Friday, July 13, 2012

kita perlu bantu membantu...

Assalamualaikum..

terbaca dan ingin kongsikan bersama anda semua...

Kalau jadi manusia jangan jadi manusia BIASA,
yang longgar jiwanya,
yang rapuh imannya,
sempit mindanya,
gelap masa depannya..

Tetapi jadilah manusia yg LUAR BIASA,
yang gah jiwanya,
kental imannya,
tertib solatnya,
al-Quran juadahnya,
luas pandangannya,
gemilang masa depannya..

Sesungguhnya jika ALLAH menyayangi hambaNYA,
akan diujinya..

Apabila dia bersabar,
maka besar hikmahnya,
dipermudahkan penyelesaiannya..

Apabila dia redha,
ALLAH mengasihinya,
dilapangkan hatinya,
dan dihiaskan wajahnya dengan KETENANGAN.

Bukankah semua itu pelajaran langsung dari ALLAH?
Salahkah saya kalau saya cuba menjadi seseorang yang boleh mengubah sepenuhnya apa yang dilalui oleh manusia lain berkurun lama?

Saya ingin sekali mengubah nasib diri saya, keluarga saya bahkan orang orang disekeliling saya..

saya tak mahu mewarisi kesusahan ibu dan bapa saya... saya nak hidup mewah.. agar saya dapat membantu orang lain menjadi seperti saya..

tetapi, kalau hanya saya seorang .. tanpa bantuan... karamlah kapal saya... saya perlukan bantuan anak anak kapal lain untuk mengharungi ombak dan ribut petir di tengah laut...

terkadang, saya rasa apa yang saya cuba sampaikan dan kongsikan tidak memberi apa apa impak kepada mereka yang menerimanya.. terkadang rasa harapan saya untuk menaikkan ekonomi ummah dipandang sepi...

Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak memahami mu..Tapi sedihlah kerana saya di tuduh tidak mahu memahami orang lain. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti sesiapa. Saya cuba duplicate oranglain bekerja seperti saya agar mereka juga dapat menerima hasil seperti saya.. saya memang tidak pandai mengajar, saya harap mereka dapat belajar dengan melihat dan mencatat setiap apa yang saya lakukan...

Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak mempercayaimu ..Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kamu...tapi sedihlah kerana kamu belum buat persiapan untuk menjadi lebih kuat dari sebelum ini...

Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak menghargaimu..Tapi sedihlah kerana mungkin ini pembalasan dari Allah kerana mungkin saya pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

Allah menguji keikhlasan kita apabila bersendirian. Allah memberi kedewasaan apabila kita ditimpa masalah. Allah melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaAllah.

Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..

Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki seribu sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana saya sentiasa ingat.. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...