Tuesday, July 16, 2013

Zaman itu sudah berlalu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya nak share tentang sesuatu kisah.. ini kisah dulu....ini kisah benar, pengakuan ikhlas dari saya....

Setiap kali berbelanja,membuat aktiviti dan apa jua, saya akan upload di facebook...rasa ingin sekali berkongsi kegembiraan,kesedihan dan perasaan dari lubuk hati bersama kawan kawan, sahabat handai dan saudara mara..

Setiap gambar ada ceritanya tersendiri... gambar ini saya ambil dan saya edit dari facebook saya sendiri.. ini antara kasut dan baju tomei saya..

contohnya sandal nike dibawah kanan sekali, ia dibeli masa tomei berumur 3 tahun.. ini sandal kegemaran tomei... dan dia berubah kepada jenis sporty pula bila berumur empat tahun.. dan berubah lagi selera kepada kasual bila berumur 5 tahun dan meningkat umur 6 tahun dia memilih pelbagai jenis kasut.. begitu juga dengan baju, kini brand utama kegemaran tomei ialah polo,bum, puma, adidas dan nike... berbanding dulu sejak dari lahir saya belikan dia baby kiko,kiki lala,poney,miki dan walt disney..

Teringat masa kecil dia amat meminati Ben 10.. saya sanggup ke Singapura semata mata nak belikan barangan Ben 10 di sana.. memang harganya jauh lebih mahal tetapi demi memuaskan hati tomei saya turutkan...

Keterujaan saya berterusan apabila tomei mula bersekolah.. saya inginkan yang terbaik untuk dia.. dari beg sekolah, baju, stoking, dan kasut sukan semuanya sedondon.. baju sekolah dia berpasang pasang... kasut sekolah juga begitu..

Kalau berbelanja, saya pasti akan ambil dua atau lebih untuk dia.. jarang saya beli satu...persis punya anak kembar...


Ini pula barangan keperluan tomei untuk golf pula... ye, dia bermain golf walaupun saya dan suami langsung tidak tahu bermain golf..

Tomei memang berminat untuk belajar bermain golf seawal usia 4 tahun, tetapi pada ketika itu saya masih tidak yakin dengan kesungguhan dia lalu saya biarkan saja. 

Sehingga umurnya 7 tahun, pada cuti akhir tahun saya menghantar dia ke Johor Junior Golf Country Club untuk belajar di sana. Selain itu juga saya turut membayar untuk personal trainer bagi melatih dia menjadi pemain golf. Alhamdulillah, setakat ini dia mewakili sekolah dan daerah Kulaijaya. Walaupun tidak berjaya keperingkat seterusnya, saya berbangga dengan pencapaian tomei setakat ini.. masih panjang perjalanan dia..dia perlu timba banyak pengalaman bagi memastikan dia berjaya kelak...semua terserah pada dia..

Selain bermain golf, saya juga menghantar tomei ke kelas berenang. Alhamdulillah, dia memang boleh berenang dan insyaAllah pada Mac 2014 kami sekeluarga akan ke Pulau Tioman untuk mengambil lesen menyelam pula melalui P.A.D.I..

Saya juga turut menghantar tomei ke kelas melukis.Hingga kini masih meneruskannya. Pernah menghantar dia ke kelas muzik, tetapi hanya sebulan kerana kesuntukan masa..bukan hangat hangat taik ayam.. saya nampak tomei kecewa tetapi dia terpaksa membuat pilihan...

Ada yang bersuara, hidup tomei saya yang aturkan. Sebenarnya tidak, dia yang memilih dan dia sendiri yang mendisiplinkan diri dia untuk mengatur masa dan pelajaran. Saya hanya mendorong dan memberi peluang buat dia...dia hidup seperti kanak kanak lain, bermain psp.. berbasikal bersama kawan kawan.. belajar mengeja sambil bermain..mempunyai barang kesayangan yang dijaga sejak kecil dan pelbagai lagi...

Hidup tomei bukan seperti yang oranglain sangkakan.. kami mempunyai masa bershopping seperti oranglain,menghabiskan masa bersama keluarga, membuat pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya..

Saya memberi kebebasan memilih kepada dia.. dia yang memilih kasut, baju , topi, tali pinggang bahkan seluar kecil...cuma adalah limitnya.. 

Saya hidup susah dahulu, jadi saya tak mahu tomei juga mengalami nasib sama... saya sayangkan dia.. dialah nyawa saya.. 

Saya tak layan dia sepertimana ibu lain melayan anak mereka, itu sahaja bezanya.. saya suka mendidik melalui pengalaman dan realiti kehidupan.. Tomei saya agak matang walaupun sikap keanak anakan dia terserlah.. Pemikiran dia dan cara percakapan dia seperti orang tua.. walaupun kadang kadang saya tak mampu nak menjawab atau menangkis persoalan yang dia ajukan, itulah cara dia belajar...itu kisah tomei... 

Ini kisah keluarga kami pula... Kebiasaannya bab membeli barangan dapur, saya akan beli untuk stok sebulan.. pada saya mudah, jimat dan tidak membazir masa.. sekali jalan..dan saya memang suka berbelanja di Angsana.. setiap bulan kami sekeluarga akan berbelanja di Angsana untuk barangan kering dan keperluan harian.

Memandangkan rumah saya jauh dari kedai, saya juga selalu sediakan stok jajan untuk tomei dirumah. Kebiasaannya, dia akan berkongsi dengan kawan kawan sebaya dikejiranan kami.. saya tahu tomei muak untuk makan sendiri.. bila makan beramai ramai pastinya membuatkan dia gembira..itu pendapat saya..

Walaupun kami tinggal bertiga, kami tak pernah sunyi kerana rumah kami sering didatangi oleh kawan kawan tomei... apa yang ada kami share bersama mereka.. asalkan tomei saya bahagia...

Kenapa Angsana? saya ada sebab tersendiri.. saya suka berbelanja di Angsana sebab semuanya ada di situ. Selain komuniti Melayu,saya boleh kumpul mata ganjaran dan paling penting makanan pun sedap sedap belaka.. inilah cara membantu menaikkan ekonomi orang Melayu secara tak langsung...

Begitu juga dengan gadget.. ini tak termasuk lappy dan desktop yang ada.. ini kategori barangan yang kami miliki... dari yang murah hingga yang mahal, seajajar dengan perkembangan semasa kami miliki.. 

Saya suka kongsikan apa yang saya miliki dan cerita disebalik barang yang saya ada ni.. 

Bukan niat menunjuk nunjuk (walaupun ada sesetengah menganggap ayat itu kebenaran disebaliknya) .. berkongsi agar dapat dijadikan panduan bagi mereka yang ingin memiliki atau membeli barangan tersebut...

Saya tak malu mengakui saya gunakan Blackberry Torch yang saya dapat secara percuma dari Celcom.. memang tahan lama.. hampir 3 tahun barulah dia buat hal.. selepas itu, saya ambil pula Galaxy Note II.. yang saya beli juga di Celcom pada separuh harga dari harga pasaran sebenar... saya upload gambar tersebut untuk berkongsi dengan mereka tentang bagaimana berjimat dengan cara yang betul... itu niat sebenar saya yang mungkin disalah tafsir oleh sesetengah pihak...nak menunjuk nunjuk la tu... Menjadi ahli Celcom membuatkan saya menikmati penjimatan dalam pembelian handphone atau gadget yang saya ingini...benda baik pada saya perlu dikongsi... 

Sebelum menggunakan i pad 2 lebih setahun dulu, saya juga beli e pad (china stuff).. saya tak malu pun..saya beli untuk main angry bird..hahaha... saya beli masa tomei 4/5 tahun macam tu.. dan masa tu game popular ialah angry bird...psp dia tak boleh main, so saya beli semata mata nak main angry bird...

Seperti yang saya katakan, apa jua yang saya upload mempunyai cerita tersendiri.. 

Minyak wangi ini sebahagian yang saya upload di facebook.. ada yang saya dapat dari teman sebagai hadiah, ada yang saya beli sendiri... 

begitu juga alat make up dan penggunaan muka.. sebagai contoh, dahulu saya memang gunakan produk shiesido.. selepas tu beralih arah kepada produk elken dan SK II.. mahal, memang mahal... peruntukan membeli barangan tersebut je tidak berbaloi apabila muka saya teruk...

akhirnya saya terpaksa mendapatkan khidmat doktor pakar di century garden.. dek kerana perubahan hormon, saya dipantau dan menghentikan serta merta penggunaan barangan tersebut dan memulakan menggunakan barangan dari klinik tersebut.. produk Neo Strata memang berkesan.. hingga kini saya masih menggunakan barang tersebut dan muka saya tidak dicalit alat make up langsung.. 100% asli.. tak perlu berbedak tebal bagi menutup segala cela yang ada..walaupun  terdapat bekas jerawat dan scar lama..itu tidak menghalang saya untuk kelihatan cantik..chewah.. saya cuma perlu bergincu untuk nampak disolek.. jadi peruntukan membeli alat solek saya alihkan membeli wangi wangian..pada saya ia boleh membantu mereka yang mempunyai masalah kulit agar tidak tertipu dengan barangan berjenama..sebaliknya mendapat khidmat nasihat yang pakar.. 

Saya turut gemar meng'upload' handbag dan wallet.. ini sebahagian koleksi yang sempat saya ambil... kalau ikutkan memang lebih dari apa yang saya paparkan ini.. ini sebahagian kecil...

ye, saya peminat tegar barangan berjenama Bonia.. adalah terselit barangan LV, Coach, Valentino Creation, Braun Buffel,Polo dan Guess.. tetapi saya berbangga dengan produk Bonia..

Walaupun ada yang mengata, Bonia produk orang tua.. saya tak kisah.. kenapa Bonia? 

Bonia produk keluaran Malaysia. Saya sokong produk Malaysia.. ramai yang tak tahu.. Bonia berasal dari Malaysia.. sejak tahun 1998 memang saya gunakan barangan Bonia.. Beg hitam tengah tu ialah barang hantaran perkahwinan saya dan suami... masih boleh diguna sehingga kini.. masih cantik lagi.. 

Abah saya pesan, kalau nak beli sesuatu barang lihat pada kualiti pembuatannya, dari beli barangan biasa memang dapat banyak tapi perlu dibeli berulangkali..berbeza beli barang yang bagus pembuatannya, boleh diguna bertahun tahun lamanya..

Begitu juga dengan kasut.. Mr hubby suka kasut dari jenama Camel, Bonia, Red Wing , Nike dan Adidas.. tapi kadang kadang dia juga berselipar jepun sahaja.. itu memang trademark dia.. Kaki dia besar.. jadi susah nak dapat kasut yang sesuai.. hanya brand tertentu saja yang boleh dibeli..

Kalau saya pula tak kisah.. asalkan selesa dan boleh digunakan dah cukup.. tapi saya juga ada favorite brand.. antaranya Clarks, Scholl, Bonia, Pierre Cardin, Carlo Rino dan Polo...

Ini pula koleksi jam yang sempat di upload di facebook... memang saya ada upload jam jam yang saya miliki... yelah, bila dikumpul kumpul gambarnya banyak juga jam yang kami miliki... 

Kebanyakan jam ini saya beli masa offer.. dapatlah harga murah sikit...

Dan banyak juga jam yang hadiahkan buat ahli keluarga.. contohnya jam dibawah tengah tu.. itu jam yang dihadiahkan buat abah saya... 

Abah saya jarang tanggalkan jam dia.. dia suka memancing, sebelum ini dia gunakan jam besi.. jadi lama kelamaan jam dia menjadi kasar dipermukaan... itu jam Bonia... dia masih pakai sebab menghargai pemberian saya sehinggalah mak saya beritahu yang jam tersebut membuatkan kulit abah saya luka... dapat saja tahu tentang itu, saya belikan jam baru yang talinya bukan lagi besi... Alhamdulillah... dia masih gunakan hingga kini... dan dia sangat sukakan jam itu..

Koleksi tudung pun saya upload.. pada saya, tiap kali ada offer di Ariani saya pasti akan share dengan teman facebook.. dan saya juga membeli pada harga diskaun.. buat apa nak malu? Berjimat sambil itu dapat menggunakan produk berkualiti.. ada la yang cakap tudung offer tu kiranya dah habis season... alahai.. kecilnya pemikiran macam tu...

selama saya pakai tudung ni, belum pernah ada orang cakap "Mah, tudung kau ni kan tudung dah habis season.."

Kenapa perlu takutkan apa orang nak kata? Kita perlu takut pada Allah.. setiap kali saya beli tudung baru, pasti ada tudung lama yang akan diberikan kepada mereka yang nak... 

Walaupun trend tudung Fareeda meletop letop dipasaran, saya masih setia dengan tudung Ariani.. dan kini beralih arah kepada Tudung Kak Ani.. hehehe... Kak Ani yang jahitkan tudung saya sekarang.. nak juga pakai tudung ala ala Fareeda.. yelah tudung dia singkat... jadi saya minta kak ani jahitkan tudung labuh tapi ikut pattern tudung Fareeda.. dapat juga bantu Kak Ani secara tak langsung.. serious cakap, dia ni memang hebat dalam membuat baju, seluar dan tudung.. baju sekolah tomei saya tempah kat dia... pendek kata puas hati dengan jahitan dia...

Moral of the story : 

Apa yang ingin saya kongsikan semoga dapat memberi pengajaran buat semua... walaupun jauh dilubuk hati hanya ingin berkongsi kegembiraan, tetapi seringkali disalah tafsir.. apapun ayat dibawah ini benar benar memberi pengajaran buat saya... agar tidak lagi melakukan kesilapan yang sama...

Sekarang, saya jarang nak upload gambar gambar seperti dulu.. bukan sebab business saya merudum seperti desas desus yang saya dengar. Tidak benar sama sekali.. tetapi sebab saya takut di anggap riak.. saya takut di tuduh menunjuk nunjuk... 

cukuplah dulu saya melakukan kesilapan secara tidak langsung dengan mempamerkan gambar di atas untuk tatapan umum...begitu juga hari ini.. anggaplah apa yang saya tunjuk ini sebagai pengajaran buat semua..

Niat tidak menghalalkan cara.. walaupun niat kita baik, caranya tak kena maka akan jatuhlah hukum dari mereka yang memandang.. cukuplah hanya saya dan keluarga terdekat yang tahu...

Kini saya cukup berhati hati dalam berbicara atau mengeluarkan status.. entah kenapa saya malu dengan diri.. malu pada Allah... mungkin keterujaan saya dan fikiran yang terlalu positif dengan menganggap oranglain juga seperti saya mungkin menyebabkan saya terpukul apabila terpandang gambar di atas...

Ampunkanlah jika saya menjengkelkan anda semua... Terlalu kecil diri ini apabila tersedar dari 'mimpi indah' ini... terima kasih Ya Allah kerana memberikan ku kesedaran awal... semoga apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran buat kita semua... insyaAllah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...