Tuesday, October 18, 2011

salam takziah....

Assalamualaikum...salam takziah buat seorang rakan saya yang kehilangan ayah beliau...setelah 33 hari di icu maka pada hari yang indah ini Allah menjemputnya pergi....

Kepada sahabat saya, Kasmah Jaafar..


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua. 

Walaupun tidak mengenali beliau dengan rapat...tapi dapat dirasakan kesedihan atas pemergiannya....mungkin kerana mengikuti perkembangannya di dalam FB....Segalanya sudah tertulis di  lauh mahfuz. Yang penting, kehidupannya telah menyentuh ramai individu. 

Semoga semua yang mengenali allahyarham menjadi saksi bahawa allahyarham beramal soleh dan mendoakan keampunan baginya dan roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. 

Dan kami doakan agar kasmah sekeluarga tabah dan redha atas pemergiannya....


2 comments:

Balqis Nazid said...

salam takziah dari akak... Al-fatihah

imahrahimah said...

Alfatihah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...