Thursday, August 5, 2010

PERANCANGAN HARTA MELALUI HIBAH DAN AKAUN AMANAH

Pengenalan
Perancangan awal adalah aspek penting dalam memastikan pengurusan harta pusaka menjadi lebih mudah dan memberikan faedah yang maksima kepada bukan sahaja ahli waris malah kepada orang yang telah meninggal dunia dan meninggalkan harta untuk diwarisi.

Peringkat awal perancangan harus bermula sebelum kematian pemilik harta, dan oleh ahli waris setelah kematian pemilik.

Manakala peringkat kedua pula melibatkan perancangan oleh ahli waris yang ditinggalkan oleh si mati bagi menentukan harta peninggalan si mati diagihkan sebegitu rupa sehingga tidak timbul masalah dikalangan ahli waris dari segi ekonomi penggunaan tanah dan sosial sesame mereka.

Perancangan oleh pemilik harta
Beberapa kaedah telah dikenalpasti dan boleh diamalkan oleh pemilik harta sebelum mereka meninggal dunia.

1. Wasiat
Ianya merupakan mekanisma penting dalam pengurusan harta pusaka. Sebelum si mati meninggal dunia, wasiat disediakan dan apabila berlaku kematian harta akan dibahagikan kepada waris sebagaimana ditentukan oleh si mati di dalam wasiat yang ditinggalkan.

Namun wasiat dalam Islam mempunyai syarat dan sekatan tertentu yang perlu dipatuhi oleh pemberi wasiat. Wasiat dalam Islam hanya dibolehkan sekadar 1/3 daripada keseluruhan harta, itupun bukan kepada ahli waris yang boleh menerima pusaka secara fardhu (mengukut faraid).

Hikmah disebalik syarat dan peraturan wasiat ini ialah untuk menjamin ahli keluarga si mati seperti anak, isteri, ibu dan bapa si mati akan mendapat hak di atas harta yang ditinggalkan.

Sehubungan itu amat sesuai sekali bagi pemilik harta yang mempunyai anak angkat, atau berhasrat untuk mewakafkan harta untuk manfaat umum menggunakan wasiat sebagai instrumen pewarisan harta. Sekurang kurangnya hak anak angkat yang dipelihara sejak kecil akan terjamin apabila si mati meninggal dunia.

2. “Hibah”
Iaitu pemberian semasa hidup sebagai satu kaedah lain yang diharuskan dalam Islam. Walaupun kaedah pemindahan harta ini telah lama wujud dalam Islam dan dibolehkan dalam perundangan tanah negara ( Kanun Tanah Negara 1965 dan Peraturan Tanah Negeri) , namun ianya kurang diminati kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan besar sama seperti melaksanakan pindahmilik harta (penjualan).

Penurunan duti setem bagi maksud hibah sehingga 50 % daripada duti asal, sebagaimana diumumkan oleh kerajaan pada hujung tahun 2002 lalu memberi kelegaan kepada pemilik harta yang bercadang membuat pemberian semasa hidup kepada ahli waris. Sehubungan itu sebagai perancangan awal bagi mengelakkan wujudnya masalah pewarisan selepas kematian, konsep hibah dikira sesuai untuk diamalkan.

Pemilik tanah boleh menentukan sendiri kepada siapa hartanya akan diwariskan dan sejumlah mana hendak diagihkan dengan mengambilkira kesesuaiannya dari segi kedudukan ekonomi dan keperluan semasa waris-warisnya.


3. Perlantikan amanah (trustee)
Perlantikan amanah (trustee) sebagai “perantara” merupakan kaedah perundangan yang agak baru menggabungkan konsep wasiat dan hibah yang lebih biasa dengan masyarakat.

Walaupun terdapat perbezaan mazhab terhadap konsep ini, namun Mazhab Hanafi mengharuskan hibah dilaksanakan dengan perantaraan amanah. Dengan lain perkataan pemilik tanah akan menghibah harta kepada pihak ke tiga sebagai pemegang amanah yang akhirnya akan melaksanakan hasrat beliau memindahmilik tanah-tanah tersebut kepada ahli waris sebagaimana dikehendaki oleh penghibah setelah beliau meninggal dunia.

Pemegang amanah akan diikat untuk melaksanakan amanahnya melalui surat ikatan amanah (trust deed) yang dipersetujui segala syarat dan peraturan oleh kedua-dua belah pihak.

Pemilik harta pula di bawah kaedah ini akan berhak pada bila-bila masa sahaja membatalkan pemegang amanah sekaligus menerima kembali haknya sebagai pemilik mutlak di atas hartanya sebagaimana asal.



Perancangan ahli waris
Ahli waris yang ditinggalkan si mati perlu mempunyai perancangan jitu terhadap harta yang ditinggalkan si mati yang bukan sahaja memperlihatkan bagaimana harta tersebut dibahagikan, malah lebih penting turut menerangkan tujuan pembahagian tersebut dibuat.

Ini adalah bagi memastikan wujudnya kesinambungan dari segi kegunaan harta si matisupaya ia dapat menjana faedah ekonomi dan sosial yang lebih besar yang dapat dikongsi bersama oleh setiap ahli waris.

Antara bentuk perancangan yang boleh dilaksanakan oleh waris adalah

1. Bersegera dalam membuat permohonan pembahagian pusaka

Pengamanahan boleh diwujudkan melalui
1. perjanjian (through a deed)
2. Di dalam wasiat
3. Tindakan undang-undang
Kenapa Pengamanahan dibuat?
1. Bagi melindungi aset, pelaburan dan harta benda.
2. bagi menjamin waris/ penerima manfaat menerima semua harta dengan betul mengikut arahan/ keinginan pemilik
3. bagi memastikan semua harta selamat daripada sebarang tuntutan dan situasi yang tidak diingini serta pemilikan yang dirahsiakan.
AKAUN AMANAH
• Akaun Amanah adalah dana yang dibentuk oleh individu semasa hayatnya (juga dikenali dalam istilah undang-undang sebagai Penderma) dengan Amanah Raya Berhad sebagai Pemegang Amanah. Penderma mengamanahkan aset seperti wang tunai dan senilainya, saham, polisi insuran nyawa dan juga hartanah kepada Amanah Raya Berhad untuk dipegang bagi manfaat benefisiari yang dinamakan. Surat ikatan Amanah akan ditandatangani di antara Pemegang Amanah dan Penderma bagi memperuntukkan syarat dan terma Amanah yang akan ditadbirkan walaupun penderma masih lagi hidup dan bukan ditunggu perlaksanaannya selepas kematian penderma.
Manfaat menyediakan Akaun Amanah di antaranya:
• Memastikan keluarga dan mereka yang dibawah jagaan disediakan dengan tabungan yang mencukupi untuk keperluan pelajaran dan nafkah.
• Mempercepatkan pengagihan aset. Memandangkan aset Amanah tidak menjadi harta pusaka, tiada keperluan untuk mengeluarkan Geran Probet atau Suratkuasa Mentadbir apabila Penderma meninggal dunia.
• Perlindungan kewangan yang bernilai.
• Melindungi pihak di bawah umur, orang kurang upaya dan bagi tujuan amal kebajikan.

Example of Private Trust Services
Education / Maintenance Trust
Insurance Trust
Asset Protection Trust
Equity Trust Etc.

Education / Maintenance Trust
A Education / Maintenance Trust is set up for the maintenance, education and benefit of children and grandchildren. The main aim is to provide for the day-to-day needs of the beneficiaries and for the payment of their educational costs.

Trust Benefits :
Assets and monies are properly invested
The Trustee manages, and administers the Trust Assets independently
Trust Fund monies are utilized for intended beneficiaries
The terms of distribution are decided by the Settlor (owner)

Who should set up this Trust:
Parents of young children and key providers

Insurance Trust
A life assurance policy can be absolutely assigned to Amanah Raya Berhad and create an Insurance Trust instantly in favor of the spouse and/or children named as beneficiary in the policy. The policy money does not form part of the estate of the assured and consequently no Grant of Probate or Letter Administration is required in making claim when the assured dies. Further more, the money payable under such a policy is protected against creditors subject to Section 52 of the Bankruptcy Act.

Trust Benefits :
Proceeds of insurance are collected with minimum delay or hassle
Beneficiaries / children's financial needs will be taken care of by the Trustee
Balanced of monies are properly managed and held in safe custody
Trust assets are handed over to your beneficiaries upon their reaching the vesting age as specified in the Trust Deed.
Controlled distribution of money can be arranged

Who should set up this Trust:
Any one who has invested in an insurance policy and has dependents.


Asset Protection Trust
Trust Benefits :
Holds assets separate from estate
Keeps investments free and safe from claimants subject to the conditions in the Bankruptcy Act
Maintains and provides for needs of beneficiaries

Who should set up this Trust:
Professionals and businessmen with high risk exposure and are subject to creditors and business risks.
Di Amanah Raya Berhad.
• Kami menjamin harta amanah diurus dengan cekap dan dilaburkan untuk mengekalkan modal dan mendapatkan dividen kompetitif.
• Walaupun selepas kematian, Amanah Raya Berhad akan terus mengurus aset amanah tersebut mengikut syarat-syarat amanah.

HIBAH
• Hibah ialah ‘hadiah’, iaitu pemberian milik tanpa balasan oleh Penghibah secara sukarela semasa hayat.
• Harta yang boleh dijadikan harta Hibah terdiri dari harta alih dan harta tidak alih yang bernilai. Harta yang hendak dihibahkan mesti wujud(dimiliki secara sempurna) pada masa aqad (perjanjian). Harta Alih ialah harta seperti wang tunai, simpanan di bank dan saham. Harta tidak alih adalah seperti bangunan dan tanah.
• Penghibah mestilah seorang yang mempunyai kapasiti untuk memiliki harta.
• Penerima mestilah seorang yang baligh dan berakal. Bagi orang yang tidak berkeupayaan seperti kanak-kanak dibawah umur atau pesakit mental, pemberian Hibah mesti dibuat melalui Penjaga yang boleh dipercayai.
• Penerima mesti tahu mengenai pemberian dan bersetuju menerima Hibah tersebut. Hibah tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan/pengetahuan Penerima.
• Pembatalan Amanah Hibah tidak dibolehkan kecuali jika ianya melibatkan pemberian Hibah diantara keluarga seperti dari ibu/bapa/datuk/nenek kepada anak/cucu.
• Selepas harta dihibahkan, Penghibah tidak mempunyai kuasa ke atas harta tersebut namun boleh meletakkan syarat tertentu tentang menikmati manfaat atau hasil daripada harta yang dihibahkan.
• Penghibah boleh mengecualikan manfaat atau hasil untuk dinikmati sepanjang hayatnya dari harta yang dihibahkan megikut persetujuan Penerima Hibah sewaktu Aqad.
• Jika penerima meninggal dunia sebelum Penghibah, harta yang dihibahkan akan menjadi pusaka Penerima dan tidak akan dikembalikan kepada Penghibah kecuali melalui kaedah-kaedah yang diharuskan oleh hukum Syarak.

Di Amanah Raya Berhad, produk Amanah Hibah di uruskan bagi membolehkan harta yang dihibahkan dipegang oleh Amanah Raya Berhad sebagai Pemegang Amanah sebelum disampaikan kepada Penerima Hibah. Ini dilaksanakan bagi membolehkan penghibah (pemberi hibah) seperti ayah, ibu atau nenek membuat hibah kepada anak-anak, cucunya, anak angkat, atau kepada sesiapa sahaja yang ingin dihadiahkan harta tersebut khususnya yang masih di bawah umur 18 tahun, dengan melalui Pemegang Amanah sementara menanti penerima hibah tersebut cukup umur atau mencapai syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pemberi Hibah. Dengan pelantikan pemegang amanah juga syarat boleh diberikan jika penerima hibah meninggal dunia terlebih dahulu, harta tersebut akan dikembalikan kepada penghibah.

Kos Pengurusan Yang Dikenakan oleh Amanah Raya Berhad
1. Nilai Harta sehingga RM250,000.00 kadar 1.5%
2. Berikutnya RM250,000.00 Kadar + 1.0%
3. Berikutnya RM500,000.00 Kadar + 0.5%
4. Selebihnya Kadar + 0.125%

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...