Sunday, January 22, 2012

Kau dah berubah......


Assalamualaikum...Hari ni nak cerita tentang berubah...Saya terjumpa seorang kenalan lama, masa sekolah dulu... dia amat terperanjat dengan perubahan yang saya alami..dari saiz badan...penampilan diri..keyakinan diri dan sebagainya...mungkin itu pandangan dan persepsi dia sahaja kot..Seseorang yang kita kenal sekarang, tak semestinya akan kekal dengan caranya dan sifatnya yang ada sekarang.Mungkin esok atau  lusa atau tulat mungkin dia akan berubah.


Berubah kepada yang lebih baik ? Atau berubah kepada manusia yang lebih teruk. Kita tak dapat nak pastikan, tak dapat nak halang sesuatu perubahan tu dari berlaku...Diri kita sendiri juga bila bila masa boleh berubah...perubahan dari segi mental, fizikal, gaya percakapan, gaya penampilan, dan sifat sifat yang ada dalam diri...semuanya boleh berubah.

Dulu masa sekolah saya selalu kata .. saya tak boleh hidup tanpa kawan-kawan saya... Saya perlukan orang untuk saya jadikan tempat meluahkan perasaan. Mereka kekuatan sayalah kononnya...Alhamdulillah sekarang saya rasa saya mampu survive tanpa kawan yang dah lama saya kenal. Dalam erti kata yang lain .. saya cuba bersungguh sungguh untuk berubah menjadi seorang yang mampu berdiri di atas kaki sendiri. Kalau dulu, sikit-sikit masalah saya  nak berteman...entah apa yang sedapnya cerita benda sama pun saya tak faham dengan diri saya yang dulu. 

Tapi alhamdulillah, sekarang saya mampu menangani emosi sendiri. Maknanya kalau boleh semua cerita peribadi simpan je la sendiri. Tapi .. kalau pun nak bercerita,saya akan cari orang yang betul betul boleh membantu... 

Kita mahukan perubahan yang lebih baik atau perubahan yang lebih buruk ? Kalau kita nak jadi orang yang lebih teruk...tak payah ubah apa apa...lebih baik kita mati jer...sia sia kita diberi peluang bernafas di muka bumi Allah ni. Eloklah kita buat perubahan yang lebih baik...biar menyenangkan hati sendiri, dan orang lain...
Tepuk dada, tanya iman...

Jadi, sebagai manusia berazamlah untuk mengubah sesuatu dari baik kepada lebih baik .. dan begitulah seterusnya. Kita mungkin selalu sebut .. 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang'ye betul.. tepi kain orang memang jangan jaga. Kan nanti dia kata kita nak skodeng dia pulak .. tak pasal-pasal masuk balai. Hakikatnya jika kita pakai dan pegang statement jangan jaga tepi kain orang tu .. sampai ke sudah orang tak maju. Setiap orang perlu melihat, berfikir, berubah dan mengubah. 

Jadikan .. kita pun sebagai manusia .. kenalah fikir bahawa semua benda dalam dunia akan berubah. Seiring dengan masa. Saya pun berubah. Saya dulu bukan saya sekarang. Saya dulu mungkin ada dalam saya sekarang.Saya sekarang takkan ada dalam saya yang dulu.

Kadang tu ada kawan yang confuse .. adakah saya tak pernah menghargai sesiapa yang datang dalam life saya..dan saya tak suka sangat bercerita benda personal.Saya tak suka share time aku menangis. Saya malas nak share time saya bingung or kusut. Tu memang saya yang bentuk diri saya jadi begitu. Dan pasti .. masa dan pengalaman yang bertanggungjawab menjadikan saya sebegitu rupa. 

Saya sangat terbuka kalau ada sesiapa nak sharing dengan saya, saya akan cuba tolong semampu saya .. insyaAllah .. kalau itu personal, saya  simpan baik-baik.. bak kata orang,biar pecah diperut jangan dimulut...

Ada 3 faktor yang boleh merubah seseorang tu. Matlamat yang jelas,musibah yang menimpanya atau kesedaran yang hadir dalam hidupnya..

Matlamat Yang Jelas
Ramai orang tahu perkara ini, tetapi tidak semua orang melakukannya. Matlamat yang jelas bukanlah hanya perkara yang difikirkan dan direncanakan dalam otak sahaja tau! Matlamat yang jelas termasuklah dengan melukis dan melakarkan matlamat kita sejelas-jelasnya. Lukislah atau tulislah perjalanan hidup kita, impian kita atau apa sahaja yang kita mahukan dengan jelas di atas sekeping kertas ibaratkan kita adalah ‘pengarah’ kepada filem hidup kita.


Saya berkongsi ini kerana pernah menghadiri kursus yang menjadi titik tolak kehidupan saya ini.. bersama Kolonel Izaidin Shamsudin di Janda Baik.. Awareness before changes...

Kami di ajar untuk membayangkan serta berimaginasi dengan jelas apa yang kita inginkan..Cuba dapatkan gambar perkara-perkara yang menjadi impian kita seperti kereta Mitsubishi Lancer berwarna putih, ber’sportrim’ 19 inci, bernombor plat JSY96, rumah banglo 3 tingkat siap dengan ‘swimming pool’ dan apa sahaja yang kita mahu dengan jelas, kemudian ‘print’ dan tampal di tempat-tempat yang kita selalu lihat, seperti di pintu almari pakaian, siling tempat tidur kita dan lain-lain. Ini akan merangsang ‘subconcious mind’ atau minda separa sedar  kita dengan lebih efektif lagi. Selalulah bayangkan kita memandu kereta impian kita, duduk dengan selesa dalam rumah impian kita atau makan di hotel bertaraf 7 Bintang. 

Bayangkan ia dengan kerap, tulis atau pandanglah dengan selalu dan sebut ia berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Nanti suatu hari ianya akan jadi seperti ‘magik’ apabila impian-impian kita itu mula datang kepada kita. Kita mesti yakin dengan konsep ini kerana Allah SWT tidak akan menghampakan permintaan Hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh kemudian bertawakkal kepada-Nya.

Musibah
Perkara ini mungkin agak sukar diperkatakan kerana kebanyakan orang kebiasaannya tidak akan mempercayai sesuatu perkara sehinggalah ia terjadi kepada dirinya sendiri. Pernah dengar tak pepatah ‘bila kena batang hidung sendiri, baru tahu langit ini tinggi atau rendah’?. HeHehe, saja timbulkan isu ini kerana rata-rata manusia secara lumrahnya memang sukar mempercayai sesuatu. 

Sebagai contoh, ada la seorang rakan saya ni..very simple person.. Ramai orang tak percaya dia ni ‘banyak duit’ kerana dia hanya guna kereta saga, duduk pula rumah teres 2 tingkat sedangkan hakikatnya dia berpendapatan 10 hingga 20k sebulan. Saya hanya tersenyum simpul kepada rakan-rakannya yang memandang sinis dan memberikan kata-kata yang tak membina kepada beliau. Kesimpulan kepada point ini, janganlah kita hanya memandang kejayaan seseorang dengan semewah mana kereta yang mereka pakai dan sebesar mana rumah yang mereka tinggal kerana kejayaan kewangan bukan itu ukuran sebenar.

Berbalik kepada ‘musibah’ yang saya katakan tadi, sesuatu musibah yang berlaku PASTI akan mampu mengubah hidup dan sikap seseorang. Bayangkan apabila sesuatu musibah berlaku kepada ahli keluarga kita atau diri kita, pastinya dengan serta-merta kita akan bertindak. Kita mampu untuk membuat sesuatu bagi mengubah situasi itu.

Saya juga pernah mengalami situasi itu, dalam keadaan cemas dan terpaksa saya mampu untuk mendukung anak saya yang beratnya 38kg.Sedangkan kalau kebiasaannya,saya tak mampu melakukannya..itulah dia kuasa keinginan...

Kesedaran
Kunci ketiga ini juga adalah perkara yang selalu bermain dalam fikiran ramai orang. Kesedaran yang ‘terkesan’ adalah kesedaran yang mampu mengubah kita ke arah lebih baik, menaikkan aras kejayaan ke tangga yang lebih tinggi dan melonjakkan kita ke puncak kejayaan walau bagaimana sekalipun halangan yang bakal ditempuh.


SEDAR + BERTINDAK = KESAN

Ya!!! Sedar dan kemudian terus bertindak proaktif tanpa bertangguh-tangguh serta mengelak dari memberikan pelbagai alasan adalah platform kukuh yang boleh memberikan paradigma dan ‘turning point’ perubahan dalam diri kita.

Jadi, ayuhlah kita berubah demi meningkatkan jati diri kita ok..?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...