Tuesday, January 10, 2012

siapa pemilik blog ini..?

Assalamualaikum.... ermph.... ada yang tanya siapa saya..? saya ialah pemilik blog www.imahrahimah.com dan imahrahimah.blogspot.com..

Pemilik blog ini hanya gadis tipikal Melayu yang dilahirkan pada 24 Disember 1979...

Saya seorang yang bercita-cita tinggi dan orangnya sangat kelakar dan sangat serius (bergantung kepada situasi)....Saya sangat suka berkongsi ilmu,suka mendidik dan dididik ...saya tak kisah di kritik,pada saya kritikan itu mampu membuatkan saya memperbaiki diri saya di masa hadapan...

Saya tak suka bersepah lana... saya sangat sukakan kekemasan, smart dan teratur....bila tengok sesuatu yang bersepah ni buat saya sangat serabut...

Saya ni sempoi sebenarnya, tak perlulah terlalu formal.. cuma saya sangat suka berbual tentang yang positif sahaja.. saya tak suka berbual berkisar tentang sesuatu yang negatif...rimas rasanya..

Bila berpakaian saya tak kisah berpakaian apapun yang penting ia kemas.. walaupun hanya berselipar dan berbaju t, yang penting ia nampak kemas...

Berbeza kalau dirumah, biar rumah berselerak sedikit, tapi jangan melengas dan berpasir..saya memang tak boleh terima..hehehe....entahlah.. memang saya berbeza sedikit,kata mak la..memang lain dari yang lain.. kerana kelainan itulah membuatkan saya berdiri di sini hari ini..

Saya seorang yang sangat firm dengan apa yang saya lakukan... saya akan lakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh.. saya tak suka buat kerja separuh jalan, saya tak suka buat kerja main main.. masa main, kita main...masa kerja,kita kerja.. itu prinsip saya.. dan saya sangat berdikari.. saya mampu untuk melaksanakan tugas yang yang diberi dengan penuh iltizam dan bersemangat...dan saya berpegang kepada prinsip di bawah ini...


Kalau ikutkan saya sangat pemalu orangnya, tetapi kerana tuntutan kerjaya saya banyak berubah..dan saya sangat suka akan perubahan positif ini...dan saya ingin melakukan perubahan yang baik ke atas diri saya...dan saya juga ingin orang orang di sekeliling saya juga begitu....

Itulah diri saya.. so, kalau jumpa saya, tegurlah... saya mengalu alukan ye... jangan segan untuk menegur saya... :) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...