Monday, January 23, 2012

katakan yang positif sahaja

Assalamualaikum...hari ni saya nak bercerita tentang positif thinking.. actually hari ini saya bercuti bersama suami dan anak.. dalam johor jerk... di mutiara hotel.. sementara si tomei n mr hubby tidur antara zohor dan asar ni, saya takde apa apa nak buat... so on la lappy dan mengetik ngetik apa yang patut.. hehehe....

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana masih lagi Dia memberi kita nyawa untuk bernafas di alam dunia ini. Hari ini bercerita berkenaan dengan minda positif. Kita sebagai manusia yang bergelar sebagai usahawan dalam kehidupan kita, haruslah kita berfikiran positif dengan apa jua tindakan kita. Kenapa saya berkata begitu? Mudah sahaja, Allah jadikan otak kita untuk berfikir dan Dia mengurniakan kita minda yang sangat baik untuk kita. Maka terpulang kepada kita bagaimana cara kita berfikir dan bagaimana kita ‘melatih’ minda kita supaya sentiasa dalam keadaan positif.

USAHA+DOA= TAWAKKAL

Mari kita buat sama-sama POSITIF AFFAIRMATION!!

“APA JUA YANG KITA LAKUKAN, PASTIKAN HARTA DUNIA HANYA DALAM GENGGAMAN KITA, JANGAN LETAKKAN IA DALAM HATI KITA TETAPI LETAKLAH ALLAH DALAM HATI KITA”

itulah bezanya antara ayat positif dan ayat negatif...beza antara orang yang berfikiran positif dan sentiasa berfikiran negatif...Ayuh! Isilah masa kita yang ada ini dengan perkara yg berharga dan bernilai untuk dibawa ke destinasi terakhir kita,iaitu akhirat....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...