Thursday, February 17, 2011

Perempuan vs Betina....

Assalamualaikum... mungkin agak kasar tajuk untuk post ini.... tetapi terasa bahangnya citer sensasi ini... berhadapan dengan situasi ini agak sukar sebenarnya.. orang yang mendengar dan orang yang melaluinya memang tak boleh menjiwainya...

Lebih lebih lagi membabitkan orang yang menghadapi masalah mental... ermph.... susah nak diperkatakan.... aku juga pernah melalui perkara yang sama.... cuma bezanya.... 'that girl' terlalu taksub dengan my mr hubby... boleh di kategorikan sebagai paranoid....

Pada mulanya aku sedikit terpengaruh dengan butir bicara yang 'that girl' tuturkan... seolah olah perkara itu benar benar wujud... hampir meruntuhkan kepercayaan terhadap mr hubby... Alhamdulillah... disebalik kewarasan akal fikiran, akhirnya aku dapat bezakan antara fitnah dan kenyataan.... mungkin ini adalah satu dugaan buat hubungan kami... ikatan yang kukuh antara kami berjaya menangani masalah sekecil kuman ini...

Pelik.. 'that girl' nampak profesional.. tapi bangang sebenarnya... terjerat dengan kata kata sendiri.... ibarat penjenayah yang bijak.... tetapi akhirnya terperangkap dengan kata kata sendiri... orang yang kita kenal selama ini dengan orang yang baru kita kenal... sapa yang akan kita percaya..? sudah tentu orang yang kita kenal kan...semakin banyak dia berbicara..semakin banyak kebodohan yang dia pamerkan....

So guys... beware.... cerita ini hanya sebagai panduan..mungkin anda juga bakal di ganggu oleh this girl....bakal nurse pulak.... mencemarkan sungguh institusi perubatan ini... kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....

Kronologi:


seorang budak perempuan add me as friend dalam FB.. menggunakan nama agak pelik... MaiErul ErulMai... seterusnya menukar nama kepada Mia Amani dan seterusnya menggunakan nama Princess Jonoriah...seterusnya menggunakan nama Princess Kusai..... lepas ni..? ermph..tak tau la....

memandangkan aku tak kenal siapa dia..maka aku accept jer.... biasalah... pada awal perkenalan...dia berbual2 mesra... bertanya latar belakang aku... dan bercerita tentang masalah dia dengan boyfriend dia... meminta pendapat dan saranan..... hubungan dia antara suami orang... terdiam seketika....apabila dia terang terangan mengaku menjalikan hubungan dengan lelaki yang mempunyai anak...dan  apabila dia memberitahu dia berkawan dengan suami orang yang mengaku duda beranak satu....berani sungguh budak ni....pada pikiran aku.... jadi sebagai seorang kawan yang baru dikenali, aku bersikap neutral... memberitahu pro n kontra bagi hubungan dia....

dia begitu teruja untuk memperkenalkan bf dia....dan setelah berkawan untuk beberapa lama...dia bersedia untuk update gambar boyfriend dia yang dia puja2... nampak sangat taksubnya dia dengan boyfriend dia... dan aku pula yang terkejut kerana gambar yang di upload itu gambar suami aku.... hampir2 terkena serangan jantung.....mulanya aku ingat pelanduk 2 serupa..tapi rupanya tidak...sah..itu suami ku yang tercinta.... arggghhhh..... rasa marah membuak tiba2.......

tapi..aku tak cepat melatah......bila mr hubby balik....aku slow talk ngan dia.... tanya berkenaan that girl dan apa keperluan dia mengganggu hidup aku....mr hubby bersikap acuh tak acuh pada mulanya dan akhirnya dia berterus terang tentang that girl...dia tak mahu kerana orang luar hubungan kami retak...

'perempuan yang terdesak'...itu jawapan pertama mr hubby......dan mendengar penjelasan mr hubby melenyapkan segala prasangka buruk terhadapnya....mr hubby bercerita tentang siapa perempuan itu...siapa dia... kenapa dia buat macam tu...salute kat mr hubby kerana dia cool je bercerita tentang perempuan tu.... dan paling tak sangka... mr hubby tak panggil dia perempuan.. tetapi.. 'betina'.....maknanya.... begitu rendah pandangan mr hubby untuk perempuan yang merendahkan dirinya sendiri...

agaknya...dek kerana aku tak layan that girl, dia sakit hati... sakit hati tahap gaban... dia mula menaburkan fitnah... dan fitnah.... serta mengaibkan dirinya sendiri....dia mengaku yang dia tahu segalanya tentang aku dan mr hubby.... ye... dia tahu kerana dia salah seorang kawan adik ipar aku di kampung... semua orang yang dia namakan semuanya wujud.. maknanya dia dah lama memerhatikan hubungan aku dan suami... sebab itu dia dilihat benar benar mengenali mr hubby...mana taknya kalau dia memperolehi maklumat dari ahli keluarga mr hubby...tak mustahil kan...? orang kalau terdesak..sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hasratnya....tak taulah apa yang dia nak....

tak tahan bila aku langsung tak layan dia... akhirnya menghantar mesej berbaur lucah dan berisikan maki hamun tak sudah....dia ingat aku tak tahu tentang pembohongan yang dia lakukan itu..... dia memalukan diri sendiri dengan mengaku sesuatu yang dikategorikan sebagai fitnah yang mengaibkan....

seterusnya meminta maaf kerana tersalah menghantar mesej katanya...setelah berbakul2 dia menghina dan mencaci aku... begitu mudah dia meminta maaf..?

so........ moral of the story.... dalam perhubungan kena ada kejujuran...... kejujuran adalah kayu ukuran betapa teguhnya hubungan kita..... berhati hati k... jangan sampai menjadi hamba kepada nafsu... jadilah hamba yang taat beribadat bukannya membuat maksiat....

maafkan aku kerana mempamerkan nama sebenar that gurl... hanya sebagai pengajaran buat kita semua, tidak membawa maksud lain......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...