Sunday, January 3, 2021

Kekuatan diri

Aku mencari.

Mencari kekuatan diri.

Di manakah ia...? Datang la kepada diri ini..

Aku percaya bahawa kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.Semangat aku adalah anakku. Semangat aku adalah cintaku. Aku ingin terus maju. Maju tanpa menyingkirkan oranglain. Maju terus maju tanpa menjatuhkan orang lain.Aku ingin berbahagia tanpa menyakiti orang lain.

Allah uji hambanya ni tanpa membebankan kita mengikut kemampuan kita. Allah uji aku kerana kekuatan aku. Kekuatan ialah perjuangan.Ketika kita berjuang dan tidak menyerah, itulah kekuatan. Jalan yang sukar selalunya membawa kepada destinasi yang indah dan tenang.

Senyumlah. Senyum itu tanda kekuatan diri, biar sakit di hati tetapi jangan tunjukkan kelemahan diri. Senyumlah... diamlah... sabarlah... doalah... tenanglah...

Allah knows what is in every heart. He is with me wherever I am.

Be strong when you are weak.

Brave when you are scared.

Be humble when you are victorious.

Pain doesn't just show up in our lives for no reason.

It's a sign that something in our lives needs to change.

Allah akan bagi sesuatu yang besar apabila kita kuat dan redha dengan ujianNya.

Don't change so people will like you.

Be yourself and the right people will love the real you.

Always think that I am braver than I believe.

Stronger than seem smarter.

In life, what you really want will never come easy.

Sebagai insan yang sentiasa diuji, kekuatan kita memang terbatas.Ada ketikanya airmata mengalir tanpa sedar. Menangislah. Allah kan ada. Orang yang redha dengan ujian Allah takkan banyak bunyi. Dia diam je. Dia takkan merungut. Komplen itu ini. Diam.

Kekuatan diri adalah menolak setiap keburukan yang masuk kedalam kotak fikiran. 

Allah beri peluang kedua. 

Pilihan di tangan kita.

Aku memilih untuk kekuatan diri dan kekuatan hati.

Allah adalah kekuatan.. Untuk mencari kekuatan aku percaya perkara pertama yang aku perlu buat ialah mencari Allah. Dengan izin Allah, in Sha Allah. 

Doakan aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...