Wednesday, December 30, 2020

Pergilah diri. Pergilah hati.

Bukan drama.

Split identity. 

Ada jiwa yang baik. Ada jiwa yang tak baik.

Terkadang aku tak mengerti.

Aku boleh jadi baik. Aku juga boleh jadi jahat.

2 identiti dalam satu jasad. Bersatu dan berpisah bila monolog bermula.

Adakah aku yang gila?

Siapa yang suka mengetahui benda yang kita tak suka tahu? 

Perlahan akan aku buang kau dalam hidup ni.

Aku tak mahu tahu apa lagi yang terjadi.

Aku dah penat.

Aku dah penat nak bermonolog.

Aku dah penat nak terangkan.

Nampak seperti aku mengatur hidup seseorang.

Nampak seperti aku mengawal hidup seseorang.

Nampak seperti aku jahat.

Nampak seperti aku tamak.

Nampak seperti aku pentingkan diri.

Susah untuk aku terangkan.

Susah untuk aku luahkan.

Susah untuk aku ceritakan apa yang aku nampak.

Sampai masa aku buang semua rasa tu.

Sampai masa aku dipaksa meninggalkan.

Sampai masa aku mencari diri.

Jangan cakap aku tak peduli.

Jangan cakap aku tak sayang.

Jangan cakap aku tak ingatkan.

Aku keliru.

Berterus terang dikata salah.

Jujur di kata tipu.

Mungkinkan aku perlu diam dengan apa yang aku tahu?

Ya. Diam. Diam akan mengembalikan keadaan seperti asal.

Diam akan membuktikan ianya benar.

Hanya aku yang akan tahu.

Ya aku. 

Salah aku berkongsi.

Salah aku berbagi.

Salah.

Aku tak perlu berbagi rasa dan cerita.

Pergilah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...