Thursday, February 10, 2011

Valentine Day.......



Sekiranya masih ada pasangan Muslim yang tetap hendak meraikannya? Sememangnya aku dan Mr Hubby tak pernah meraikan pun... tetapi kalau ada yang hendak meraikannya juga maka apa nasihat kita?

Khabarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," Malaysia Kini melaporkan berita tentang pernyataan Datuk Jamil Khir Baharom iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Ahli parlimen Titiwangsa,mengaitkan Valentine Day dengan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Jakim juga mengedarkan kenyataan media seraya menurunkan kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,"

Mengapa tidak menggantikan Valentine Day kepada 1 Zulhijjah Day...? Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?

Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra  Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.

Kita boleh mempromosikannya di Malaysia kan...? Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah dan  tentu terdetik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.

Bolehlah beri bunga ros ...ke apa yang korang nak pada hari tersebut tetapi pastikan jangan sampai terlebih-terlebih. Nak cari keberkatan atau kelaknatan..? tepuk dada tanya iman... Pada aku nak berkasih sayang tak perlu tunggu Valentine ke jadahnya... hari hari ialah hari berkasih sayang... kan...? layak la untuk orang orang yang cetek pemikirannya..... yang membelakangkan pegangan agama.... terutamanya kepada muda mudi yang tak sedar diri.... 

Mak bapak hantar belajar bukan untuk buat anak haram..... bukan untuk menggatal ngan laki orang.... bukan untuk menggoda lecturer yang dah kawin semata mata nak dapat pointer tinggi... 

ish.. apa la aku membebel ni... yang penting.... aku mengingatkan diri aku serta mereka yang ingin mendengar.....ambik iktibar dari apa yang dah berlaku selama ni... :) mulut memang agak lancang... maafkan apa yang tersilap dan tertegur.. no heart felling..........................

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...