipokrit..Sesetengah orang tidak berpura-pura..malah seronok dengan kejujuran. Saya  mahu hidup dengan kejujuran.. 

terkadang terlalu jujur pun menjadi masalah..saya sering di gelar..lurus bendul...saya seorang yang suka berterus terang..saya tak reti bermadah helah bagai...saya direct to the point..biarlah orang lain memandang saya sebagai seorang kuno,andai 'kuno' yang mereka takrifkan itu adalah seorang yang cuba mengikuti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Saya pernah melakukan kesilapan..sebagai seorang manusia yang normal, saya memang melakukan kesilapan dan saya akui kesilapan yang saya lakukan..dan manusia yang terbaik,adalah yang sering bertaubat.Jangan menipu diri sendiri.Allah SWT Maha Mengetahui apa yang berada di dalam dada kita..Semoga Allah SWT Mengampunkan dosa-dosa kita semua..

saya pernah terbaca tentang sebuah ayat dan saya buat catatan, kerana ayat itulah saya cuba berubah..jom baca....

"jika kau telah banyak melakukan kesilapan janganlah menangguhkan taubatmu kerana hidup ini hanya sekadar angka ... satu tahun itu hanya 365 hari ...tidak banyak angka yang kau miliki jika kau asyik bertangguh.. bimbang maut menjemputmu dahulu sebelum kau sempat bertaubat"

"jangan sesekali bertangguh melakukan kebaikan walaupun ianya hanya suatu kebaikan yang kecil..kenapa? kerana mungkin yang kecil itu dapat membantu kita di sana kelak kerana mungkin yang kecil yang kita tangguhkan itu  lebih 'berkualiti' nilainya jika dilakukan...dan jagalah hati kedua orang tuamu, melaburlah untuk  akhiratmu tanpa mengenal erti penat sehingga engkau meninggalkan dunia yang fana ini kerana sesungguhnya engkau sangat memerlukannya nanti... carilah Redha Allah SWT, bukan 'redha' manusia...biar engkau hilang  harta,nama dan pangkat andai kebenaran ini yang kau perjuangkan, tapi janganlah kau hilang maruah hanya kerana mahu menjilat kezaliman yang batil yang terakhirnya...jangan sesekali menghalang manusia lain mencari  Allah dan jangan sesekali kau menjadi punca seseorang terbatal niat melakukan kebaikan jangan juga engkau  mencemuh pendosa yang mahu bertaubat"

cuma saya lupa dimana saya dapatkan ayat ini, lupa nak buat remarks..anyway, terima kasih kepada penulis tersebut kerana ia membuka hati dan minda saya...

Kita sebagai manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan atau dosa. Oleh itu,kerana kasih sayangNya Allah terhadap kita maka diberikan cara untuk menebus kesilapan atau dosa yang kita telah lakukan sebelum ini iaitu BERTAUBAT...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...