Wednesday, December 30, 2020

Pendam jadi dendam

 Selama ini aku cuba luahkan supaya tidak memendam, bimbang daripada pendam boleh jadi dendam. Aku sebagai perempuan bukanlah nak lelaki yang berharta dan punya rupa. Cuma ingin seseorang yang memahami saat tak mampu meluahkan semua masalah. Kadang kadang rasa kesepian itu mengajar aku makna saling menghargai. 

Terlalu banyak hukuman yang dijatuhkan. Menuding jari mencari salah. Aku dituduh ingin memenangi hujah yang disampaikan. Bijak mengolah bicara. Aku tiada tempat untuk dihargai. Aku tak mampu mengubah hati oranglain berbaik sangka. 

Mental tiap manusia tentunya berbeza. Penat dah berusaha untuk mencapai manisnya kejayaan. Kita nak rasa keseronokan, jauh tinggalkan kesusahan. Namun Allah lebih mengetahui. Hakikatnya kesusahan itu mengajar erti kehidupan.

Tiada apa yang perlu dikesalkan dengan benda yang dah berlalu kerana tiada apa yang diciptakan didunia ini akan kekal. Aku bahagia bila berkongsi rasa. Tetapi kedukaan melanda apabila yang dikongsi semakin berkurang.

Aku berkongsi kerana aku yakin dalam perhubungan. Aku sedayanya mengelakkan dari pembohongan kerana aku tidak suka dibohong. Pembohongan tiada keikhlasan. Aku tidak mencari yang sempurna tetapi mencari yang menyempurnakan. Menyempurnakan kekurangan yang aku ada. 

 Rasa cemburu adalah salah satu duri dalam sebuah hubungan. Senyum walaupun dilukai. Menyimpan dendam yang tak terungkai.Kadang kadang rasa penat. Yang penat ialah perasaan bukan badan. Tiada siapa yang mampu berubah menjadi baik dalam masa sehari. Ia perlukan masa dan usaha yang berterusan.

 Aku tidak mahu membenci. Aku tidak mahu mengambil tahu. Hanya kerama membenci itu menambah titik hitam pada hati. Aku cuba melupakan dan memaafkan. Jangan biar sang jahat membiarkan titik hitam bertambah dalam hati ini. Aku cuba mengubah rasa dalam hatiku aku. Belajar menyayangi dan menghargai. Aku cuba hidup bahagia. Aku cuba melengkapi kebahagiaan hidup orang yang aku sayangi. Aku nak hidup bersama walau hati terpisah jauh.

 Aku cuba melepaskan yang buruk dan mengharapkan kebaikan yang datang. Aku sedar kemaksiatan membakar nikmat. Bila hati berbicara ingin bersamamu, menemani hari susah senangmu dan ambil peduli apa yang oranglain kata tentang dirimu. Aku ikhlas.

Takdir mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang. Memberi apa yang tidak dirancang dan menyebabkan kita mengalirkan airmata kesedihan dan rasa kehilangan. Sedarkah yang takdir juga hadir mengajar erti perkenalan, menyulam erti rasa kasih, menanam rasa persahabatan dan memberi kegembiraan dan kemanisan, menyemai rasa kasih dan sayang. Takdir juga memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.

Bila aku bersedih dan aku rasa kita semakin jauh, aku percayaianya ialah jalan hidup aku. Adat kehidupan, apabila kita berjaya semuanya sanjung, apabila kita tersungkur semua menjauh dan menghina. Orang jahat aku tak risau sebab kita tau dia memang sudah sedia jahat. Yang harus kau risau ialah orang yang berpura pura baik. 

Setiap perasaan ingin dimengertikan dan setiap cinta ingin dihargai. Yang paling penting ialah hati. Terima atau tidak itu saja.Kebahagiaan selalunya dirasakan tanpa suara. Perlukah aku menjerit untuk memberitahu oranglain yang aku bahagia dengan kehadiran kau disisi? Entah. Aku seorang perempuan yang susah untuk didapatkan oleh mana mana lelaki. Seharusnya orang yang memiliki aku ialah orang paling beruntung.Hahaha.itu kataku.Mungkin sudah masanya aku renung kesalahan diri sendiri sebelum menuding jari ke arah orang lain.

Aku ingin menjadi setabah Asiyah.

Setia seperti Khadijah.

Berani seperti Shafiyah.

Sabar seperti Fatimah.

Cerdas seperti A'ishah.

Suci seperti Maryam.

Kadang kadang kerana tidak ingin menyakiti perasaan seseorang, kita penuhi apa saja yang dia inginkan tanpa sedari diri kita yang terluka. Jika kau lihat aku tersenyum walau dalam keadaan yang yang sulit itu kerana ia menguatkan aku. Mungkin aku perlu berhenti memberi kasih. Tak semua mampu beri kegembiraan. Kadangkala kesedihan dan keperitan memberi makna untuk kita mengenal erti kehidupan. 

Sebenarnya rasa kosong yang kita rasa itu bukan kosong. Tapi rasa bebanan dengan dosa. Sebab tu setiap rasa kosong itu tak pernah menenangkan. Cinta kerana nafsu adalah muslihat. Kebahagiaan datang sesaat. Berbeza cinta yang lahir dari hati yang tulus dan sejati akan memberi kebahagiaan selamanya. Setiap kali Allah bangunkan kita setiap hari bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk mencari dan menambahkan bekalan untuk perjalanan dan hidup di akhirat. 

Semoga aku tidak jatuh cinta pada orang yang sia sia.Perkahwinan idaman semua orang. Walaupun terkadang suatu harapan belum tentu tercapai. Sekuat mana kita berusaha, hanya Allah yang menentukan segalanya.Yang penting niat. Niat ni umpama stering yang membawa kita pergi kemana tujuan yang kita tetapkan. Kalau niatnya baik maka sampailah ke tempat yang baik. Sebab tu kadangkala kita mengambil terlalu lama masa untuk bangkit dan memilih. 

Sayang maksudnya sayang. Jangan panggil sayang kalau hati tu tak sayang. Jangan berjanji kalau tak tepati janji dan jangan bercinta kalau tak setia. We grow when we face challenges in life. Lelaki itu diuji dengan perempuan. dan perempuan diuji dengan hati. Rasa takut hanya akan membuat kita lemah dan tidak mampu terus melangkah. Tiada jalan singkat untuk kita sampai kedestinasi yang sememangnya jauh. Langkah demi langkah.Tingkat demi tingkat. Kalau tidak kerana semalam kita berjanji belum tentu hari ini kita berada di sini. Kepahitan dan kegagalan mengajar erti kebahagiaan dan kemanisan hari ini.

Kadang aku menangis untuk hilangkan rasa sedih dihati tanpa seorang yang tau apa yang aku rasa. Aku ingin menjadi seperti helang. Cantik dan perkasa untuk dilihat tetapi sukar untuk dijinakkan. Sekali kau jinakkan, ianya setia bersama sepanjang hayat. Dalam hidup ini aku tak memilih untuk bertemu dengan siapa, semuanya Allah yang atur siapa yang akan hadir dan akan pergi atau kekal dengan aku selamanya.Aku ini pencari cinta.I am who I am. I like what I like. I love who I love. I do what I want. It's my life.

New month, new mindset, new beginning. New focus. New start. New intentions. New result. As long as u know who u are and what makes u happy, it doesn't matter how others see u. Just because i'm silent doesn't mean there's no message. A real man never hurts a woman. Be careful when u make a woman cry. God counter her tears. The woman came out of man's rib. Not from his feet to be walked on. Not from his head to be superior. But from his side to be equal. Under the arm to be protected. And next to the heart to be loved. You made me feel special and then you want to disappeared. The ones who love u will never leave u. Even if there are hundred reason to give up. They will find one reason to hold on. if u are not willing to learn. No one can help u. If u are determined to learn and accept. No one can't stop u. 

Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang yang berlaku hari ini tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi hari esok. Pilihan kita. Aku juga sudah punya pilihan.Dunia ini ibarat bayang bayang, Jika dikejar takkan dapat menangkapnya. Sudah sampai masanya aku berpaling dan biarkan bayang bayang itu mengikut aku. Sudah sampai masanya. Ungkapan mampu memberi seribu erti, memendam hanya berkesan dihati.

 So sekian luahan hati ini. Aku tak mau memendam lagi. Pendam bimbang jadi dendam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...