Wednesday, July 27, 2011

Aktiviti 6 hari yang indah...

Assalamualaikum,sangat sibuk lately ni... tapi ingin berkongsi rasa...

6 hari dalam tempoh 2 minggu ini saya sibuk mengadakan ceramah di kawasan Benut.. antara sekolah yang saya lawati ialah SK Tg Ayer Hitam, SK Seri Bugis, SK Benut, SMK Benut, SK Senang Hati dan SK Seri Anom.

Tak lama pun, saya hanya diberi masa 1 jam sahaja. Biasanya lajak dari masa yang diberikan kerana banyak soalan yang dikemukakan. Ada satu sekolah tu, beri hanya 40 minit, apabila saya mula bercakap, sampai tempoh 40 minit, saya berhenti. Tetapi mereka minta saya sambung semula hingga akhirnya masa 40 minit tu menjadi hampir 2 jam.

Alhamdulillah walaupun gurunya tak ramai,memandangkan sekolah mereka itu agak berdekatan, jumlah guru antara 10-14 org bagi sekolah rendah..hanya sekolah menengah yang ramai..

Saya amat teruja, walaupun distance agak jauh. Saya sangat gembira apabila dapat membantu mereka yang memerlukan. Dan paling menggembirakan, setiap sekolah membekalkan nama anak yatim dan meminta saya membuat semakan samada anak yatim itu layak menerima pampasan Perkeso atau tidak.

Dan alhamdulillah ada 6 orang anak yatim bakal menerima pampasan Perkeso kerana mereka layak. Dan jumlah tunggakan yang bakal mereka perolehi itu agak besar. Senyum sampai ke telinga apabila berjaya membantu mereka ini. Inilah dia antara sebab kenapa saya suka dan gembira dengan kerja yang saya lakukan ini.

Ye, kerja ini memang ada upahnya. Kita tak bekerja makan gaji, tapi kepada hasil penjualan wasiat. Betul,disamping saya membantu mereka, saya juga memperolehi bahagian saya.Terus terang saya katakan, untuk kerja 6 hari ini saya mampu mendapat gaji sebulan seorang eksekutif, yang terpaksa bekerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. Berbeza dengan saya, berceramah hanya memakan masa 40 minit hingga 1 jam sehari. Mengapa? kerana itu adalah akad yang saya terima semasa menandatangani perjanjian dengan syarikat saya.

Tetapi, untuk kes Perkeso tiada upah diterima. Tapi saya tetap suka bercerita tentang Perkeso, bukan kerana upah tetapi kerana tanggungjawab sosial saya terhadap masyarakat.

Ini kerana tak ramai orang tahu tentang fungsi Perkeso ini. Saya yang tahu, wajib bagi saya menyebarkan kepada mereka yang tak tahu.

So guys,saya bercerita itu dan ini kerana saya ingin berkongsi kepada anda semua, dengan harapan melalui pembacaan ini anda dapat menyebarkan kepada mereka diluar sana tentang perkara yang anda tahu....

Ingatlah..apabila kita meninggal dunia, hanya tiga perkara yang akan kita bawa:

1. Doa anak yang soleh dan solehah
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang dimanfaatkan...

so..renung renungkan dan selamat berkongsi...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...