Sunday, July 28, 2013

Am I look different?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Belum pun sempat nak log out, tetiba teringatkan satu cerita... Hehehe.. Saya ni nampak pelik? Ada seorang kenalan saya yang selalu kata saya nampak pelik..hahaha...

Saya dah dapat jawapan. Dia selalu kata, kalau dia cakap A saya paham B... Kalau dia faham lain, kefahaman saya juga lain... Selalu kena clear cut segalanya dengan dia...

Orang berjaya memang macam tu... Itu jawapan saya...hahahaha..walaupun bunyinya macam angkuh, tapi itu yang saya baca dalam buku Rich Dad Poor Dad dari Robert Kiyosaki... Kita selalu nampak dalam perspektif berbeza dari orang lain... Kita selalu fikir buat benda yang pelik... Yang kengkadang orang nampak macam thinking out of the box... Dan selalunya, pemahaman kita tentang satu perkara terlalu banyak dan sukar diterjemah..

Itu yang berlaku ke atas diri saya.. Saya selalu pendam sendirian apa yang saya tahu sehinggalah tahun lepas, saya belajar untuk berkongsi dan mula untuk menurunkan ilmu yang ada walaupun sukar untuk diterima oleh oranglain.

Saya belajar untuk berkongsi ilmu, meluahkan rasa dan menangani perasaan. Semuanya bermula apabila dikelilingi oleh orang orang yang banyak membimbing dan mendorong saya untuk menjadi seorang yang penuh percaya diri. Walaupun belum berubah 100%, saya percaya saya mampu lakukan. Masa adalah guru. Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan...

Cuma satu perkara yang saya tak mahu jadi dewasa... Nak tahu? Saya tak suka double meaning dalam percakapan... Saya tak suka cerita atau berbual yang membawa kepada sesuatu yang lucah... Saya tak suka bila mereka mention tentang hubungan suami isteri... Kalau mereka cakap tentang perkara itu, saya akan diam dan melarikan diri... Hahahaha... Itu yang saya buat... Walaupun dah berkahwin, saya rasa sangat sensitif kalau isu itu diutarakan...

Skema? Ada la yang kata saya ni skema... Ye, apapun pandangan oranglain, do i care? Saya agak ortodoks... Saya dibesarkan dalam keluarga yang cukup menjaga tingkahlaku , percakapan dan perbuatan... Dulu, kalau kita sebut 'babi' je mak saya dah sediakan lada... Dan paling takut kena gomol dek lada sebab sebut perkataan itu... Apatah lagi 'mati'... 'Mampus' atau 'sial' ... Bersedia je la...

Kalau dulu, dalam keluarga berbual akan guna perkataan yang lembut seperti saya,awak,kita, kamu dan mereka... Dan seingat saya berubah kepada 'aku' dan 'kau' pun masa form 4..itu sebab percampuran dengan kawan kawan...masa kecik kecik, kitorang memang tak akan guna perkataan aku kau tu.. Bunyinya agak kasar... Lepas tok ayah kami duduk bersama, mak abah pun sering guna perkataan tu, sebab dalam bahasa bugis, ayat aku kau tu masih kira lembut lagi...

Inilah kisah saya. So, jangan la anggap saya macam allien lagi lepas ni ye.. Saya ni manusia biasa saja... Cuma akan nampak different bila ada sesuatu yang saya tak suka... Saya bukan hipokrit... Kalau saya tak suka, airmuka saya akan berubah serta merta... Itu memang saya.. Saya tak pandai berlakon..tak pandai sembunyikan perasaan saya...

Rasanya bersikap jujur lebih baik dari tidak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...