Monday, January 4, 2021

Teman hidup.

Kata kawan aku dulu, kalau nak cari pasangan hidup. Carilah yang beriman. Yang bertakwa. Yang mampu membimbing. Yang menenangkan. Yang menceriakan. Yang berharta. Yang berdisiplin. Yang punya attitude. Banyak yang dia nak. After 20 years, aku sedar apa yang dia kata itu betul.

Kalau seseorang yang ikhlas dengan kita, seburuk mana kita dia takkan tinggalkan kita. Walau beribu sebab untuk dia mengalah, dia tetap akan mencari alasan untuk stay dengan kita. Dapat teman hidup yang memahami, setia, jujur, ikhlas, rajin, amanah, berdisiplin satu rezeki. Apatah lagi kalau teman hidup kita tu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik day by day.

Teman hidup yang memahami adalah yang sebaik baiknya. Menasihati kita, membawa kita masuk ke dalam keluarga dan circle kawan kawan dia. Kejujuran sangat penting dalam menjalinkan ikatan. Kejujuran yang lahir dari jiwa yang tulus dan ikhlas lebih baik dari kata kata.

Isteri adalah amanah. Tugas mendidik memang di tangan suami. Setinggi mana pengetahuan isteri baik dalam agama mahupun kehidupan, tudas mendidik ditangan suami. Tak mampu mendidik, seiring dan sejalan bersama membangunkan keluarga itu dah memadai. Yang dah mendirikan rumahtangga, bersyukurlah. Saling melengkapi bukan menyempurnakan. Isteri adalah cerminan suami. Baik isteri kerana baiknya suami. Suami yang baik adalah suami yang membimbing keluarganya ke syurga.

Baik buruknya seorang isteri itu bergantung kepada siapa suaminya kan. Jodoh ni bukan perkara mencari yang terbaik tetapi tentang siapa yang mampu menerima keadaan diri seadanya.

 Ok guys. Aku rindu. Bila rindu aku luahkan. 

Diam bererti terluka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...