Friday, August 20, 2010

Kaya Sambil Beramal Jariah-Nilai Islam dalam bisnes dan korporat

Posted On August 19, 2010

(Artikel ini diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 19 Ogos 2010 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor di bawah tajuk “PENERAPAN NILAI MURNI BISNES”)
Saya tertarik dengan pandangan bekas ahli bisnes dan CEO Sweden, Rolf Osterberg yang menulis dalam bukunya pada 1993, bertajuk: Corporate Renaissance, Business as an adventure in human development. Osterberg menyatakan: ”I often wondered why one of the world’s great religions, the Muslim faith, so expressly bans the charge of interest… There must be a higher thought behind it.”
Sentimen seperti ini banyak dinyatakan kebelakangan ini. Pemikir Barat semakin terdesak mencari pembaharuan ke atas sistem kewangan dan ekonomi mereka yang tidak lagi berupaya dilestarikan atau tidak sustainable.
Selain bidang kewangan, Malaysia, sebagai salah sebuah negara Islam termaju, juga semakin terkenal kerana usahanya menjayakan program halal di bidang makanan, pengeluaran dan khidmat lain.
Saya percaya niat Malaysia bersungguh-sungguh menjayakan kedua-dua bisnes halal dan kewangan Islam hingga ke peringkat global, adalah untuk memangkinkan penerapan sepenuhnya nilai Islam ke dalam kehidupan bisnes dan ekonomi. Ia satu fardu kifayah yang perlu disempurnakan segera. Kedua-dua kewangan Islam dan halal boleh digunakan untuk kelebihan bisnes Muslim Malaysia bersaing, disamping sebagai strategi penting mengawal pasaran Muslim di tangan umat Islam.
Malangnya, hari ini potensi strategik ini telah semakin hilang. Dulu, bidang kewangan Islam memberi kelebihan kepada Bank Islam di peringkat awal penubuhan. Kelebihan bersaing ini hilang apabila semua bank dan syarikat mula menawarkan instrumen kewangan Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...