Thursday, December 24, 2020

cinta dan kesakitan

Jatuh cinta adalah sebuah anugerah. Dengan rasa jatuh cinta maka hidup kita akan terasa indah dan penuh warna.Penuh dengan senyuman dan satu perasaan yang mengasyikkan. Namun bagaimana bila cinta yang kita rasa pada seseorang tidak mendapat respon dari orang yang kita cintai? Atau dengan kata lain cinta kita bertepuk sebelah tangan. Terasa menyesakkan, menyeksakan jiwa dan raga kan?
 
Kesakitan itulah yang mencengkam rasa. Senyum tetapi di dalam hati kita menangis dan terluka. Terpaksa memendam rasa demi melihat orang yang kita cintai bahagia. 

Setiap tingkah laku, perbuatan dan kata kata akan dinilai masuk ke dalam kotak fikiran dan jatuh ke hati. Dihiris pedih dan ditinggal sepi membenam jauh dilubuk hati.Setiap detik dilalui dengan penuh kesakitan apabila cinta kita tidak berbalas.

Adakah sudah sampai masanya untuk kita mencari cinta baru? Meninggalkan hati yang tersakiti dan tidak diperlukan ini lagi? Hari ini aku terasa begitu sebak. Dihari yang amat penting, sekali lagi aku dilukai sepertimana aku lalui hari yang sama 20 tahun lalu. Bersama lelaki yang aku cintai. Lelaki yang berbeza tetapi kesakitan yang sama aku rasai.Aku bukan yang pertama, tetapi aku ingin menjadi yang terakhir. Aku tau aku menjadi tempat sandaran. Aku dikhianati. Lagi dan lagi.

Cinta menyakitkan.
Cinta menyebalkan.
Cinta melukakan.
Mungkin aku harus melupakan cinta.
Mungkin aku harus memutuskan.
Mungkin aku harus meleraikan.
Andai aku terbang bebas, aku tahu akan pergi jauh.
Meninggalkan semua yang aku cintai.
Andai ini takdirnya.
Andai ini pengakhirannya, percayalah. 
Berkali aku memberi peluang.
Berkali aku memberi ruang.
Berkali aku memberi masa.
Berkali aku memberi.
Berkali.
Bila saatnya aku diam, bermakna kau bukan siapa siapa lagi dihati ini.
Kau bukan yang istimewa lagi dihati ini.
Kau bukan lagi dihati ini.
Izinkan aku pergi dari hidup kau.
Jangan pernah menyesal.
Kerana itulah yang kau pilih. Pilihan yang aku buat berdasarkan pilihan yang kau buat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...