Saturday, January 21, 2012

Kau Kerja apa?

Assalamualaikum, setelah berbelas belas tahun dalam industri,baru inilah seorang rakan saya bertanya dengan khususnya tentang pekerjaan saya...

Dahulu,saya sangat malu dengan kerjaya saya. Wakil atau agen bagi mana mana industri terutama berkaitan kewangan sering dipandang hina dan dikategorikan sebagai pekerjaan yang takde kelas.. kalau boleh nak sebut saya ni agen macam nak keluarkan berlian dari mulut ni...

Perjalanan hidup sebagai seorang ejen ni sangat berliku liku..perghh pendek kata tak diiktiraf masyarakat la...tetapi semakin lama,semakin rasa sayang terhadap kerjaya saya ni..dan kalau diberi pilihan saya nak sangat melaungkan kepada semua betapa pentingnya membuat perancangan kewangan!

Saya berasa sangat berbangga apabila mampu membantu mereka d luar sana dan waris waris mereka dapat meningkatkan gaya hidup mereka menjadi lebih baik dan sempurna..

Saya juga berbangga dengan hasil pendapatan saya ini saya mampu membantu mereka yang memerlukan diluar sana..

Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi kegembiraan ini bersama mereka mereka yang sangat saya sayangi....

Alhamdulillah..dahulu, semasa saya memilih kerjaya ini,saya dipulau kawan kawan...dicaci dan ramai yang memandang enteng...berkat kesabaran dan niat tulus ikhlas,akhirnya sedikit demi sedikit ruang buat saya dalam industri ini mula menyerlah dan membuahkan hasil.

Yang penting DUIT....sentiasa memulakan hari dengan berDoa...berdoa tak cukup,malah disertai dengan Usaha...tak berusaha taklah dapat hasilnya.. Istiqamah dan Tawakal dengan penuh tawaddu', insyaAllah...Allah permudahkan segala urusan kita..

Tahun lepas,dalam blog saya dipenuhi dengan cerita cerita peribadi saya, jadi tahun ini saya nk berkongsi tentang kejayaan saya pula disamping mengupdate cerita tentang orang orang yang saya sayangi...

Bukanlah dengan niat nak menunjuk atau riak, tetapi sekadar berkongsi dengan harapan mereka yang membaca blog saya dapat memotivasikan diri serta meningkatkan gaya hidup mereka.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...