Sunday, September 30, 2012

Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta Dalam Kalangan Wanita Islam: Satu Tinjauan Awal



  • Penulis: Siti Fatimah Abdul Rahman 
  • Penerbit: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


  • Duit isteri, duit isteri dan duit suami, duit isteri. Ada melihat hakikat ini sebagai jenaka menyebabkan wanita sering terkeliru mengenai hak mereka terutama apabila suami bijak memanipulasi fakta menyebabkan fakta sebenar akhirnya diubah.

    Islam tidak menghalang pemilikan harta oleh lelaki dan perempuan asal niatnya untuk kebajikan di samping memenuhi keperluan hidup. Biar apa juga ketetapan termasuk bahagian dalam hukum faraid, ia tidak mengehadkan pemilikan harta oleh wanita.

    Dalam Islam, harta wanita termasuk pendapatan mereka adalah hak mutlak dirinya yang bermaksud mereka boleh melakukan apa saja dengan harta itu tanpa perlu mendapat keizinan sesiapa sama ada bapa atau suaminya.

    Kajian mendapati, majoriti faham mengenai perkara itu namun jika diteliti dengan mendalam, keadaan sebenarnya tidak sedemikian kerana kebanyakan keliru konsep ‘hak mutlak’ dan keperluan izin suami terhadap harta mereka.

    Buku Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta Dalam Kalangan Wanita Islam: Satu Tinjauan Awal ada penjelasan bahawa wanita Islam bebas membuat keputusan sendiri ke atas harta mereka atau dalam bahasa mudah dalam Islam suami tiada hak terhadap harta isteri.

    Suami adalah pemimpin, tanggapan ramai, suami mempunyai kuasa atau hak mengatur harta isterinya.

    Timbul pendapat isteri memerlukan keizinan suami mengatur hartanya sendiri. Malah, keizinan suami membenarkan isteri bekerja turut menjurus kepada fahaman bahawa pendapatan isteri turut menjadi milik suaminya. Justeru, isteri perlu meminta izin suami untuk membelanjakan pendapatannya.

    Dalam kes lebih serius, ada suami tidak memberi nafkah kepada isteri dengan anak kerana beranggapan isteri perlu menggunakan wang sendiri kerana mereka sudah mengizinkan isteri mencari pendapatan sendiri.

    Bagi memahami kedudukan sebenar mengenai hukum mengikut Islam dan realiti disebabkan kejahilan wanita, buku Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta Dalam Kalangan Wanita Islam: Satu Tinjauan Awal, boleh dijadikan rujukan.

    Buku hasil penyelidikan dijalankan Siti Fatimah Abdul Rahman bertujuan mencari jawapan kepada persoalan sejauh mana wanita memahami hak mereka terhadap harta, adakah kefahaman diterjemahkan untuk menambah harta dan kemahiran menguruskan kewangan.

    Bab dua yang membincangkan tajuk Kefahaman Tentang Hak Wanita Terhadap Harta Dalam Islam mendapati kebanyakan wanita faham mengenai kedudukan mereka dalam hukum pembahagian harta tetapi tidak arif bahagian yang sepatutnya mereka terima.

    Pemilikan harta yang dikembangkan dalam bab empat buku ini turut menyelitkan cadangan untuk meningkatkan pemilikan harta dalam kalangan wanita serta cara bagaimana perlu dilakukan supaya mereka mempunyai harta sendiri.

    *jadi tidak timbul isu apabila isteri menghabiskan duit suami ok?.....

    Kepada mereka yang suka suki mempermainkan hukum ni, harapnya selepas membaca entri ni cepat cepat la bertaubat...

    Lebih lebih lagi kepada adik beradik, saudara mara, kawan kawan yang suka ambil kesempatan kepada seseorang yang bergelar suami orang, walaupun kamu pinjam duit lelaki itu, ingat.. Ada bahagian isteri yang dia gunakan untuk memberi wang itu kepada kamu, kalau si isteri tidak menghalalkan bahagian itu, maka haramlah kamu menggunakan wang tersebut...

    Yelah, biasalah kan... Adik beradik tak berkira... Itu yang manjang ambik kesempatan... Kereta kena tarik, pinjam abang duit.. Nak bayar hutang pinjam abang... Anak sakit minta abang duit..sendiri sakit minta abang...Mentang mentang abang tak berkira... Ngan akak ipar tak hormat.. Duit dia nak disakau... Haish... Apa la.. Buat malu je... Apa guna ada suami tapi masih bergantung kat abang..?

    Kalau janda tak apa gak... Dahlah mulut macam longkang... Rumahtangga abang sendiri nak dirobohkan... menjaja fitnah sana sini...kain sendiri koyak tak nampak tapi dok sibuk citer kain orang...Apa nak jadi tak taulah... entah apa yang dia sakit hati sangat...Tak nampak nampak lagi bala yang Allah dah turunkan kat dia... macam macam bala....Tak serik serik....

    **hehehe...cerita ni tak de kena mengena ngan saya tetapi kisah klien saya ni... Saya yang terlebih emosi....kepada yang terasa tu, cepat cepatlah pulangkan hak kepada mereka yang berhak... jangan nak makan hak oranglain sangat... tak berkat hidup... takut kena sumpah seranah...macamana nak kaya kalau manjang makan hak oranglain... cari la harta sendiri kan bagus?.. dari menjaja fitnah... pergilah kerja... ada hasilnya.... ini dok mengumpat dapat dosa je... haish...

    Berbalik kepada kisah di atas, moralnya ialah.. Sebagai seorang Islam lelaki atau perempuan, Kita kena tahu hak Dan hukum  untuk apa sahaja yang berkaitan dengan rumahtangga Supaya Kita tidak tertindas Dan Menindas....


    Sakit gigi.....

    Asalamualaikum ..... Adoiiiiii.... Sakitnya gigi..... Ermmpphhh.... Kenapa?.... Pasal ni la...


    Braces oh braces....ikutkan hati tak mau pakai braces ni... Tapi dek kerana doktor, saya pun ikutlah nasihat dia... Pheww... Sakitnya... Bulan pertama saya pakai getah berwarna turqoise... Nampak macam biru kehijauan sikit...

    Bulan ni saya pilih biru.......

    Kronologi:

    Dua tahun lepas, doktor advice saya untuk pakai braces, Tanpa pikir Panjang,saya bersetuju bila doktor kata bimbang bila gigi saya berlaga sejajar dengan peningkatan usia bimbang gigi saya rosak dan pecah....

    Mula mula kena cabut semua geraham bongsu yang ada.. Bulan pertama, satu batang dicabut... Masih boleh tahan..

    Bulan kedua pun sama... Macam takde rasa... Bulan ketiga lagi la tak rasa apa... Bila bulan ke empat, nak cabut geraham bongsu sebelah bawah kanan, ada masalah.... Doktor minta saya ke pakar... Bila ke pakar, doktor kata kena buat minor operation coz gigi saya rosak dan kerosakan itu telah merebak ke gigi sebelah... So, kena cabut dua batang sekaligus...

    Mujurlah masa tu mr hubby temankan saya...masa cabut, akar gigi kedua patah separuh dalam gusi jadi doktor terpaksa potong dan keluarkan akar tersebut... Sebahagian gusi saya terpaksa dibuang...

    Ya Allah, sakitnya....saya tak mampu berjalan dan berdiri lama... Sebulan saya tak kerja dan hanya mampu duduk dan baring di dalam bilik yang gelap... Tak boleh bising... Tak bole kena cahaya... Buat apa pun sakit....Dan kerana itu, saya fobia untuk meneruskan hasrat memasang braces... Sehinggalah bila bulan puasa baru ni, gigi saya pecah....

    Tak tahu puncanya, gigi saya berlaga dan pecah... Mula mula satu, lepas tu bila doktor check, ada beberapa gigi dah start berlaga....mungkin dalam tempoh terdekat akan pecah sebagaimana gigi yang pecah hari itu.... Sebatang je kena rm560 kosnya....

    Huu... So, saya decide untuk pasang semula braces... Oleh kerana saya masih fobia, maka doktor  buat sebaik mungkin....

    Jadinya, masa hari pertama, saya tak rasa sakit langsung! Doktor hanya pasang besi dan dawai.... Tak masukkan ring langsung.. Dia kata lepas sebulan nanti baru citer....

    Ni lepas sebulan, doktor bagi tau kena cabut dua batang gigi... Bulan seterusnya baru masuk ring.... Adoyai... Dia tanya nak cabut sebatang sebatang ke, cabut dua batang terus? Kalau cabut sebatang dulu, sakit dua kali.... Ni kira kalau cabut dua dua batang sakitnya sekali... Terpengaruh dengan kata kata doktor, saya pun setuju untuk cabut dua batang...

    Nah..sekarang rasakan..! Bisanya tak terperi... Darah tak berhenti dari pagi hingga ke malam....

    Tak bole makan.....

    Tak bole minum....

    Tak bole tidur....

    Tak bole duduk....

    Apa pun tak bole.... Semuanya sakit..... Menahan sakitnya.... Mujur ada mr hubby yang menemani saat sakit begini....

    Dia kata, cuba buat sesuatu yang saya suka, supaya dapat mengalih kesakitan yang saya alami ni... So.. Saya pun buka la blog dan mula mencari ilham..... Tapi tak datang datang.... Akhirnya melepaskan apa yang dirasa saat ini...

    Sakit...

    Sakit......

    Sakit.......

    Saya memang tak tahan sakit... Bila sakit merengek macam budak kecil.... Hehehehe.... Itu kata mr hubby la.. Sebenarnya nak manja manja... Hahahahahahaha.... Bila lagi nak mengada ngada ngan dia...

    Sayang dia ketat ketat.... Dialah yang paling memahami saya saat ini...my

    Friday, September 28, 2012

    rindu berblog...

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.. rasanya memang dah lama sangat saya tak upload cerita cerita terbaru saya.. malahan saya memang tak sempat nak buka blog  sendiri... rindu sangat nak berblog...

    nak tau kenapa saya sibuk?... saya sibuk kerana menguruskan ini...


    Alhamdulillah... ini lah dia sebab kenapa saya tak sempat nak buat apa apa... ke hulu ke hilir menyiapkan pejabat baru... dari zero to hero... a to z nak diuruskan semua kelengkapan pejabat...


    nak membangunkan sebuah pejabat yang kosong memang susah.. ni gambar masa separuh pembinaan hampir siap... sebelum ni kosong je kedai ini...dan alhamdulillah... inilah hasilnya....



    walaupun belum berapa lengkap dan sempurna, bagi saya ia sudah cukup sempurna... selesa dan sangat berpuashati dengan hasil kerjasama semua pihak... 

    syarikat saya sebuah syarikat 'one stop centre' dimana kami memberikan kemudahan dan perkhidmatan kewangan islam yang membabitkan 7 elemen perancangan kewangan islam.. nak tau lebih lanjut bole la ke www.imahrahimah.com tau...kalau saya cerita 7 hari 7 malam tak habis habis... di samping itu, saya juga menawarkan perkhidmatan sewa dan banyak lagi..ermph.. cakap banyak tak guna... jom kita jelajahi apa yang ada dalam syarikat saya... 


    ini bilik seminar... sambil saya mengadakan kelas buat wakil wakil saya, saya juga menyewakan bilik ini untuk mereka diluar sana... manalah tau ada yang berminat nak menyewa, dipersilakan la ye...


    ini pula ada la sewakan dua buah komputer untuk kegunaan printing, fax, email dan internet.. semoga kemudahan yang kami berikan ini dapat melengkapi keperluan mereka diluar sana..


    ini pula discussion area yang saya sediakan khusus untuk agent saya yang tersayang... semoga mereka semua bersemangat untuk terus berjuang dalam bidang ilmiah ini...


    disamping itu, saya juga ada la menjual alatulis secara kecil kecilan.. ermph.. mempelbagaikan pejabat untuk menarik pelanggan.. sejajar motto syarikat kami "one stop centre"... 


    ada juga perkhidmatan photostate biasa, photostate warna, binding dan laminating sekali tau.. so, senanglah mereka semua nak buat kerja semua... ermph.. pusat sehenti la katakan..


    ops... terlupa pula.. kami juga ada menyediakan perkhidmatan sewa buku... alhamdulillah... setakat ini kami hanya ada +-500 buah dari pelbagai penerbit.. maklumlah... operation manager saya geng giler novel.. hehehehe... semoga dia meredhakan penyewaan ke atas buku buku kesayangan beliau... :)

    alhamdulillah.. syukur kehadrat ilahi atas kurniaan ini... terima kasih atas usaha keras rakan strategik saya, keluarga, saudara mara, sahabat handai dan semua yang menyumbang secara langsung atau tak langsung dalam memulakan perniagaan baru ini..

    semoga semua usaha yang kita lakukan bersama sama ini dapat meningkatkan lagi produktiviti dan mengurangkan kontroversi... 

    apa yang ingin saya lakukan selepas ini adalah untuk mengajak suami saya membantu saya memajukan perniagaan saya.. saya sangat sayangkan dia, tak mahu melihat dia bersusah payah bekerja keras berpanas berhujan tetapi hasilnya sangat mengecewakan....kerja keras yang tidak berbaloi... meninggalkan kami sekeluarga apabila outstation berhari hari... kerja tak tentu masa... makan ke tidak... ermph... harapnya saya berjaya melaksanakan impian ini... insyaAllah... biar dia sentiasa berkepit dengan saya..hahahaha....

    Tuesday, August 28, 2012

    Selamat hari raya

    Asalamualaikum, lama rasanya saya tak update blog....sibuk.... Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Dengan penuh rasa rendah hati saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya saya dengan sengaja atau tidak menyakiti hati anda secara langsung atau tidak langsung....

    Tahun ni dengan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan kurniaanNya saya dan keluarga dapat bersama sama menyambut Aidilfitri dengan meriah... Tahun ni amat menyedihkan apabila mr hubby kena standby Dan on call ...Dan menyedihkan apabila kami hanya dapat menyambut raya bersama para hari raya ke lima...

    Walaupun begitu saya tetap gembira kerana tahun ni banyak sungguh hadiah yang saya terima dari mr hubby dan klien saya... Memang kits tak minta, tapi mereka yang beri.. Terima seadanya dengan penuh kesyukuran... Antara barang yang saya terima dari klien tahun ini, 2 buah pasu cantik dari ayer hitam, 2 karpet baru, bantal gebu 4 biji, set kuih, baju raya, hamper raya,kuih raya dan macam macam lagi...

    Manakala dari mr hubby tercinta... Set sofa baru, New i pad, handbag baru, kasut baru,haishh....kiranya banyak sangat.... Terima kasih sayang.. Tak mau cerita panjang panjang yang penting biarlah menjadi rahsia... Hehehehe....

    Yang paling penting, baru try nak upload gambar guna i pad.... Hehehehe... Tak pandai lagi eh....Ok friends ......Ngantuk sudah....


    Friday, July 13, 2012

    jom praktis...!

    Assalamualaikum....saya sedang berusaha untuk cuba mempraktiskan yang tersebut dibawah ini...

    1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
    Mengaku saja kita semua sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin.

    Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan kita, cita-cita , keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

    Kita tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

    2. Buang Sikap Risau.
    Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa kita pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental.

    Risau membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri kita mengawal emosi.

    3. Belajar Rajin Bersyukur.
    Ucap syukur atas kesemua yang kita ada. Misalnya, ucap syukur kerana kita masih ada 5 deria yang lengkap. Kita boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Kita ada kawan rapat yang memahami kita.

    Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri kita. Buat banyak kali dalam sehari.

    4. Belajar Menjadi Pemaaf.
    Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).

    Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda kita. Kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kitasatu ketika dulu.

    Mungkin juga kita susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap dirikita, yang membuat kita sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri kita.

    Biar berjanji tapi jangan mengingkari.
    Biar disakiti tapi jangan menyakiti.
    Biar dizalimi tapi jangan menzalimi.
    Biar dilupakan tapi jangan melupakan.
    Biar ditinggalkan tapi jangan meninggalkan.
    Biar diabaikan tapi jangan mengabaikan.

    ermph... suka ngan ayat dibawah ni... 




    kita perlu bantu membantu...

    Assalamualaikum..

    terbaca dan ingin kongsikan bersama anda semua...

    Kalau jadi manusia jangan jadi manusia BIASA,
    yang longgar jiwanya,
    yang rapuh imannya,
    sempit mindanya,
    gelap masa depannya..

    Tetapi jadilah manusia yg LUAR BIASA,
    yang gah jiwanya,
    kental imannya,
    tertib solatnya,
    al-Quran juadahnya,
    luas pandangannya,
    gemilang masa depannya..

    Sesungguhnya jika ALLAH menyayangi hambaNYA,
    akan diujinya..

    Apabila dia bersabar,
    maka besar hikmahnya,
    dipermudahkan penyelesaiannya..

    Apabila dia redha,
    ALLAH mengasihinya,
    dilapangkan hatinya,
    dan dihiaskan wajahnya dengan KETENANGAN.

    Bukankah semua itu pelajaran langsung dari ALLAH?
    Salahkah saya kalau saya cuba menjadi seseorang yang boleh mengubah sepenuhnya apa yang dilalui oleh manusia lain berkurun lama?

    Saya ingin sekali mengubah nasib diri saya, keluarga saya bahkan orang orang disekeliling saya..

    saya tak mahu mewarisi kesusahan ibu dan bapa saya... saya nak hidup mewah.. agar saya dapat membantu orang lain menjadi seperti saya..

    tetapi, kalau hanya saya seorang .. tanpa bantuan... karamlah kapal saya... saya perlukan bantuan anak anak kapal lain untuk mengharungi ombak dan ribut petir di tengah laut...

    terkadang, saya rasa apa yang saya cuba sampaikan dan kongsikan tidak memberi apa apa impak kepada mereka yang menerimanya.. terkadang rasa harapan saya untuk menaikkan ekonomi ummah dipandang sepi...

    Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak memahami mu..Tapi sedihlah kerana saya di tuduh tidak mahu memahami orang lain. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti sesiapa. Saya cuba duplicate oranglain bekerja seperti saya agar mereka juga dapat menerima hasil seperti saya.. saya memang tidak pandai mengajar, saya harap mereka dapat belajar dengan melihat dan mencatat setiap apa yang saya lakukan...

    Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak mempercayaimu ..Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kamu...tapi sedihlah kerana kamu belum buat persiapan untuk menjadi lebih kuat dari sebelum ini...

    Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak menghargaimu..Tapi sedihlah kerana mungkin ini pembalasan dari Allah kerana mungkin saya pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

    Allah menguji keikhlasan kita apabila bersendirian. Allah memberi kedewasaan apabila kita ditimpa masalah. Allah melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaAllah.

    Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..

    Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki seribu sebab untuk muram..
    Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu..
    Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
    Kerana saya sentiasa ingat.. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.

    bila rasa malas....

    Assalamualaikum...pernah rasa malas? minggu lepas saya memang ada perasaan tu...saya bangun dan lawan... lawan dan terus lawan perasaan malas ni..

    Rasa malas yang menguasai diri adalah punca kepada pembinaan tembok penghalang yang utuh untuk mencapai kejayaan.Orang-orang yang bijak dan hebat bukan kerana mereka dilahirkan untuk berjaya tetapi lebih kepada mereka dilahirkan untuk meruntuhkan tembok kemalasan diri demi memajukan diri dan membantu orang yang disekelilingnya.

    Jiwa mereka kuat untuk menyatakan jika orang lain boleh kenapa aku tidak boleh? Berapa banyakkah jiwa-jiwa yang sejatinya dilahirkan mulia dan berbakat menjadi pemimpin besar, yang dikerdilkan oleh rasa malas dan hanya bergantung harap pada orang lain?

    Kita hanya berjaya jika kita berjaya melawan perasaan dan mengawal emosi kita..


    Banyak! Banyak bilangannya, jangan anda menambah bilangannya menjadi ‘sangat banyak’. Oleh itu, kuatkanlah hati kita untuk berdikari atas kaki sendiri dan mula untuk menyusun strategi pembangunan dan pemantapan diri.

    Jika kita rasa sudah terlewat, 10 tahun daripada sekarang kita akan berkata pada diri “Kenapa aku tak berubah dari dulu, sekarang dah terlewat” Tiada istilah terlewat bagi mereka yang ingin berjaya!

    Kita akan mencapai apapun, jika kita bersedia merealisasikan azam dan perancangan yang telah kita tuliskan. Tetapi, berapa banyakkah orang yang ingin berjaya tetapi begitu ‘sibuk’ dan leka dengan perkara yang tiada membawa nilai tambah pada diri?

    Banyak! Jadi jangan tambahkan nilai banyak itu kepada ‘sangat banyak’ itu sekali lagi.Nanti dunia terhimpit dengan manusia yang ‘sangat banyak’dengan orang yang malas, putus asa, bertangguh kerja dan selalu tak bersedia.

    Anda mampu merubah diri sendiri dengan memulakan sesuatu yang lebih baik daripada semalam sekarang juga.Orang-orang yang berjaya telah belajar membuat diri mereka melakukan hal yang harus dikerjakan ketika hal itu memang harus dikerjakan, sama ada kerja itu mereka suka atau tidak.

    Percayalah, walaupun perasaan kita tak bersedia untuk menghadapi apa yang harus dan mesti kita lakukan, biarkan sahaja ia berlalu seperti yang sepatutnya dengan niat “Sahaja aku melakukan kerja ini kerana Allah, maka permudahkanlah ia Tuhanku” dengan niat begini nilai timbang amal baik kita telah dihitung. Di situ nilai tambah diri kita sudah meningkat daripada semalam!



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...