Saturday, August 14, 2010

2 Mati & 2 Hidup...


Bottom of Form 1
2 Mati & 2 Hidup...
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Al-Baqarah:28

Tahukah anda bahawa seseorang manusia itu melalui 2 kematian dan 2 kehidupan…? 

Kematian pertama
Sebelum ditempatkan di dalam perut ibu seseorang itu melalui Alam Arwah/Ruh . Setelah ditempatkan di dalam kandungan kita melalui alam yang dinamakan Alam Rahim .

Kehidupan Pertama
Setelah dilahirkan manusia menghadapi kehidupan Alam Dunia yang dilalui hari ini. Kehidupan ini penuh dengan ujian, lantaran Allah swt mengutuskan Rasulnya untuk membimbing manusia. Hanya dengan mengikut panduan inilah manusia dapat menguruskan kehidupan dengan baik. Kehidupan ini hanyalah sementara untuk menunggu kehidupan yang kekal…

Kematian ke-2 
Bakal ditempuhi apabila tiba ajal yang telah ditetapkan sejak azali. Orang yang melakukan amal soleh semasa hidup akan melalui Alam Barzah dengan tenang dan sesiapa yang yang melakukan kemungkaran akan menerima hukuman sejak di alam kubur lagi.

Kehidupan ke-2
Kehidupan yang abadi di Alam Akhirat kelak. Manusia akan dihisab amalanya. Orang yang beramal soleh dan berat timbangan amalnya akan ditempatkan di syurga dan orang yang melakukan perkara mungkar dan maksiat akan menerima hukuman yang setimpal.


Pengajaran:

1.      Hidup ini hanya semata-mata sebuah pengembaraan dari alam ruh melalui alam duni a menuju ke alam baqa’ dan destinasi akhir ialah alam akhirat .
2.      Orang yang beriman dan bertakwa seharusnya menjadi yang terbaik dikalangan yang lain kerana mereka tahu destinasi akhir dan tindakan-tindakan untuk mencapainya…
3.      Kita harus melakukan yang terbaik dalam apa jua perkerjaan yang dilakukan - terbaik dimata manusia dan terbaik di sisi pandangan Allah swt...
4.      Kesempatan hidup di dunia perlu dipenuhi dengan amal yang baik sebagai persediaan dan bekalan ke alam yang kekal.
5.      Umpama seorang pengembara, tidak lama singgah disesuatu tempat sekadar menyelesaikan apa yang perlu dan merehatkan tubuh untuk menyambung perjalanan…

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda: Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara.” Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "


-Sahih Bukari-




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...