Thursday, August 5, 2010

PERANCANGAN PEWARISAN ISLAM DI TANAH RANCANGAN FELDA

KANDUNGAN :
PENUBUHAN FELDA
PEREKONOMIAN & PENGURNIAAN
KESINAMBUNGAN GENERASI KEDUA
KEMELUT & HUKUM
PERSOALAAN & SOKONGAN
PASARAN
CADANGAN

1. PENUBUHAN FELDA : 3 SUBJEK UTAMA

PENUBUHAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956.

PERANAN meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka yang menyumbangkan kearah wawasan Negara dalam megujudkan pertanian moden lagi menguntungkan dan menjamin taraf hidup yang lebih sempurna

VISI TERUNGGUL DIPENTAS DUNIA DALAM PENGURUSAN TANAH
& MANUSIA SEBAGAI PENERAJU DALAM INDUSTRI SAWIT.

2. PEREKONOMIAN & PENGURNIAAN
2.1 Pembangunan Tanah.
2.2 Pembangunan Masyarakat.

3. KESINAMBUNGAN GENERASI KEDUA
3.1 Bagaimana Perwarisan hak milik dilaksanakan.
3.2 3Kategori individu yang layak.
3.3 Harta sepencarian bayaran milik harta belum selesai(BMH) – 50% dari BMH
yang sudah diselesaikan.
3.4 Harta sepencarian bayaran milik harta sudah selesai(BMH) -1/3 dari nilai ladang,nilai tapak rumah dan rumah peneroka,didapati yang sepertimana termaktub didalam surat perjanjian peneroka.

4. KEMELUT DAN HUKUM
4.1 Tiada berpengatahuan dari segi hukum dan undang-undang
4.2 Senario semasa

5. PERSOALAAN & SOKONGAN
5.1 Bagaimana merancang
5.2 Perancangan oleh pemilik harta
5.3 Perancangan ahli waris

6. PASARAN
6.1 Koperasi Felda & Masjid-masjid di seluruh Tanah Rancangan Felda.

7. SYOR & CADANGAN
1. PENUBUHAN FELDA : 3 SUBJEK UTAMA

PENUBUHAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956.

PERANAN meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka yang menymbangkan kearah wawasan kerajaan dalam mengujudkan pertanian moden yang menguntungkan dan menjamin taraf hidup yang lebih sempurna

VISI TERUNGGUL DIPENTAS DUNIA DALAM PENGURUSAN TANAH
& MANUSIA SEBAGAI PENERAJU DALAM INDUSTRI SAWIT.

2. PEREKONOMIAN & PENGURNIAAN
2.1 Pembangunan Tanah.
Sebanyak 275 buah rancangan dengan bilangan 103,156 orang peneroka sehingga Tahun 2004 lebih kurang 70% peneroka yang telah menerima hak milik masing-masing,baki 30% masih lagi dalam penyelesaiaan.

2.2 Pembangunan Masyarakat.

Dibawah kepimpinan dua badan iaitu jawatankuasa kemajuan rancangan(JKKR)
Dan Gerakaan Persatuan Wanita (GPW) disetiap rancangan felda dapat membantu masyarakat peneroka & penerokawati bergiat didalam pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh felda mahupun kerajaan.
Tidak ketinggalan juga felda melalui badan tersebut dapat mengujudkan program-program keusahawanan dikalangan masyarakat peneroka.

Tujuanya adalah untuk menggalakan perlaksanaan kegiataan non-farm income
Sebagai penyumbang sumber pendapatan dan menggalakan pembangunan ekonomi dirancangan.

3. KESINAMBUNGAN GENERASI KEDUA

3.1 3Kategori individu yang layak.

Dibawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 akan hanya
Melantik seorang waris untuk menggantikan simati.

3.2 Bagaimana Perwarisan hak milik dilaksanakan.

Hanya 3 katogeri individu yang layak dimasukan sebagai pemegang bersama atau co-holder, mereka adalah
Isteri , bekas isteri-iseri dan waris kadim
Manakala peneroka yang beragama islam dan mempunyi anak angkat boleh menamakan anak angkat sebagai pemegang amanah menerusi konsep hibah.

3.3 Harta sepencarian bayaran milik harta belum selesai(BMH) – 50% dari BMH
yang sudah diselesaikan.

3.4 Harta sepencarian bayaran milik harta sudah selesai(BMH) -1/3dari nilai ladang,nilai tapak rumah dan rumah peneroka.

4. KEMELUT DAN HUKUM
4.1 Tiada berpengetahuan dari segi hukum dan undang-undang

4.2 Senario semasa

5. PERSOALAAN & SOKONGAN
5.1 Bagaimana merancang

1. Perancangan awal adalah aspek penting dalam memastikan pengurusan harta pusaka menjadi lebih mudah dan memberikan faedah yang maksima kepada bukan sahaja ahli waris malah kepada orang yang telah meninggal dunia dan meninggalkan harta untuk diwarisi.

Peringkat awal perancangan harus bermula sebelum kematian pemilik tanah oleh pemilik tanah sendiri dan oleh ahli waris setelah kematian pemilik.

Manakala peringkat kedua pula melibatkan perancangan oleh ahli waris yang ditinggalkan oleh si mati bagi menentukan harta peninggalan si mati diagihkan sebegitu rupa sehingga tidak timbul masalah dikalangan ahli waris dari segi ekonomi penggunaan tanah dan sosial sesame mereka.

5.2 Perancangan oleh pemilik harta
Membuat wasiat , Hibah semasa hidup perlantikan trustee

5.3 Perancangan ahli waris
Bersegera dalam membuat permohonan pembahagian pusaka
Rancang cara pembahagian
Buat penebusan pada bahagian yang kecil dengan membayar dengan harga semasa.
wujudkan syarikat atau koperasi keluarga agar semua waris-waris dapat manfaatnya
Dan dengan hasil tersebut dapat membesarkan perniagaan tersebut.

6. PASARAN
6.1 Koperasi Felda & Masjid-masjid di seluruh tanah Rancangan Felda.

Hasil kerjasama yang terjalin akan menambah pendapatan Koperasi dan laba yang besar
bagi ahli-ahlinya antaranya :
1. Agen penulisan wasiat.
2. Agen takaful Am
3. Agen Unit pelaburan.
4. Agen perundingan pusaka.
5. Agen penasihat keawangan.
Manfaat lain yang difikirkan perlu akan disalurkan dan kajian akan dibuat dari masa ke semasa bagi memperkasakan harta orang-orang melayu di tanah rancangan Felda.

Masjid-masjid juga tidak terkecuali di dalam memainkan perananya sebagai sebuah badan
penasihat yang dihormati oleh seluruh masyarakat peneroka yang bilangannya hampir
sama bilangan koperasi seluruh Negara.justru itu ahli jawatankuasa masjid mampu membawa
masyarakat lebih berilmu dan bermaklumat.

Mengimarahkan masjid adalah satu-satunya agenda yang perlu ditekankan pada setiap kali
mesyuarat ahlijawatankuasa disamping pembentangan akaun atau kutipan bulanan,hasil dari
sumbangan orang ramai.Cadangan,bagaimana boleh menjana kewangan /tabung masjid?


7. SYOR & CADANGAN

1. Syor dan cadangan

1.1. Kerajaan melalui Amanah Raya Berhad bertanggungjawab.akan sentiasa menawarkan kemudahan bagi ahli waris yang bermasalah dalam pembahagian pusaka.
Namun peranan ahli waris dan pemilik harta sendiri sangat penting dalam menentukan harta pusaka yang ditinggalkan si mati diuruskan secara yang terbaik bagi faedah mereka sendiri.
Kegagalan menguruskan harta tersebut akan cenderung meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan ahli keluarga,tambahan lagi bila harta tersebut menjadi rebutan ahli waris sehingga memutuskan persaudaraan sesama mereka. Pada keadaan yang lain, pemilik harta yang telah meninggal dunia tidak akan mendapat kebajikan daripada harta yang ditinggalkan.

1.2. Barangkali cadangan sesetengah pihak untuk menghadkan keluasan minima tertentu di atas sebidang tanah membolehkan nama ahli waris didaftarkan, ada rasionalnya dan perlu dibincang lanjut.

1.3 Cadangan juga,agar Akta Tanah 1960 (kelompok) di kaji semula .

Dengan adanya had keluasan minima ini, bahagian yang terlalu kecil hendaklah digantikan dengan wang oleh waris lain yang mendapat bahagian yang lebih besar. Sekurang-kurangnya dengan adanya bayaran bahagian tersebut, waris berkenaan terutamanya yang di bawah umur dapat menikmati hasil dari tanah yang ditinggalkan si mati.

FELDA

PERWARISAN DITANAH RANCANGAN FELDA
Penubuhan :

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956.

Peranan :
Berusaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka melalui jentera pengurusan yangberdedikasi dan cekap sepanjang masa serta menyumbangkan kepada kejayaan Wawasan Negara melalui peningkatan hasil, mewujudkan perindustrian yang berdaya-saing, maju dan menguntungkan.

Menggalakan pertumbuhan masyarakat yang maju, produktif dan berdisiplin untuk meningkatkan taraf hidup dan menjamin mutu kehidupan yang lebih sempurna.


VISI FELDA :

TERUNGGUL DI PENTAS DUNIA SEBAGAI AGENSI PEMBANGUNAN
TANAH & PENGURUSAN PENEROKA MENDAHULUI BERSAMA TEKNOLOGI
SEBAGAI PENERAJU DIDALAM INDUSTRI SAWIT
`

PEMBANGUNAN

Pembangunan tanah merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan negara seterusnya menaikan taraf ekonomi bumiputera.
Negara mempunyi kepakaran dan tenaga buruh yang mencukupi untuk menjayakanya
Felda telah diamanahkan untuk menerajui dan membentuk organasasinya.

Tanah rancangan felda diseluruh semenanjung sahaja ialah 275 buah rancangan, dengan bilangan peneroka 103,156 Orang.Keluasan tanah ialah 44,578.00 Hektar. Negeri Pahang mendahului negeri-negeri lain dengan keluasan tanah165,799.97 Hektar,bilangan peneroka 37,464 Orang,97 buah rancangan semuanya.

Pulau Pinang & Sarawak diantara 2 negeri yang tidak diurustadbir oleh felda.


PEMBANGUNAN MASYARAKAT :
Aktiviti Kemasyarakatan

Misi utama Felda membangunkan tanah rancangan dan menempatkan peneroka telah mencapai kejayaan yang dibanggakan. Sehingga Julai 2004 seramai 70,000 peneroka daripada 103,156 keluarga peneroka telah menerima hakmilik masing-masing daripada Kerajaan Negeri. Kira-kira 30% lagi sedang berusaha untuk menyelesaikan bayaran kembali kos pembangunan dan akhirnya akan mendapat hak milik.

Sebagai sebuah agensi pembangunan tanah yang berjaya, pembangunan manusia terutamanya peneroka juga menjadi matlamat utama Felda. Program khusus disusun dan dilaksanakan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat rancangan.

Kepimpinan Peneroka

Masyarakat peneroka yang berdaya maju memerlukan pemimpin yang dinamik. Dari segi strukturnya kepimpinan peneroka di Rancangan dan Wilayah adalah teratur. Kepimpinan peneroka digerakkan melalui penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Institusi ini melalui proses pemilihan yang demokratik dan dijalankan dalam suasana yang muhibbah melalui musyarawah.

Aktiviti Keusahawanan

Punca utama pendapatan peneroka ialah daripada sumber kebun mereka. Pendapatan daripada punca ini bergantung kepada hasil pengeluaran dan harga komoditi tersebut. Apabila kebun ditanam semula, peneroka bergantung pula kepada pinjaman sara hidup yang didahulukan oleh Felda. Oleh itu punca pendapatan daripada sumber lain adalah diperlukan bagi mengurangkan tekanan beban ekonomi peneroka. Tumpuan diberi kepada usaha menambah pendapatan daripada punca selain kebun melalui pendekatan membantu bakal pengusaha untuk menjayakan perusahaan yang ingin mereka ceburi.

Aktiviti keusahawanan disusun bagi menggalakkan perlaksanaan kegiatan non-farm income dengan tujuan mencapai matlamat berikut:
• Mewujudkan pengusaha baru di kalangan peneroka / ahli keluarga
• Mewujudkan pengusaha dan perusahaan sedia ada supaya mereka berupaya menyumbang sumber pendapatan kepada ahli masyarakat yang lain
• Menggalakkan pembangunan ekonomi di rancangan.


GENERASI KEDUA

Kepentingan dan keperluan didalam kesinambungan Felda

Perjanjian yang telah dimetrai bersama adalah untuk memudahkan pihak Felda menjalankan tugas yang diamanahkan berdasarkan kepada syarat dan peraturan yang telah dipersetujui bersama antara Felda dan peneroka.Mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai peneroka.
Kerajaan dari masa kesemasa sentiasa memantau agar ladang yang diurustadbir oleh Felda mencapai matlamatnya.

Surat perjanjian akan dijadikan sebagai rujukan kepada pihak Felda dan peneroka sekiranya timbul rasa tidak puas hati mengenai perlaksanaan peraturan.Dengan ini hubungan yang bersefahaman antara Felda dan peneroka akan sentiasa terjalin.

Surat Perjanjian yang telah ditandatangani oleh peneroka perlu dipatuhi sepenuhnya sehingga hutang dijelaskan dan pengruniaaan hak milik akan diberi oleh pihak Berkuasa Negeri.

Bagi menjaga kepentingan bangsa dan juga genarasi akan datang adalah menjadi tanggung-jawab kerajaan memastikan ianya tidak tergadai pada pihak-pihak yang sengaja mencari keuntungan peribadi
.
Peneroka yang telah menerima surat hak milik tanah tidak boleh secara bebas membuat urus niaga ke atas tanah tersebut seperti menjual, mencagarkan atau pindah milik. Dalam surat hak milik tanah rancangan, dimasukkan Sekatan Kepentingan yang mana segala urus niaga ke atas tanah yang diberi hak milik itu hanya dapat dilakukan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Oleh yang demikian peneroka yang bercadang untuk membuat urus niaga ke atas tanah mereka yang telah menerima hak milik hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Sekatan ini diadakan supaya peneroka tidak menyalahgunakan tanah yang telah diserahkan hak milik kepada mereka. Sekatan ini dikenakan oleh pihak Kerajaan Negeri yang mengeluarkan surat hak milik tanah tersebut.

Bagaimanakah pewarisan hak milik peneroka dilaksanakan?

Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejaba tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang sama. Dalam pembahagian tersebut dan selaras dengan peraturan di bawah Akta Tanah(Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, akan dilantik hanya seorang waris untuk menggantikan simati.

Siapakah yang layak untuk dimasukkan sebagai pemegang bersama?

Hanya 3 kategori individu yang layak dimasukkan sebagai pemegang bersama atau co holder. Mereka ialah:-

a) Isteri - seorang wanita yang dinikahi secara sah di sisi undang-undang dan isteri yang sama-sama memasuki rancangan dan bersama-sama mengusahakan tanah rancangan berkenaan.

b) Bekas Isteri-Isteri yang perkahwinannya dengan pemegang pertama telah dibubarkan dan semasa perkahwinannya berkuat kuasa, bekas isteri tersebut turut sama menyumbang /mengusahakan tanah rancangan.

c) Waris Kadim - waris yang terdekat dan boleh mewarisi harta si mati mengikut hukum syarak. Dalam konteks bukan Islam, waris kadim adalah waris yang berhak mengikut undang-undang pewarisan yang terpakai ketika ini dan termasuklah anak angkat.

Anak angkat boleh diertikan sebagai anak yang proses pengangkatannya dilakukan secara sah mengikut undang-undang. Manakala bagi peneroka yang beragama Islam dan mempunyai anak angkat boleh menamakan anak angkat sebagai pemegang bersama menerusi konsep hibah.

Kriteria untuk melantik waris kadim sebagai pemegang bersama diberi kepada waris yang tinggal di tanah rancangan dan berkemungkinan besar akan mengusahakan tanah rancangan.
Kesemua kategori pemegang bersama (co-holder) mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia.
12. Bagaimanakah proses-proses permohonan bagi pegangan bersama (co-holder) tanah rancangan dalam Daftar Pegangan (Register of Holding)?

Jika peneroka ingin mencadangkan untuk menamakan seorang lagi pemegang bersama (co-holder) dalam Daftar Pegangan, beliau hendaklah mengisi "Borang AA" dalam tiga salinan dan borang-borang lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Setelah borang-borang tersebut lengkap diisi, maka hendaklah dikemukakan kepada Pengurus Tanah Rancangan di mana pegangan peneroka itu berada. Pengurus Tanah Rancangan hendaklah memastikan bahawa maklumat peneroka berkenaan adalah sama dengan yang tercatat dalam Daftar Pegangan.

Pengurus Tanah Rancangan juga bertanggungjawab untuk membuat siasatan, meneliti rekod-rekod tanah rancangan yang berkaitan dan mengisi Jadual Tanah dalam "Borang AA". Pengurus Tanah Rancangan juga hendaklah mengisi "Borang 1" sebagai sokongan dan membuat pengakuan/pengesahan menyatakan bahawa isteri atau bekas isteri atau waris kadim adalah merupakan individu yang layak untuk dinamakan pemegang bersama (co-holder) tanah rancangan.

Seterusnya, Pengurus Tanah Rancangan dengan kadar segera mengemukakan permohonan tersebut kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan di mana Pentadbir Tanah Daerah akan memproses permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan di negeri berkenaan.

Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Pengarah Tanah dan Galian Negeri bagi mendapatkan pertimbangan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri atau pihak lain yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Setelah keputusan diperoleh daripada Pihak Berkuasa Negeri (melalui Pejabat Tanah Daerah), maka Pejabat Tanah Daerah hendaklah memaklumkan kepada Pengurus Tanah Rancangan yang berkenaan. Oleh itu, Pengurus Tanah Rancangan hendaklah memaklumkan keputusan ini kepada peneroka berkenaan sama ada permohonan pemohon diluluskan atau sebaliknya.

Sekiranya permohonan diluluskan, Pengurus Tanah Rancangan hendaklah membuat catatan di dalam buku Daftar Pegangan (Register of Holding).


HARTA SEPENCARIAN

1. Apakah yang dmaksudkan dengan harta sepencarian?

Harta sepencarian ialah mana-mana harta sama ada harta alih(harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit, kenderaan dan peralatan rumah) atau harta tidak alih (harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan rumah) yang diperolehi oleh suami isteri selama perkahwinan mereka. Dalam konteks Felda, harta sepencarian meliputi:-

i) Tanah Ladang.
ii) Tanah tapak rumah.
iii) Rumah
iv) Harta-harta lain yang dibahagikan mengikut ketetapan mahkamah syariah negeri-negeri berkenaan.

2. Apakah syarat yang melayakkan seorang janda peneroka berhak mendapat harta
sepencarian?

i) Janda peneroka yang layak menuntut harta sepencarian ialah mereka yang sama
sama masuk dan tinggal bersama suami dirancangan sehingga berlaku perceraian.
ii) Pada masa perceraian berlaku, rancangannya sudahmengeluarkan hasil/sistem blok
dan peneroka telah mula melaksanakan Bayaran Memiliki Harta (BMH) kepada Felda
atau
iii) Pada masa perceraian berlaku, peneroka telah selesai membayar BMH kepada Felda dan menerima surat hak milik tanah.



3. Bagaimanakah pembahagian harta sepencarian dikira?


Kadar pembahagian harga sepencarian kepada janda peneroka bagi rancangan yang berhasil/sistem blok tetapi belum selesai BMH adalah berasaskan 50% daripada BMH yang telah dijelaskan kepada Felda. Kadar harta sepencarian kepada janda peneroka bagi rancangan yang telah selesai BMH adalah berasaskan kepada 1/3 daripada nilai tanah ladang, kawasan tapak rumah dan rumah peneroka.
Bayaran harta sepencarian akan terus dibayar walaupun isteri yang telah diceraikan oleh peneroka telah berkahwin semula. Sekiranya janda peneroka meningal dunia dan bayaran harta sepencarian oleh peneroka masih belum diselesaikan, anak mereka berhak menerima baki harta sepencarian tersebut.
4. Bagaimanakah proses untuk mendapat harta sepencarian oleh janda peneroka?
Permohonan untuk mendapatkan harta sepencarian dibuat oleh janda peneroka dengan mengisi Borang Tuntutan Harta Sepencarian yang boleh didapati di rancangan.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Peneroka rancangan berkenaan sebelum dimajukan kepada Pengurus rancangan. Pengurus rancangan akan mengesahkan kebenaran tuntutan tersebut dan seterusnya memajukan ke Pejabat Kawasan. Setelah disokong oleh Pengarah Kawasan, borang berkenaan dimajukan pula ke Jabatan Tanah Ibu Pejabat untuk tindakan selanjutnya. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan.
5. Setelah berlaku perceraian apakah hak janda peneroka ke atas lot ladang (Hakmilik)?
a. Janda peneroka yang diceraikan berhak menuntut Hakmilik tanah bekas suaminya samada dalam bentuk nilai wang atau pun dimasukkan nama sebagai Hakmilik Bersama atas kadar ½ bahagian. Tuntutan ini adalah tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah. Proses ini adalah bagi Hakmilik tanah yang telah didaftarkan.
b.Janda peneroka yang Hakmilik masih belum didaftarkan masih juga berhak untuk dimasukkan nama sebagai Hakmilik Bersama yang akan didaftarkan kelak tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah.




6. Bolehkah janda membuat tuntutan nafkah daripada bekas suaminya?
Tuntutan nafkah edah dan nafkah anak-anak dalam jagaan seseorang janda peneroka dibuat oleh janda berkenaan di Pejabat Kadi Daerah yang berhampiran dengan rancangan bekas suaminya.
Tuntutan ini tidak boleh dibuat melalui Felda kerana ianya di luar bidang kuasa pentadbiran Felda. Walau bagaimanapun Felda masih boleh membantu dalam urusan ini.
7.Adakah janda peneroka masih lagi berhak menerima bayaran harta sepencarian sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah sekiranya bekas suaminya meninggal dunia sebelum selesai bayaran tersebut dibuat?
Sekiranya bekas suami mati sebelum selesai bayaran Harta Sepencarian yang ditetapkan oleh Mahkamah, waris yang mewarisi Hakmilik tanah tersebut adalah bertanggungjawab menyelesaikan pembayarannya sehingga selesai
8.Adakah janda peneroka berhak menuntut Harta Sepencarian setelah bekas suaminya meninggal dunia?
Sekiranya janda peneroka belum membuat tuntutan harta sepencarian sedangkan bekas suaminya pula telah meninggal dunia, maka ia masih berhak menuntut harta sepencarian tersebut di Mahkamah.Adalah dinasihatkan supaya janda-janda peneroka supaya membuat tuntutan harta sepencarian sebaik sahaja berlaku perceraian.

KEMELUT PUSAKA MELAYU ( FELDA)

Mengapa tanah felda (Pusaka) Hanya diterima Seorang sahaja penganti milik ?

Dibawah Akta Tanah(Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, akan dilantik hanya seorang waris untuk menggantikan simati.,waris kadim juga - waris yang terdekat dan boleh mewarisi harta si mati mengikut hukum syarak.
Dalam konteks bukan Islam, waris kadim adalah waris yang berhak mengikut undang-undang pewarisan yang terpakai ketika ini dan termasuklah anak angkat.Manakala bagi peneroka yang beragama Islam dan mempunyai anak angkat boleh menamakan anak angkat sebagai pemegang bersama menerusi konsep hibah.

Berdasarkan pengalaman dan kajian yang telah dijalankan,perlantikan pemegang amanah yang
dilaksanakan sekarang tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap waris-waris lain..

mereka tidak tahu tentang risiko dan implikasi dari tindakan mereka menangguh-nangguhkan pembahagian hasil harta pusaka kepada waris-waris.Mereka menganggap tidakada apa-apa kesan dari segi hukum mahupun undang undang

Sebahagian dari mereka ingin membolot kesemuanya kerana beranggapan bahawa merekalah
lebih berhak kerana menguruskan ladang tersebut seperti mana kuasa yang diberi

Lebih malang lagi ada yang sanggup menghalang waris-waris lain mendiami rumah simati yang telah menjadi pusaka,maka berlakulah penindasan yang tidak sewajarnya.
Pelanggaran hukum terus berlaku akhirnya perpecahan keluarga tidak dapat dibendung lagi

1. Tiada pengetahuan dan maklumat

Kekurangan pengetahuan dan maklumatini boleh ditafsirkan kepada dua maksud.
Pertama, waris-waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang proses pembahagian harta pusaka sama ada dari segi hukum atau undang-undang. Mereka tidak tahu apakah yang harus mereka lakukan, ke mana dan kepada siapa harus dikemukakan perkara tersebut.


2. Senario Semasa

2.1 Kegagalan membangun dan memajukan tanah-tanah pusaka akan menjadikan ahli waris tidak dapat menikmati sepenuhnya hasil dari modal yang ditinggalkan oleh si mati, malah negara turut menanggung kerugian akibat tanah-tanah pertanian yang subur di luar-luar bandar tidak diusahakan.
Tanah-tanah berpotensi komersial untuk dibangunkan di lokasi- lokasi strategik di bandar-bandar juga turut menjadi tanah usang, sebahagian besarnya berpunca daripada masalah pembahagian harta pusaka yang belum selesai.

2.2. Bagi kes-kes lain di mana urusan pembahagian pusaka telah selesai, timbul pula masalah lain di mana bentuk pembahagian yang sebegitu rupa telah menjadi halangan besar kepada ahli waris atau penerima pusaka untuk memanfaatkan tanah yang di tinggalkan kepada mereka.
Salah faham terhadap sistem faraid, ditambah lagi dengan kedaifan ahli waris dalam ilmu perekonomian dan kelonggaran sistem pentadbiran dan perundangan harta pusaka yang sedia ada, menjadikan Masyarakat Melayu terutamanya hilang daya saing untuk memajukan tanah
pusaka sebagai harta modal yang boleh menjana kekayaan dan keuntungan individu dan ahli keluarga.

Bagi masyarakat bukan Melayu, mereka mempunyai pandangan yang lebih jauh dan kehadapan sehingga sebarang keputusan yang dilakukan dalam urusan pembahagian harta pusaka peninggalan ahli keluarga mereka mestilah bermatlamatkan keuntungan dan kesejahteraan keluarga yang ditinggalkan si mati.
Justeru itu setiap inci tanah pusaka dan harta yang dipusakai tidak harus dibazirkan malah mestilah berkeupayaan untuk menghasilkan pendapatan dan kekayaan berpanjangan.


2.3 Pemandangan yang memedihkan setiap mata yang melihat ini, sering ditemui di mana-mana, samada di bandar kecil mahupun di Bandaraya. Di Kampong Baru, Kuala Lumpur misalnya, kewujudan tanah-tanah sebegini bukan sahaja tidak menarik pada pandangan mata, malah jauh di sudut hati akan timbul persepsi negatif terhadap keupayaan sebenar masyarakat Melayu bandar dalam menyaingi dan mengharungi arus pembangunan kota bersama masyarakat dari kaum lain yang telah jauh dihadapan.


Sukar untuk dipercayai bahawa di tengah-tengah deretan bangunan pencakar langit di Jalan Ampang, Jalan Tun Dr. Ismail, Jalan Tuanku Abd. Rahman dan Jalan Tun Razak, masih wujud kelompok rumah rumah papan setingkat berciri binaan Melayu, usang dan tidak terpelihara.


Malah lebih mendukacitakan lagi bilamana hartanah milik masyarakat Melayu tersebut yang sebahagian daripadanya mencecah jutaan ringgit dari segi nilaiannya tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan faedah kepada pemilik.


2.4. Di sebalik kewujudan rumah-rumah tersebut, kelihatanlah bahawa punca halangan kepada pembangunan tanah tersebut adalah kerana tidak wujudnya kesefahaman di antara pemilik bersama (co-proprietors) lot- lot tanah berkenaan yang jumlah mereka sangat ramai.
Yang lain pula adalah lot-lot tanah yang pemiliknya telah lama meninggal dunia dan sebahagian waris asal telah mati meninggalkan waris-waris pengganti, dan mereka pula telah tidak lagi menetap di Kampong Baru.


Pemandangan dan cerita yang sama boleh dilihat dan didengar di Perkampongan Melayu Sungai Pencala, yang seolah-olah tidak sanggup lagi menerima himpitan pembangunan Kota Damansara, Taman Tun dan Sri Hartamas.


Di manakah salahnya sistem pewarisan dan pemilikan harta masyarakat Melayu? Apakah pula keistimewaannya, dari segi amalan, perundangan dan sistem pawarisan masyarakat bukan Melayu yang mampu menangani dengan baik masalah harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati?

Persoalan ini harus dilihat bersama oleh peserta seminar dari berbagai sudut dan dimensi, mencangkupi berbagai aspek pentadbiran, sosial, budaya dan perundang


Implikasi dari Kelewatan Penyelesaian

Kelewatan penyelesaian pembahagian harta puisaka ini sebenarnya mengundang banyak
massalah dan implikasinya sama ada dari segi hukum mahu pun undang-undang
Implikasi dari segi hukum

1. Terdedah kepada perlanggaran hukum
a. Termakan harta secara batil
b. Termakan harta anak yatim

2. Tidak menunaikan hak-hak simati
a. Hutang simati tidak dijelaskan dengan segera
b. Wasiat tidak dilaksanakan dengan segera

3. Bilangan waris makin bertambah ramai akibat kematian berlapis


4. Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar
Implikasi dari segi undang-undang, ekonomi dan sosial

1. Harta terbiar dan tidak terurus
2. Urusniaga hartanah tidak dapat dijalankan
3. Wang pampasan pengambilan balik tanah tidak dapat dibayar kepada waris-waris



Kajian yang dilakukan oleh JKPTG di Rancangan FELDA Lurah Bilut, Pahang dan di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah, pada awal tahun 2001 telah memberi gambaran sebenar kepada isu-isu yang dinyatakan di atas.

Antara kisah yang berlaku di tanah rancangan felda membuktikan bahwa telah tiba masanya perubahan atau anjakaan paradigma dalam masyarakat felda dilakukan dengan seberapa segera.
Contoh 1.
Seumpa berlaku difelda pasak Negeri Johor
Ibu tidak diberi kuasa mentadbir tanah rancangan dengan alasan tanah tersebut telah dipindah milik padanya,apabila pertengkaran berlaku maka anak bertindak menghalau ibunya dari rumah tersebut.
Contoh 2.
berlaku juga difelda Bukit Ramun Negeri Johor,
abang menafikan hak adik beradik lain diatas tanah rancangan,setelah kuasa mentadbir tanah diberikan padanya atas alasan tanah ladang tersebut diusahakan olehnya maka dialah yang lebih berhak keatas hasil tersebut.
Contoh 3.
Satu kisah lain diFelda Sg Sayong juga diNegeri Johor,lain sedikit ceritanya.
abang sulung menjadi pak turut pada Isterinya,kerana sayangkan isterinya,terjadilah peristiwa memakan hak adik-beradik lain.Pada asalnya difikirkan benar saranan isterinya itu.kerana dialah satu-satunya anak lelaki yang tinggal ditanah rancangan felda tersebut.Dengan berbekalkan pengatahuan yang sedia ada maka wajarlah tindakaan yang di ambil itu.tampa disedari telah termakan hak adik beradik lain sebelum mendapat persetujuan semua.

Ramai dikalangan peneroka yang ingin melihat anak cucu mereka menikmati hasil usaha
yang mereka kerjakan dan berbangga denganya,namun hasratnya untuk melihat kegembiraan
anak cucunya dan waris-waris lain tersenyum menjadi disebaliknya.Pertengkaraan berlaku antara mereka,kerana tidak bersetuju dengan tindakaan sebahagian dari mereka yang tidak bertanggungjwab pada ahli waris lain yang sewajarnya mendapat hak dan bahagian mereka.

kesannya dari peristiwa tersebut:
maka terjadilah antara mereka tidak lagi bertegur-sapa, merajuk hati,dan membuat haluan masing masing.Keriuhan dan larian anak anak kecil tiada kedengaran lagi.Sebuah keluarga yang satu masa duhulu menjadi idola masyarakat,bertukar menjadi cemuhan dari bibir kebibirdan persoalan demi persoalan dilontarkan.
Contoh 4.
Para peneroka yang mempunyi anak cacat atau anak istimewa pastinya kasih sayang
tidak berbelah bagi,anak tersebut sentiasa didalam ingatan siayah ibu.Bagaimanakah nasib anak tersebut sekiranya ia tiada lagi didunia ini,adakah ia mendapat perlindungan dari abang,kakak atau adiknya? Jawapanya pasti,rumah dan tanah inilah tempat ia berteduh dan meneruskan kehidupanyan.Soalanya,siapakah yang akan menjaga segala segalanya?
Contoh 5.
Anak angkat tidak akan mendapat bahagian didalam pembahagian faraid kerana ia tidak boleh
mempusakai harta ayah angkatnya walaupun kasih sayang sedikitpun,tidak berbelah bagi.
waris-waris lain biasanya,menunjukkan kasih sayang sewaktu ayah ibu masih ada didunia ini,
namun ada yang berubah setelah ketiadan mereka.Kesedihan pasti berlaku .. keadilan mungkin berada disatu pihak.Anak yang dahulunya ceria lagi mesra,berubah menjadi murung dan rendah diri.Banyak cerita-cerita negatif,yang kedengaran dikalangan masyarakat kita,mahupun didada dada akhbar.Peristiwa dan kisah sebegini tidak sewajarnya berlaku.


1.Kajian yang dibuat terhadap hakmilik yang terlibat dengan kematian mendapati sesetengah pemilik tanah telah meninggal dunia terlalu lama, di antaranya telah meninggal dunia sebelum Perang Dunia Ke Dua
Penemuan dari pengambilan balik tanah bagi projek ternakan udang harimau di Kuala Kerpan, Jerlun, Kedah pada awal tahun 90 an, yang melibatkan pengambilan balik tanah seluas 1,000 ekar (Fasa 1) didapati 70 pemilik tanah telah meninggal dunia dan permohonan pembahagian pusaka belum lagi dibuat. Pecahan mengikut tempoh kematian adalah sebagaimana di bawah:.

Amanah Raya Berhad : Penyelesaian kearah kesejahtraan keluarga dan Mesyarakat

1. Pengenalan

1.1. Dalam konteks harta pusaka, penyelesaian membawa maksud bagaimana sesuatu harta pusaka itu dibahagikan.Ianya bukanlah merupakan jawapan kepada kepada suatu pertelingkahan atau pergaduhan ataupun perebutan ahli waris dalam mendapatkan harta pusaka.

1.2. Penyelesaian berkesan adalah merupakan natijah daripada toleransi, kesepakatan, timbang rasa yang memberikan manfaat berpanjangan kepada kesemua pihak dalam mewarisi harta pusaka – kepada yang telah meninggal dunia dan meninggalkan harta untuk diwarisi dan kepada waris-waris yang tidak perlu bersusah payah dalam mendapatkan harta.

1.3. Penukaran nama simati didalam sesuatu hakmilik kepada nama ahli waris yang hidup tidak cukup untuk menyatakan bahawa proses pembahagian harta pusaka telah selesai sekiranya bahagian yang diperolehi setiap waris tidak dapat dimanfatkan atau memberi apa-apa faedah kepada penerima.
Mungkin segelintir hanya yang merasai faedahnya, namun sebahagian besar yang lain terus kecewa. Pertengkaran, perebutan dan tuntut menuntut masih terus berlaku secara berpanjangan melampaui masa dan generasi keluarga.

Bagaimana merancang?

1. Perancangan awal adalah aspek penting dalam memastikan pengurusan harta pusaka menjadi lebih mudah dan memberikan faedah yang maksima kepada bukan sahaja ahli waris malah kepada orang yang telah meninggal dunia dan meninggalkan harta untuk diwarisi.

Peringkat awal perancangan harus bermula sebelum kematian pemilik tanah oleh pemilik tanah sendiri dan oleh ahli waris setelah kematian pemilik.

Manakala peringkat kedua pula melibatkan perancangan oleh ahli waris yang ditinggalkan oleh si mati bagi menentukan harta peninggalan si mati diagihkan sebegitu rupa sehingga tidak timbul masalah dikalangan ahli waris dari segi ekonomi penggunaan tanah dan sosial sesame mereka.

2. Perancangan oleh pemilik harta
Beberapa kaedah telah dikenalpasti dan boleh diamalkan oleh pemilik harta sebelum
mereka meninggal dunia.
Di antaranya:


2.1. Wasiat

Ianya merupakan mekanisma penting dalam pengurusan harta pusaka. Sebelum si mati meninggal dunia, wasiat disediakan dan apabila berlaku kematian harta akan dibahagikan kepada waris sebagaimana ditentukan oleh si mati di dalam wasiat yang ditinggalkan.

Namun wasiat dalam Islam mempunyai syarat dan sekatan tertentu yang perlu dipatuhi oleh pemberi wasiat. Wasiat dalam Islam hanya dibolehkan sekadar 1/3 daripada keseluruhan harta, itupun bukan kepada ahli waris yang boleh menerima pusaka secara fardhu (mengukut faraid).

Hikmah disebalik syarat dan peraturan wasiat ini ialah untuk menjamin ahli keluarga si mati seperti anak, isteri, ibu dan bapa si mati akan mendapat hak di atas harta yang ditinggalkan.

Sehubungan itu amat sesuai sekali bagi pemilik harta yang mempunyai anak angkat, atau berhasrat untuk mewakafkan harta untuk manfaat umum menggunakan wasiat sebagai instrumen pewarisan harta. Sekurang kurangnya hak anak angkat yang dipelihara sejak kecil akan terjamin apabila si mati meninggal dunia.

2.2. Hukum menulis wasiat .
Wajib sekiranya kita berhutang samada dengan Allah swt atau manusia.Sunat sekiranya kita mempunyai niat untuk beramal jariah atau berhasrat untuk memastikan kebajikan anak-anak, isteri dan pewaris kita agar tidak terbiar atau dizalimi.

Tuntutan berwasiat .

“Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda kematian), jika dia ada tinggalkan harta, hendaklah dia berwasiat untuk ibubapa dan keluarganya yang terdekat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa.”
(Al Baqarah 180)

“Wahai orang-orang yang beriman!Apabila salah seorang daripada kamu hampir mati, ketika ia mahu berwasiat hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang lain yang bukan seagama dengan kamu jika kamu di dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut.
(AlMaidah 106)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda :

“ Bahawa tidak patut bagi seseorang Muslim yang mempunyai harta yang hendak diwasiatkan, kemudian dibiarkan berlalu hingga dua malam melainkan wasiat itu mestilah tertulis di sisinya!”.

Maksud hadis “Adalah lebih baik kamu meninggalkakn anak-anak kamu dalam keadaan kaya daripada kamu tinggalkan mereka meminta-minta ..”



Akibat tiada perancangan harta/wasiat

1. Berlaku persengketaan keluarga.
2. Harta tidak dibahagi dengan adil dan betul sehingga pewaris terdedah kepada termakan
harta yang batil yang boleh melahirkan zuriat yang rosak akhlak.
3. Harta dibolot oleh seorang penama / pewaris sahaja.
4. Harta sulit untuk dimiliki oleh pewaris kerana proses penyelesaian memakan masa yang
panjang.
5. Harta dibekukan.
6. Ruh si mati terseksa.

Bagaimana hendak merancang harta /membuat wasiat
Perancangan harta boleh dibuat dengan melantik Amanah Raya Berhad ( ARB ) sebagai Wasi & Pemegang Amanah. ARB bertanggungjawab menulis, mendaftarkan,menyimpan dan melaksanakan wasiat yang telah dirancang.

Kenapa perlu menulis wasiat diAmanah Raya Berhad ?
• Yuran yang rendah dengan hanya RM350.00 sahaja untuk seumur hidup.
• Tiada caj tambahan yang dikenakan jika ingin membuat perubahan pada wasiat.
• Ianya lebih berasaskan perkhidmatan, bukan keuntungan.
• Dipercayai kerana ia milik penuh Kerajaan Malaysia yang diurus secara korporat.
• Memiliki kewibawaan dengan peruntukan kuasa oleh pihak kerajaan dan mempunyai
kepakaran dalam pengurusan harta & pusaka.
• Mentadbir harta dengan penuh tanggungjawab dan amanah dengan mengambil kira
kehendak simati dan hak pewaris yang perlu meneruskan kehidupan.
• Kerahsiaan wasiat dan ketulenannya terjamin kerana wasiat didaftarkan dan disimpan
dibilik kebal.

9.2.2. “Hibah”
Iaitu pemberian semasa hidup sebagai satu kaedah lain yang diharuskan dalam Islam. Walaupun kaedah pemindahan harta ini telah lama wujud dalam Islam dan di bolehkan dalam perundangan tanah negara ( Kanun Tanah Negara 1965 dan Peraturan Tanah Negeri) namun ianya kurang diminati kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan besar sama seperti melaksanakan pindahmilik harta (penjualan).
Penurunan duti setem bagi maksud hibah sehingga 50 % daripada duti asal, sebagaimana diumumkan oleh kerajaan pada hujung tahun 2002 lalu
memberi kelegaan kepada pemilik harta yang bercadang membuat pemberian semasa hidup kepada ahli waris. Sehubungan itu sebagai perancangan awal bagi
mengelakkan wujudnya masalah pewarisan selepas kematian, konsep hibah dikira sesuai untuk diamalkan.
Pemilik tanah boleh menentukan sendiri kepada siapa hartanya akan diwariskan dan sejumlah mana hendak diagihkan dengan mengambilkira kesesuaiannya dari segi kedudukan ekonomi dan keperluan semasa waris-warisnya. Galakan harus diberikan oleh semua pihak termasuk kerajaan sendiri agar lebih ramai pemilik harta melaksanakan hibah terutamanya ketika usia mereka telah meningkat tua dan keupayaan mereka untuk menguruskan harta mereka telah berkurangan dari segi fizikal dan mentalnya berbanding pada ketika usia muda.
Diriwayatkan dari Said Bin Abi Waqas r.a bahawa dia pernah bertanya dalam sakitnya "Ya Rasulallah saw, bahawa hartaku banyak dan tidak ada yang diwarisi harta itu kecuali anakku yang perempuan, bolehkah aku mewasiatkan hartaku semuanya ?". Rasulallah saw menjawab:"Jangan. Dia bertanya lagi." Kalau dua pertiga bagaimana?. Baginda menjawab."Jangan.Aku bertanya lagi."Bagaimana kalau 1/2?. Beliau menjawab," Jangan.Aku bertanya lagi, "Sepertiga?. Baginda menjawab."Ya boleh dan sepertiga itu banyak.Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kaya, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam kemiskinan meminta-minta kepada manusia."

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a berkata ia. Telah bersabda Rasulallah saw di dalam pidatonya dalam haji wida'"Sesungguhnya Allah telah memberikan tiap-tiap orang empunya hak akan haknya,oleh sebab itu tidak boleh berwasiat untuk ahli waris."

Di dalam kes Sheikh Abdul Latif dan lain-lain lwn. Sheikh Elias Bux (1915) 1 (FMSLR 204)

Telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Selangor bahawa sahnya wasiat dan pembahagian harta seorang Islam hendaklah mengikut undang-undang Islam seperti yang ditadbir oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan di bawah undang undang Islam seseorang Islam tidak boleh mewasiatkan lebih dari 1/3 dari harta kepunyaannya pada masa ia meninggal dunia dan baki hartanya hendaklah dibahagikan kepada ahli warisnya mengikut bahagian yang ditetapkan oleh undang-undang Islam.

Dalam kes ini Sheikh Elias Bux telah membuat wasiat dalam tahun 1913 dan meninggal dunia tahun 1914. Wasiatnya supaya hartanya dibahagikan sama rata antara anak angkatnya, dua balunya dan anak perempuannya. Dia juga ada meninggalkan waris lain iaitu seorang saudara perempuan dan dua orang saudara lelaki. Seorang saudara lelakinya telah menuntut di mahkamah mengatakan wasiat tidak sah dan ia telah diterima oleh Mahkamah dan diperintah supaya wasiat di bahagikan ikut hukum faraid Islam. Rayuan di Mahkamah Rayuan juga telah ditolak.

Dalam kes Amanullah bin Haji Ali lawan Hajjah Jamlilah (1975) 1MLJ.70. Telah diputuskan di Mahkamah Tinggi bahawa wasiat yang cuba memberi lebih 1/3 dari harta kepada seorang anak lelakinya adalah tidak sah dan diperintahkan diberikan kepada ahli waris yang lain mengikut hukum syarak.

ii. Menghibahkan Harta Semasa Hidup

Seseorang Islam boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapapun semasa hidupnya, sebahagian atau keseluruhan hartanya. Ini boleh berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai anak kandung yang tidak mahu hartanya berpindah secara faraid kepada saudara-saudaranya yang lain. Hibah boleh dibuat dengan menukarkan nama ke dalam geran tanah/rumah/kereta.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu aqad yang mengandungi pemberian milik oleh seorang terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan('iwad).

Dari segi istilah, hibah adalah berbeza dengan pemberian(gift) dalam undang undang Inggeris, di mana perkataan "pemberian" itu adalah lebih luas pengertiannya jika dibandingkan dengan hibah, di mana istilah"pemberian" itu lebih umum dan merangkumi semua jenis pindak milik. Manakala pengertian hibah adalah sempit dan mempunyai konsep undang-undang yang khusus.

Dalam Islam, hibah sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan yang memberi erti memberi milik harta tanpa balasan.Mengikut mazhab Shafie, bahawa penerimaan (qabul) itu hendaklah diambil kira dalam menentukan sah atau tidaknya hibah. Begitu juga, penerimaan barang adalah satu dari syarat sah hibah. Ertinya, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

Hukum syarak juga menjelaskan sesuatu hibah yang telah diberi tidak boleh ditarik balik dan hukumnya adalah haram, sekalipun antara saudara mara atau suami isteri, kecuali hibah oleh bapa kepada anaknya, boleh ditarik balik.

iii. Penama(Nominee) Pada Takaful/Wang KWSP/Tabung Haji
Dan sebagainya.

Mengikut hukum syarak, penama yang ditulis di dalam skim-skim wang simpanan seperti Takaful/ KWSP/Tabung Haji dan sebagainya tidak dengan sendirinya menjadi hak milik kepada penama tersebut dan tidak sah menurut Islam. Ia masih tertakluk kepada pembahagian faraid. Oleh itu, wang-wang tersebut menjadi peninggalan harta si mati dan hendaklah dibahagiakan secara faraid.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 juga telah memberikan pendapatnya dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 20 Sept.1973 seperti berikut:

"Penama-penama KWSP, Wang Simpanan Pejabat Pos,Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian Faraid."

Dalam mesyuarat Majlis Raja-raja (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) yang ke 117 pada 21 Feb. 1980, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengemukakan pendapat dan telah dipersetujui oleh Majlis mengenai perkara penama (Nominee). Keputusannya adalah seperti berikut:-
Majlis mengambil ingatan bahawa orang-orang yang beragama Islam tidak
boleh melantik penama(Nominee),dan
Majlis bersetuju YB Peguam Negara menggubal undang-undang supaya orang-oyang beragama Islam tidak dibenarkan melantik penama (Nominee).
Galakan harus diberikan oleh semua pihak termasuk kerajaan sendiri agar lebih ramai pemilik harta melaksanakan hibah terutamanya ketika usia mereka telah meningkat tua dan keupayaan mereka untuk menguruskan harta mereka telah berkurangan dari segi fizikal dan mentalnya berbanding pada ketika usia muda.

2.3. Perlantikan amanah (trustee)

Perlantikan amanah (trustee) sebagai “perantara” merupakan kaedah perundangan yang agak baru menggabungkan konsep wasiat dan hibah yang lebih biasa dengan masyarakat.

Walaupun terdapat perbezaan mazhab terhadap konsep ini, namun Mazhab Hanafi mengharuskan hibah dilaksanakan dengan perantaraan amanah. Dengan lain perkataan pemilik tanah akan menghibah harta kepada pihak ke tiga sebagai pemegang amanah yang akhirnya akan melaksanakan hasrat beliau memindahmilik tanah-tanah tersebut kepada ahli waris sebagaimana dikehendaki oleh penghibah setelah beliau meninggal dunia.

Penerima hibah melalui kaedah ini langsung tidak mengetahui bahawa mereka telah di diberikan hak terhadap harta si mati kerana urusan pengamanahan ini menjadi rahsia di antara pemilik harta/tuan tanah (trustor) dan pemegang amanah (trustee).

Pemegang amanah akan diikat untuk melaksanakan amanahnya melalui surat ikatan amanah (trust deed) yang dipersetujui segala syarat dan peraturan oleh kedua-dua belah pihak.

Pemilik harta pula di bawah kaedah ini akan berhak pada bila-bila masa sahaja membatalkan pemegang amanah sekaligus menerima kembali haknya sebagai pemilik mutlak di atas hartanya sebagaimana asal.

3. Perancangan ahli waris

Ahli waris yang ditinggalkan si mati perlu mempunyai perancangan jitu terhadap harta yang ditinggalkan si mati yang bukan sahaja memperlihatkan bagaimana harta tersebut dibahagikan , malah lebih penting turut menerangkan tujuan pembahagian tersebut dibuat.

Ini adalah bagi memastikan wujudnya kesinambungan dari segi kegunaan tanah/harta si mati ianya dapat menjana faedah ekonomi dan sosial yang lebih besar yang dapat dikongsi bersama oleh setiap ahli waris.

3.1. Bersegera dalam membuat permohonan pembahagian pusaka

Budaya “malu” untuk bersegera membuat permohonan pembahagian pusaka harus ditinggalkan. Tanggapan waris bahawa sekiranya tergesa-gesa membuat permohonan akan disalah anggap oleh masyaarakat bahawa mereka terlalu gelojoh ingin mendapatkan harta si mati harus dikikiskan.



Biarpun kubur masih merah, namun pusaka telah selesai. Kegagalan menyegerakan permohonan memungkinkan berlakunya kematian ahli waris berikutnya dan ini akan menyulitkan lagi penyelesaian pusaka berkenaan.

3.2. Rancang cara pembahagian

Waris perlu ada perancangan terhadap cara pembahagian pusaka dibuat. Berbincang sesama mereka dan sekiranya harta si mati melibatkan lot tanah yang banyak elakkan daripada terjadinya pemilikan bersama di atas satu hakmilik (joint ownership).

Seboleh-bolehnya wujudnya pemilikan berasingan bagi setiap individu. Sekiranya fizikal tanah berbeza dari segi potensi kegunaan, jadikan nilaian harga pasaran sebagai asas pembahagian dan bukannya saiz keluasan. Walaupun akan ada waris mendapat bahagian yang kecil, namun dari segi nilaian, bahagian mereka adalah sama.

3.3. “Penebusan” bahagian

Sekiranya bahagian seseorang waris terlalu kecil dan tidak berekonomi untuk dimiliki, bahagian tersebut hendaklah diserahkan kepada waris lain dan waris berkenaan hendaklah “menebus” bahagian tersebut dengan membayar sejumlah wang pada harga pasaran kepada waris yang menyerahkan bahagian berkenaan.

3.4. Mewujudkan Syarikat/Koperasi Keluarga

Ahli waris boleh bersama-sama mewujudkan syarikat atau koperasi keluarga dan menjadikan harta si mati sebagai aset kepada syarikat atau koperasi tersebut. Keuntungan daripada pembangunan tanah pusaka berkenaan akan dibahagikan sesama waris.

Kaedah ini sangat sesuai bagi tanah bandar yang bersaiz kecil, namun berpotensi tinggi untuk pembangunan hartanah. Bangunan berbilang tingkat bagi maksud kediaman atau perniagaan boleh dibina dan disewakan.

Pendapatan dari sewaan tersebut diagihkan sebagai keuntungan atau dividen kepada ahli keluarga setelah diperuntukkan tabung pendidikan, tabung kebajikan dan sebagainya.

Pasaran

Menurut lapuran Unit Pesaka Kecil, Kementerian Tanah dan Galian pada awal tahun 2003,ada
hampir satu juta lot tanah yang masih berdaftar atas nama simati dan keseluruhaan harta orang-orang melayu atas pelbagai masalah kesemuanya bernilai hanpir 38 billion.

Laporan akhbar New Straits Times pada 20 Februari 2003, lebih kurang RM70 juta belum dituntut (kerana tidak dapat dikesan) dari pihak KWSP.

Tidak prihatin akan menyumbangkan lagi pertambahaan harta tidak dituntut di ARB, seterusnya merugikan rayaat dan Negara

Tanah Rancangan Felda keseluruhannya ialah 275 buah Rancangan dengan bilangan peneroka
seramai 103,156 orang diseluruh Negara.

Koperasi – koperasi Felda di seluruh Negara bersamaan jumlah rancangan tersebut boleh
memainkan peranannya dalam memberi kesedaraan dan bimbingan bagi mencapai hasrat kerajaan agar jumlah harta yang terbeku atau harta tidak dituntut oleh waris-waris atas
pelbagai masalah dapat dibendung.

Kesedaraan dan semangat ingin majukan diri dan menjamin kesejahteraan institusi keluarga serta berusaha bagaimana boleh, memperkasakan harta yang dikurniakan oleh kerajaan kepada Ibu-Bapa mereka,adalah satu usaha murni bagi mereka yang sedar akan tanggungjawab muslim.

Tanggungjawab perlu dipikul bersama,khususnya orang-orang melayu bagi mempertahankan Tanah Air mereka yang tercintai.

Koperasi perlu berusaha mengujudkan peluang pada para belia-beliawanis Felda yang
dahagakan ilmu pengatahuan dan jadikanlah mereka anak-didik supaya kesedaran yang berterusan mampu membawa kesinambungan pada genarasi seterusnya.

Usaha dan keringat kedua IbuBapa mereka untuk mendapat tempat ditanah Rancangan Felda mesti dihargai yang satu ketika dahulu menjadi impian mereka.

Didapati banyak lot-lot kedai,ruang niaga,tanah kosong yang masih dalam status permohonan !

Pemegang Amanah yang dilantik tidak menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya terhadap waris-waris !

Koperasi Rancangan Felda mendapat mandat atau kuasa yang diberi oleh ahlinya membuat urusniaga khususnya yang boleh membawa laba kepada ahli-ahlinya namun ramai yang merasa kecawa .

Koperasi sentiasa berhadapan dengan hutang tidak berbayar,atas pelbagai sebab antaranya :
1. Kematian ahli, waris-waris tidak bertanggungjawab diatas pinjaman tersebut !

2. Koperasi tidak mempunyi kuasa untuk meminta agar waris-waris membayar hutang yang
telah dibuat oleh simati.

3.Segelintir ahli kurang senang dengan sebahagian daripada barisan pemimpin atau ahli
jawatankuasa koperasi lalu membuat keputusan enggan membayar hutang tersebut!

Kerjasama antara Koperasi dan Amanah Raya Berhad dapat mengubah sistuasi dan
persapsi ahli-ahlinya disamping menjana ekonomi bergitu juga dengan anak-anak peneroka yang ingin menceburi kealam perniagaan akan mendapat menafaat diatas jalinan kerjasama tersebut.

Objektif

Hasil kerjasama yang terjalin akan menambah pendapatan Koperasi dan laba yang besar
bagi ahli-ahlinya antaranya :
6. Agen penulisan wasiat.
7. Agen takaful Am
8. Agen Unit pelaburan.
9. Agen perundingan pusaka.
10. Agen penasihat keawangan.
Ada pelbagai menafaat lain yang difikirkan perlu akan disalurkan dan kajian akan dibuat dari masa kesemasa bagi memperkasakan harta orang-orang melayu ditanah rancangan Felda.

Masjid-masjid juga tidak terkecuali didalam memainkan perananya sebagai sebuah badan
penasihat yang dihormati oleh seluruh masyarakat penoroka yang bilangannya hampir
sama bilangan koperasi seluruh Negara.Jestru itu ahli jawatankuasa masjid mampu membawa
masyarakat lebih berilmu dan bermaklumat.

Mengimarahkan masjid adalah satu-satunya agenda yang perlu ditekankan pada setiap kali
mesyuarat ahlijawatankuasa disamping pembentangan akaun atau kutipan bulanan,hasil dari
sumbangan orang ramai.Cadangan,bagaimana boleh menjana kewangan /tabung masjid?

Perniagaan baru dapat menarik minat Belia-beliawanis disamping mengusahakan tanah ladang
yang diwarasi dari ibubapa mereka.
Akhirnya merekalah genarasi yang dapat mempertahankan kemerdekaan Tanah Air yang tercinta.

Peluang pasaran dan perniagaan terbuka luas dihadapan mereka dengan menawarkan sekurang kurangnya satu wasiat pada satu keluarga.

Adalah diharapkan seminar ini akan dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang berkesan
bagaimana memperkasakan harta pusaka felda,dengan hasrat dapat melahirkan waris-waris yang bertanggungjawab dan prihatin di dalam urusan pembahagian pusaka.

1. Syor dan cadangan

1.1. Kerajaan melalui Amanah Raya Berhad bertanggungjawab.akan sentiasa menawarkan kemudahan bagi ahli waris yang bermasalah dalam pembahagian pusaka.
Namun peranan ahli waris dan pemilik harta sendiri sangat penting dalam menentukan harta pusaka yang ditinggalkan si mati diuruskan secara yang terbaik bagi faedah mereka sendiri.
Kegagalan menguruskan harta tersebut akan cenderung meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan ahli keluarga, apatah lagi bila harta tersebut menjadi rebutan ahli waris sehingga memutuskan persaudaraan sesama mereka. Pada keadaan yang lain, pemilik harta yang telah meninggal dunia tidak akan mendapat kebajikan daripada harta yang ditinggalkan.

1.2. Barangkali cadangan sesetengah pihak untuk menghadkan keluasan minima tertentu di atas sebidang tanah membolehkan nama ahli waris didaftarkan, ada rasionalnya dan perlu dibincang lanjut.

1.3 Cadangan juga,agar Akta Tanah 1960 (kelompok) di kaji semula .

Dengan adanya had keluasan minima ini, bahagian yang terlalu kecil hendaklah digantikan dengan wang oleh waris lain yang mendapat bahagian yang lebih besar. Sekurang-kurangnya dengan adanya bayaran bahagian tersebut, waris berkenaan terutamanya yang di bawah umur dapat menikmati hasil dari tanah yang ditinggalkan si mati.

Tujuan :

Supaya pewaris & ahli keluarga menjadi insan soleh/solehah yang pasti akan dapat memberi kebaikan dan kegembiraan kepada simati yang berada dipersemadian.

Konsep:
Adalah menjadi fitrah manusia bahawa setiap orang ingin menjadi insan soleh/solehah dan menjadi impiannya juga agar setiap ahli keluarganya juga turut menjadi insan-insan soleh/solehah.Namun hasrat & impian ini seringkali gagal diluahkan kepada ahli keluarga semasa hayat kerana beberapa faktor atau keadaan.
Oleh itu Amalan Harmoni Sdn.Bhd mengambil inisiatif membantu pewasiat menyampaikan isi hati & luahan perasaan yang terbuku dihati kepada ahli keluarga (pewaris)

Sekian terima kasih.
Disunting oleh:
Rahimah Abu Bakar
Soria bin Hj Othman
legacy manager AH(IM)06
Agen korporat A.R.B
Pelengkap dan penyelesai
Perancang harta & pusaka
Tarikh: 21 Jan 2006.

2 comments:

Hafizi said...

ASSALAMUALAIKUM...

terima kasih puan dengan maklumat berkaitan pewarisan ini...saya amat tertarik dengan masalah pewarisan terutama dalam kalangan masyarakat felda..jika pihak puan tidak keberatan saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan permasalahan ini untuk dijadikan satu kajian..
terima kasih

khai_riel310@yahoo.com

SURAIYA BINTI MOHD NOR said...

ketika menguruskan pusaka felda ayah saya tidaklah sukar sangat sebab prosedur tuntutannya sama saja. cuma bezanya hartanah felda terletak bawah Geran Akta berkelompok, so hanya dua orang penama saja boleh diletakkan dalam geran. bagi hartanah felda arwah bapa, sepakat menyerahkannya pada ibu dan melantik seorang anak sebagai pemegang amanah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...