Saturday, August 31, 2013

KL Kami datang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

lama juga tak berblog.. hari ni 31.08.13 ... saya dan keluarga di Kuala Lumpur.. ada kelas di PJ.. ni pun masa entry dimuat turun, saya di PJ..baru habis kelas... insyaAllah lepas maghrib ni nak ke Damansara Utama... ke rumah cousin saya...

Mak ada kat rumah saya... saya terpaksa tinggalkan dia coz kelas ni hanya ada sekali dan ada di KL saja.. sedih.. tapi terpaksa juga... mujur adik beradik yang lain sudi temankan mak kat rumah.. meriah rumah tanpa kami...

Sepanjang minggu ini, memang sibuk sangat... tambahan beberapa perkara yang tidak terduga berlaku..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...

Dalam kepala ni macam macam perkara yang difikirkan... terlalu banyak.. banyak sangat... nak buat itu ini.. nak settlekan itu ini... nak buat paperwork.. assignment dan macam macam lagi... nak outsource kat orang tak sama bahasa... susah juga...

Hari ni hari mengeluh.. mengeluh bukan negatif tau.. yang positif saja... saya suka apa yang saya buat.. saya akan pastikan perancangan saya berjalan lancar... LANCAR selancar lancarnya... insyaAllah...

Thursday, August 22, 2013

Barang baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. . Ingat tak entry sebelum ni saya ada citer tentang tilam? Saya ada la gi survey beberapa tempat...ada yang syorkan saya beli tilam natura... mereka kata tilam tu bagus juga dan setanding tilam getha.. nasib baik saya masih belum buat apa apa pilihan lagi...hehehe...masih sempat la nak survey bagai...

Dalam masa gi survey tu... saya terbeli barang lain...keh keh keh...standard la tu... biasa bagi wanita macam saya... tapi semua ada keperluan... saya beli kerusi khas untuk mesin myeg saya dan kerusi baru untuk staff...selain dari tu...saya terbeli meja kopi untuk rumah dan set bilik tidur untuk tetamu...

Memandangkan mak saya nak jalani pembedahan lutut dan saya ajak mak tinggal sementara dengan saya..wajarlah saya sediakan kemudahan untuk mak...

Saya sayang mak dan abah saya...kerana merekalah saya kerja keras untuk ubah nasib keluarga saya dulu...

Jadi sebelum mereka tutup mata saya nak mereka menikmati hari hari yang indah sepanjang masa...

InsyaAllah dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan, saya akan terus teguh berdiri dan melawan segalanya dengan ikhlas...

Minggu ni memang minggu yang amat saya suka...Alhamdulillah,  saya hampiri kejayaan mendapatkan lesen kontraktor buat suami tercinta...semoga Allah permudahkan urusan kami..

Kalau dulu, saya tak mahu terlibat lagi tapi kini saya sedar bahawa kejayaan seorang lelaki didukung oleh seorang perempuan yang berada disisinya...saya akan pastikan mr hubby berjaya sebagai seorang kontraktor elektrik yang disegani...

Doakan kejayaan kami tau... saya ingin sekali merealisasikan hasrat

Tuesday, August 20, 2013

Only Because It's You

Tajuk lain: I Love You / You're My Favorite (117 episod)
Sinopsis & Drama Korea Only Because It's You
Tiga orang rakan dari sekolah menengah bertemu kembali di peringkat usia mencecah 30-an dan menyedari bahawa mereka memiliki jalan hidup yang berbeza. Persahabatan mereka menjadi renggang apabila Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) bercerai dengan suaminya dan berkawan pula dengan suami Kang Jin Joo yang merupakan kawan baiknya sejak di kolej dahulu.

Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) bekerja satu syarikat dengan isterinya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young). Disebabkan penstrukturan semula syarikat mereka, Myung Han kehilangan kerja. Kemudian, dia menjalin hubungan dengan bakas rakan sekolah isterinya, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min), menyebabkan hubungan mereka suami isteri menjadi kucar kacir.

Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang) pula adalah seorang pewaris keluarga kaya raya daripada syarikat JH Distributing Company dan suami kepada Yang Soo Bin (Yoon Ji Min). Dia tertekan dengan perkahwinannya dan mencurigai tentang identiti anak lelakinya. Dia akhirnya jatuh cinta dengan Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) selepas bercerai dengan isterinya, Soo Bin.

Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) berkahwin dengan perwaris syarikat JH Distributing Company, Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang). Bagaimanapun, dia tidak bahagia dalam perkahwinannya hingga akhirnya bercerai. Dia dengan sengaja berjumpa semula dengan cinta pertamanya, Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon), dan cuba menawan hatinya semula, walaupun lelaki itu telah berkahwin dengan rakan sekolahnya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young).

Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) bahagia berkahwin dengan Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) dan memiliki seorang anak perempuan. Sebagai seorang ibu yang berkerja, dia berusaha untuk mengimbangi kerjanya dengan keluarganya. Perkahwinannya mula bergolak apabila suaminya hilang pekerjaan dan terlibat dengan kawan sekolah tingginya dahulu, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min).

Dalam mewarnai watak masing-masing, ketiga-tiga watak wanita utamanya memainkan peranan dengan amat berkesan dengan setiap watak berlagak tenang dan seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku dalam persahabatan mereka. Namun akhirnya apabila perkahwinan Soo Bin menemui kehancuran dan beliau menggoda suami kawan baiknya sendiri, masing-masing berusaha untuk menggagalkan rancangan Soo Bin itu.

Akhirnya mereka menyedari bahawa persahabatan antara mereka sudah tidak sama seperti dahulu lagi.
Secara keseluruhannya, ‘Only Because It’s You @ I Love You’ menceritakan nilai sebuah persahabatan, keceriaan dan suka duka sebuah kehidupan.

Dibintangi oleh Yoon Hae Young (Love and Ambition), Yoon Ji Min (Paradise Ranch), Lee Jae Hwang (Smile, Mommy!) & Park Hyuk Kwon (Midas).

Waktu Siaran:ISNIN, 17 JUN 2013, 22:10 EPISODE 1
ISNIN, 17 JUN 2013, 22:55 EPISODE 2

Siaran Ulangan:
SELASA, 18 JUN 2013, 09:45 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 10:30 EPISODE 2
SELASA, 18 JUN 2013, 16:50 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 17:35 EPISODE 2  dan begitulah seterusnya.

Anda boleh menonton setiap episod di website terpilih seperti Dramastyle & Dramacrazy. Selamat menonton. Saya suka sangat tengok jalan cerita ni. Sanggup tau tunggu sampai jam 12 malam baru tidur. Melampau juga la rasanya. Tapi sebab dah suka, semuanya jadi...

Hensem kan Ji Hwan ni? saya adalah bagitau kat mr hubby, suka sangat tengok muka dia ni tapi tak boleh la kalahkan kehenseman mr hubby saya tu.. suka je tengok... 


Yang dari kanan tu Jin Joo, yang tengah tu Soo Bin dan yang kiri sekali tu Gong Ja.. tiga sahabat baik alam persekolahan yang akhirnya menjadi musuh akibat iri hati. 


Saturday, August 3, 2013

Jatuh katil....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mula mula nak ketawa dulu..hahahahaha... Itulah dia... Pernah dengar tak pepatah ni? Kalau nak beli barang baru, jangan sampai barang lama tau...kang kena badi...

Semalam baru berkira kira dan survey nak cari katil baru, tup tup subuh tadi sebelum bangun sahur saya terjelepuk kat bawah katil... Hahahaha.... Entah macamana tetiba boleh jatuh katil....nak kata tidur lasak tak juga....

Rasanya nak beli tilam Getha... Ada juga survey kat Rustica sebab sofa sebelum ni beli kat sana, tapi tak berapa menarik... Berkenan dengan tilam Getha... Nak cuba yang baru la... Tapi regenya mahal sikit... Kalau mahal tapi berbaloi,ok la tu kan..?

Saya memang memilih bab membeli ni... Maklumlah, saya tak boleh pakai tilam spring langsung... Masa memula kahwin dulu, ada bagitau mr hubby yang saya nak pakai tilam air... Ceh...tetiba terkenang citer lama la pula...

Ye,betul...tak caya cer tanya dia..hihihi... Cari punya cari punya cari, tak jumpa...last last mr hubby belikan tilam angin...kan masa tengah malam dulu dulu, ada iklan kat tv3 tu..masa tu la nampak tilam angin tu... Beli kat angsana masa tu, saya ingat lagi....

Dah beberapa tahun lepas tu, tetiba dia jadi kempis... Mr hubby kata sebab badan saya makin gemuk... Hahahaha.....bila check rupanya masuk selumbar.....masa beli memang ada sediakan tampalan untuk kebocoran...senang la..lagipun warranty tilam tu 5 tahun.... Rasanya tilam tu bertahan sampai tomei ada...

Lepas tu mana entah tilam tu...jangka hayat tilam tu bersama kami agak lama...hahahaha..apa la pepagi merepek pasal tilam...  Yang penting, nak tukar tilam baru...nak guna tilam Getha pula lepas ni...rasanya macam bagus pula... Yelah, bantal dia yang saya beli tu selesa yang amat... So, rasanya berbaloi la try tilam pula....

Friday, August 2, 2013

Bila masalah SISTEM melanda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Argggghhhh... tension.. hehehe..
intro je tu.. 2 minggu ni sistem JPJ memang ada masalah.. menyebabkan saya merasai tekanannya.. mana tak, effect kat pejabat pos dan kiosk myeg seperti kami ni...

tapi, saya pandang dari sudut positif... yelah, secara tidak langsung memberikan promosi percuma kepada syarikat saya... bila orangramai ke pejabat pos untuk perbaharui roadtax mereka tak boleh, maka pihak pejabat pos minta mereka refer ke kiosk myeg kami...jadi secara tidak langsung, apabila mereka datang ke kedai kami dan melihat tawaran perkhidmatan yang kami ada, mereka berminat untuk datang lagi...

one stop center.. itu motto syarikat saya, AL BARR PREMIER.. nak tahu apa itu Al Barr boleh jengah ke laman web kami di www.albarrservices.com.my tau...mana tahu berminat nak jadi ejen kami... kami alu alukan...

disebalik tekanan itu, ada hikmahnya.. so jangan merungut atau fikir sampai lebam biji mata.. ini semua bukan dalam kawalan kita... semua diluar jangkaan.. so, tenang tenang saja.. tak mau pikir susah susah..

Wednesday, July 31, 2013

Yes....!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagaimana dengan persiapan raya? Semuanya serba sederhana saja... Kalau tahun lepas kami ada la juga tukar barang rumah...itupun bersebab... Hehehe... Nak tau?

Setelah lebih 10 tahun gunakan sofa fella design, kami try pula sofa dari rustica... Ye... Agak mahal juga la pada saya, tapi memang berbaloi... Kini hampir setahun masih lagi cantik malah lebih selesa sebab kulitnya semakin lembut....

Memang tak sangka terbeli sofa tahun lepas...walaupun saya tak berapa berkenan warnanya yang hitam tu...rasanya makin berkenan pula rasanya... Makin lama makin berkilat..dan mr hubby lak yang dulu merungut masa kami memilih sofa, akhirnya menyetujui apa yang saya kata...hehehe..walaupun setelah setahun dia bersetuju, puas hati saya..

Ingatkan tahun ni dia tak mau beli apa apa...rupanya dia beli lagi... Hahahaha... Ketawa besar saya tau.....semata mata nak puaskan hati tomei kami dia sanggup lakukan sekali lagi... Kalau dengan mummy, tak dapat... So dengan daddy dia dapat....

Gini citernya.... Masa berbual dengan tomei, tomei adalah mengadu...tv kami tak glamour...mana musim pakai tv gemuk...semua orang pakai tv nipis katanya...saya dengarkan aje... dan baru baru ni kami tambah pakej astro....kami ada astro beyond... Then kat bilik tidur kami tambah astro njoi...sebab, guna arial biasa gambar tak berapa cantik....so, dari beli arial luar, saya pikir lebih baik tambah njoi je... Sama kos beli arial ... Sekali seumur hidup rm280 saja... Dapatlah 21 siaran termasuk siaran astro..ok la tu...

So, masa ni la tomei merengek manja cari alasan nak beli tv baru... Kebetulan tv kat bilik tidur kami tetiba tak bole on, apa lagi secara konsistennya tomei remind mr hubby.... Hehehe..akhirnya, masa kami beli barang dapur mr hubby belek belek tv dan terambil satu.... Sukanya saya.... Belek punya belek,dia yang pada mulanya nak ambil sony...then tukar samsung... Bila pergi dengan saya, saya cadangkan ambil LG saja. Kenapa nak beli mahal mahal kalau kegunaannya sama? Mencuka juga muka dia...tapi akhirnya dia mengalah....dia ambil juga....begitu juga dengan sound system...

Akhirnya, mr hubby belajar sesuatu...mencari barang berkualiti pada harga yang rendah... Itu yang paling penting..pada saya, hidup sederhana dan berjimat cermat tu penting...banyak benda boleh dipelbagaikan dengan duit yang ada...kembangkan perniagaan contohnya...lagipun saya kan nak buat rumah yang ada swimming pool..so kena la berjimat cermat untuk pastikan hasrat saya tercapai..hihihi...

Menyesal..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila terbaca post semalam, rasa menyesal juga. Tapi tak mau padam post tersebut. Nak mengingatkan diri supaya jangan terlalu ikut perasaan. Luahan rasa dan hati tu sesekali penting juga..takkan nak post yang baik baik je kan... Nampak macam pura pura pula...

Saya ni berasal dari keluarga miskin. Bila saya lihat diri kini, saya sangat bersyukur. Usaha selama ni Allah permudahkan. Sykur Alhamdulillah...

Teringatkan masa kecil, saya selalu berangan bawa kereta. Berangan ada rumah mewah... Berangan rumah saya ada swimming pool... Sebab saya suka berenang... Dulu, rumah saya atas air... Bila air pasang, saya suka main air...tapi saya geli nak mandi air pasang... Sebab, sistem perparitan dan pembuangan sampah bersepah..

Bila habis sekolah, masa saya kerja setiap minggu hari rabu saya akan pergi ke kolam renang MBJB di larkin untuk berenang. Jadual saya ketika tu padat sangat. Pagi, sebelum pergi kerja saya kena siapkan tugasan rasmi dirumah iaitu cuci pinggan dan sidai baju...lepas tu baru ke opis..

Masa muda muda dulu saya rajin. Rajin sangat...hehehe...saya buat planning ikut apa yang tulis dalam kad yang saya letak dalam wallet pemberian abah saya yang dia beli dengan orang negro. Wallet kulit gajah..hihihi... Nanti saya upload gambar wallet itu bila senang eh... Saya masih simpan tau...

Antara planning yang dah saya buat dan dah pun tercapai...
Saya belajar tarannum dan tadarus...
Saya belajar bawa kereta dan ada lesen...
Saya ambil course MYOB dan Accounting...
Saya ambil course Bahasa Inggeris....
Saya ambil course Diploma-business and management

Dan antara yang saya buat tanpa planning dan dah pun selesai..
Saya terambil course CIDB untuk Building Wiring Installation tahap 1 dan 2
Saya banyak ambil short course yang dijalankan oleh pihak Takaful...
Saya terambil course kiraan tarikh lahir dan nombor oleh Azizan Osman dan Eddy Rosyadie...

Dan kini saya masih dalam course...
Saya kini pelajar UUM... Masih futher study...
Saya kini dalam proses menghabiskan course untuk Islamic Registered Financial Planning...

Dan planning saya untuk mengukuhkan kerjaya saya akan datang...
Habis course UUM saya nak sambung LAW... Then terus sambung Master pula..
Saya akan ambil short course di CIDB bersama mr hubby untuk bantu mr hubby menjadi kontraktor berjaya, insyaAllah...

Kenapa banyak sangat?
Life is a learning process... Sebelum ini, matlamat saya untuk menjadikan syarikat saya sebagai 'one stop centre' .. Kini, setelah mengambil kira peranan saya sebagai isteri kepada suami tercinta, saya perlu bekerjasama dalam membantu dia dalam peningkatan kerjaya dia juga..

So, saya mengubah 'one stop centre' kepada 'multi business dibawah satu bumbung' ..

Cita cita saya, dalam masa lima tahun iaitu pada umur 38 tahun, setiap tahun saya dan keluarga meraikan ramadhan di tanah suci jika tiada aral.. Menyenangkan ahli keluarga,rakan perniagaan dan saudara mara saya...Francais syarikat saya menikmati hasil lumayan...rakan strategik saya semuanya tercapai impian dalam hidup mereka,insyaAllah...

Doakan saya tau..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...