Saturday, January 2, 2021

Sakitnya rindu

Kuatnya seorang wanita itu adalah tetap berdiri walau sendiri.

Tetap bersabar walau diuji.

Tetap berbelas walau dikeji.

Tetap tersenyum walau disakiti.

Tetap mengasihi walau dibenci.

Tetap mendoakan walau dikhianati.

Yang sudah berlalu, biarkan berlalu.

Usah diingat kembali.

Usah diimbas kembali.

Usah dikenang kembali.

Buku yang  sudah lama disimpan jangan dibuka kembali.

Yang berlalu itu biarkan berlalu.

Teruskan melangkah. Terus kehadapan.

Setiap pengalaman dan kejadian adalah satu pelajaran.

Pelajaran terbaik adalah kesakitan.

Kejadian yang terbaik adalah bangkit selepas tergelinvir dalam menghadapi liku kehidupan.

Mungkin ucapan tidak semudah dari melakukannya.

Berusahalah dan yakin bahawa kita mampu mengatasi dan melakukannya.

Sakitnya rindu.

Dari airmata aku aku belajar senyum.

Dari sedih aku belajar ketawa.

Dari ujian aku belajar kuat.

Dari dugaan aku belajar tabah.

Apapun yang aku rasa, aku pasti ada hikmahnya.

Semakin kita berharap, semakin rasa kecewa itu muncul.

Rindu itu bertandang lagi.

Bukan tentang rindu yang terhalang dek jarak tempat.

Rindu yang terhalang antara perasaan.

Sukar diluahkan.

Biarlah hanya aku yang merasakan.

Semoga satu saat itu tiba, tiada lagi jarak antara kami.

Menanti waktu itu.

Waktu terasa cepat bagi yang merasa bahagia.

Waktu terasa lambat bagi yang sedang terseksa.

Waktu terasa sesak bagi yang menunggu.

Waktu terasa lama bagi yang menanti.

Waktu akan terasa indah apabila kita mula bersyukur.

Rindu.

Tiada noktah.

Sakit rindu.

Hilangkan rasa itu.

 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...